wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL T1 UNIT 1 - UNIT 17

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan kemudahan awam yang terdapat di negara kita kecuali

a)

hospital

b)

sekolah

c)

telefon awam

d)

gedung jualan

2.

Istilah moral berasal daripada bahasa Latin iaitu mores bermaksud

a)

perlakuan yang baik

b)

perlakuan yang cepat

c)

perlakuan yang ikhlas

d)

perlakuan yang amanah

3.

Moral menanam sikap bercakap benar. Kita patut perlu bercakap benar dalam perkara berikut kecuali

a)

melaporkan salah laku kawan

b)

melaporkan perkara yang benar

c)

menjadi saksi terhadap kesalahan kawan

d)

melaporkan salah laku anggota masyarakat

4.

Alyah kerap memberikan derma kepada golongan gelandangan di kawasan bandar. Sikap Alyah merupakan perlakuan yang

a)

benar

b)

baik

c)

amanah

d)

prihatin

5.

Amalan tingkah laku yang bermoral akan melahirkan perasaan ____________________ dalam kehidupan.

a)

bangga

b)

cemas

c)

gelisah

d)

tenang

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlakuan benar?

a)

Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.

b)

Tingkah laku yang sesuai diamalkan dan diterima oleh masyarakat.

c)

Tingkah laku yang betul berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh.

d)

Tingkah laku yang positif demi kesejahteraan bersama.

7.

Berikut merupakan ciri-ciri insan bermoral dari segi perasaan kecuali

a)

kecewa

b)

empati

c)

simpati

d)

ketawa

8.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengekalkan keselamatan di kawasan kediaman kecuali

a)

melibatkan diri dengan gotong-royong

b)

mementingkan keselamatan diri sendiri sahaja

c)

meronda kawasan kediaman dengan AJK Rukun Tetangga

d)

menyertai kempen kesedaran untuk menangani gejala sosial

9.

Berikut merupakan kepentingan mengekalkan keselamatan di kawasan kediaman kecuali

a)

gejala sosial dapat dibendung

b)

keselamatan penduduk terjamin

c)

kes rompakan semakin meningkat

d)

aktiviti harian dapat dijalankan dengan lancar

10.

Antara ciri warga sekolah yang sejahtera adalah

a)

menghormati antara satu sama lain

b)

mengabaikan kebersihan kawasan sekolah

c)

menimbulkan isu sensitif tentang perkauman

d)

melakukan perkara yang berfaedah untuk diri sendiri

11.

1 Tidak menghormati

2 Suka mengeluh

3 X


X ialah

a)

ponteng sekolah

b)

bertindak rasional

c)

sentiasa tersenyum

d)

prihatin dengan rakan

12.

Apakah kesan terhadap anak-anak yang lahir daripada keluarga yang kurang mesra dan bahagia?

a)

Emosi anak-anak stabil

b)

Tahap pelajaran semakin merosot

c)

Menyayangi ahli keluarga melebihi sahabat

d)

Menjadikan ibu bapa sebagai tempat bergantung

13.

Setiap anggota keluarga perlu berusaha untuk

a)

mementingkan diri sendiri

b)

menjaga nama baik keluarga

c)

mengumpul harta diri sendiri sahaja

d)

tidak melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama

14.

Apakah kesan terhadap ahli keluarga jika nilai kasih sayang tidak diterapkan?

a)

Hidup dengan bahagia

b)

Perpaduan keluarga terjamin

c)

Persefahaman antara anggota keluarga

d)

Tidak wujud sikap hormat-menghormati antara ahli keluarga

15.

Antara berikut, yang manakah boleh membantu kita mengenali potensi diri?

a)

Tidak mudah berputus asa

b)

Tidak menerima kekalahan

c)

Tidak boleh menerima kritikan

d)

Tidak berani mengambil risiko

16.

Angelina sangat suka menyampaikan perkara dan hal bermanfaat kepada orang lain. Nada penyampaiannya sangat jelas dan mudah difahami.


Apakah kerjaya yang sesuai bagi Angelina?

a)

Guru

b)

Pegawai tadbir

c)

Jurufoto

d)

Wartawan berita

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan hidup beragama dan bekepercayaan.

a)

Membentuk manusia berakhlak mulia

b)

Mewujudkan masyarakat yang tidak bertegur sapa

c)

Melahirkan generasi yang memusuhi kaum dan agama lain

d)

Mewujudkan rasa bangga dan megah dengan agama masing-masing

18.

Antara berikut, yang manakah bukan kelemahan diri?

a)

Tidak yakin kepada diri

b)

Kurang cermat ketika bekerja

c)

Mampu mengawal perasaan marah

d)

Mudah mempercayai cerita orang lain

19.

Semua kaum di Malaysia dibenarkan untuk menganuti dan mengamalkan ajaran agama masing-masing supaya

a)

boleh mengejek amalan kaum lain

b)

dapat bermegah dengan agama sendiri

c)

boleh menghina amalan agama kaum lain

d)

mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan hidup

20.

Berikut merupakan nilai moral yang diajar oleh semua agama kecuali

a)

rasional

b)

toleransi

c)

memberontak

d)

bersyukur

21.

Peranan agama penting dalam membentuk semua amalan yang berikut kecuali

a)

amalan yang baik

b)

pekerjaan yang ikhlas

c)

tingkah laku yang baik

d)

kegiatan berjudi yang baik

22.

Antara berikut, manakah yang bukan contoh perlakuan insan bermoral?

a)

Sadiq yang sanggup mempertahankan negara.

b)

Siva selalu membantu ibu membersihkan rumah

c)

Jura yang bangun lewat semasa hari persekolahan

d)

Sheeda melayan tetamu dengan ramah dan sopan

23.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan perlakuan bermoral?

a)

Bersimpati terhadap mangsa kebakaran

b)

Berkawan dengan bangsa tertentu sahaja

c)

Membantu rakan dengan perasaan tidak ikhlas

d)

Bertindak sendiri tanpa berbincang dengan ibu bapa

24.

Antara kepentingan menjadi insan bermoral ialah

a)

hidup tidak tenang

b)

keluarga berpecah-belah

c)

masyarakat hidup harmoni

d)

alam sekitar semakin tercemar

25.

Tingkah laku bermoral akan

a)

merendahkan harga diri individu

b)

meningkatkan rasa bangga diri individu

c)

membentuk insan yang berakhlak mulia

d)

melahirkan insan yang tidak mempunyai integriti

26.

Berikut merupakan cara hidup bermoral kecuali

a)

Berdiri tegak dan fokus ketika menyanyikan lagu Negaraku

b)

Mengemas katil dan bilik sebelum bertolak ke sekolah

c)

Meminta duit daripada rakan yang ingin menggunakan tandas

d)

Sentiasa tersenyum ketika menghadiri rumah terbuka

27.

Albert memenuhi jemputan rakannya, Kevin bagi meraikan majlis hari jadinya.


Kesan daripada perbuatan di atas ialah

a)

Albert dan Kevin akan bergaduh

b)

Kevin tidak suka akan kehadiran Albert

c)

hubungan persahabatan Albert dan Kevin semakin akrab

d)

hubungan persahabatan Albert dan Kevin semakin dingin

28.

Ketika berhadapan dengan situasi ini, saya seharusnya...

a)

Tidak mempedulikan orang yang naik.

b)

Tersenyum kepada wanita yang berdiri di hadapan.

c)

Buat-buat tidur semasa wanita tersebut berdiri mengendong anak.

d)

Memberikan tempat duduk kepada wanita tersebut.

29.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan. Apakah agama rasmi negara?

a)

Agama Sikh

b)

Agama Islam

c)

Agama Buddha

d)

Agama Kristian

30.

Rukun Tetangga berperanan dalam mengadakan _________________ sekitar taman bagi memastikan persekitaran sentiasa selamat daripada penjahat.

a)

rempuhan

b)

rusuhan

c)

rombongan

d)

rondaan

31.

Ibu bapa hendaklah ____________________ pendidikan awal kepada anak-anak supaya menghargai kemudahan awam.

a)

menghindari

b)

menerapkan

c)

mengabaikan

d)

membanteras

32.

Berikut merupakan usaha untuk menguruskan alam secara bersama kecuali

a)

menggunakan plastik ketika membeli-belah

b)

mempromosikan kitar semula

c)

kempen Sayangi Alam Sekitar

d)

tidak menggunakan polisterin

33.

Pilih padanan warna tong sampah kitar semula dengan jenis tong sampah yang salah.

a)

Biru - Kertas

b)

Coklat - Kaca

c)

Jingga - Tin dan plastik

d)

Merah - Sisa makanan

34.

Hajima mempunyai banyak surat khabar lama di rumahnya. Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Hajima?

a)

Membakar di hadapan rumah

b)

Menjualnya di kilang kitar semula

c)

Menghanyutkan surat khabar di sungai

d)

Membiarkan surat khabar lama di rumah

35.

Antara berikut, yang manakah ciri remaja berhemah?

a)

Mengabaikan tugas

b)

Berilmu pengetahuan

c)

Patuh kepada ajaran sesat

d)

Sombong dan berbangga diri

36.

Antara berikut, yang manakah kesan remaja yang tidak berhemah?

a)

Disayangi guru-guru

b)

Disenangi rakan-rakan

c)

Mengharumkan nama negara

d)

Memalukan diri sendiri dan keluarga

37.

Apakah yang dimaksudkan dengan etiket?

a)

Peraturan tingkah laku

b)

Undang-undang sekolah

c)

Kebolehan dan kelebihan diri

d)

Hak setiap individu dalam negara

38.

Apakah kesan jika etiket di rumah tidak dipatuhi?

a)

Disukai oleh ibu bapa

b)

Menjamin kehidupan aman

c)

Mencetuskan pertelingkahan

d)

Hubungan semakin akrab dan erat

39.

>>Ketagihan melayari internet<<

>>Ketagihan menghisap rokok<<


Berikut merupakan kesan individu yang terlibat dalam ketagihan di atas kecuali

a)

kesihatan terjejas

b)

pelajaran akan merosot

c)

menstabilkan emosi

d)

terdedah kepada risiko penyakit berbahaya

40.

Mengapakah dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara?

a)

Dadah menyebabkan rusuhan kaum

b)

Dadah memusnahkan masa depan remaja

c)

Dadah menyebabkan remaja berkhayal

d)

Dadah menguntungkan pengedar dadah

41.

Antara berikut, yang manakah bukan peraturan sekolah?

a)

Penampilan yang kemas dan lengkap

b)

Berada di sekolah sepuluh minit lebih awal

c)

Ponteng sekolah jika lewat bangun pagi

d)

Meningkatkan imej dengan sentiasa menghormati warga sekolah

42.

Hak kanak-kanak ialah

a)

kehidupan dan kebahagiaan

b)

pendidikan dan kasih sayang yang sempurna

c)

kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan

d)

kegembiraan, kebahagiaan, keseronokan dan kasih sayang

43.

Berikut merupakan hak seorang kanak-kanak kecuali

a)

dari segi kehidupan

b)

dari segi bermain

c)

dari segi penyertaan

d)

dari segi perlindungan

44.

Apakah peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menjaga hak kanak-kanak?

a)

Membanteras penyeludupan kanak-kanak

b)

Menyediakan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak

c)

Menguatkuasakan undang-undang berkaitan hak asasi kanak-kanak

d)

Mengumpul sokongan politik untuk turut membuat pelaburan kepada kebajikan kanak-kanak

45.

Apakah maksud rasuah?

a)

Hadiah

b)

Diskaun bagi setiap pembelian

c)

Pemberian dan penerimaan atas sebab tertentu

d)

Pemberian atau penerimaan dengan hati yang ikhlas

46.

Rasuah merupakan musuh negara kerana

a)

harga barang semakin naik

b)

menjejaskan kepercayaan rakyat

c)

mengancam keselamatan rakyat dan negara

d)

melahirkan ramai jutawan dalam masa yang singkat

47.

Berikut merupakan bentuk suapan kecuali

a)

wang

b)

diskaun

c)

jawatan

d)

masa lapang

48.

Seorang pemandu kereta memberikan RM100 kepada pegawai polis trafik bagi menutup kesalahannya semasa memandu.


Situasi tersebut menggambarkan contoh perbuatan

a)

meminta dan menerima rasuah

b)

menawar dan memberi rasuah

c)

mengemukakan tuntutan palsu

d)

menyalahgunakan kedudukan

49.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan rasuah kepada diri?

a)

Maruah keluarga tercemar

b)

Dikenakan hukuman penjara

c)

Harga barang naik

d)

Menjejaskan keharmonian negara

50.

Bagaimanakah cara berpakaian sopan ketika menghadiri majlis rasmi?

a)

Memakai pakaian yang mahal

b)

Memakai pakaian yang singkat

c)

Memakai pakaian yang mencolok mata

d)

Memakai pakaian yang menutup aurat