wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Perniagaan 3 - Ulangkaji Bab 3 & 4

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti perniagaan antarabangsa yang melibatkan pembelian barangan atau perkhidmatan dari negara luar untuk dijual atau digunakan dalam negara sendiri

(a)  

2.

Penjualan barang-barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara ke luar negara

(a)  

3.

Memberi kebenaran kepada individu atau syarikat lain untuk mengeluarkan sesuatu produk siap, komponen alat atau produk separuh siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan

(a)  

4.

Pembentukan perjanjian di mana syarikat (pemegang lesen) memberi hak dan kebenaran kepada syarikat asing (penerima lesen) untuk mengeluar sesuatu jenama produk

(a)  

5.

Satu bentuk perniagaan di mana syarikat induk (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada individu atau syarikat asing tertentu untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan

(a)  

6.

Gabungan dua atau lebih syarikat tempatan atau antarabangsa yang bertujuan menjalankan perniagaan

(a)  

7.

Merupakan anak syarikat tempatan yang dikawal sepenuhnya atau sebahagiannya oleh syarikat asing (syarikat induk)

(a)  

8.

Sesebuah syarikat menyiapkan kemudahan infrastruktur dan dalam masa yang sama melatih tenaga kerja tempatan untuk mengambil ailh

(a)  

9.

Apakah maksud perniagaan antarabangsa?

(a)  

10.

Berikut adalah peranan dan kepentingan perniagaan antarabangsa kecuali

a)

Pemindahan teknologi

b)

Tukaran asing

c)

Meluaskan pasaran

d)

Mata wang

11.

Terangkan tahap perniagaan antarabangsa iaitu tahap domestik

(a)  

12.

Berikut adalah strategi memasuki perniagaan antarabangsa kecuali

a)

Eksport

b)

Import

c)

Operasi serah kunci

d)

Buka cawangan baharu

13.

Konsep penting dalam perniagaan antarabangsa ialah

a)

Globalisasi

b)

Selatan - Utara

c)

Domestik

d)

Entreport

14.

Lokalisasi boleh dibahagikan kepada empat iaitu

a)

Produk, laba, pengeluaran, pengururusan

b)

Produk, faedah, keluaran, cuaca

c)

Produk, cuaca, perkhidmatan, pengurusan

d)

Produk, laba, perkhidmatan, pengurusan

15.

Berikan definisi syarikat multinasional

a)

Sebuah syarikat besar yang beroperasi melalui cawangan yang terdapat di beberapa buah negara di dunia

b)

Sebuah syarikat yang mempunyai banyak cawangan di dunia

c)

Sebuah syarikat induk yang beroperasi di peringkat antarabangsa

d)

Sebuah syarikat yang beroperasi di beberapa buah negara di dunia

16.

Berikut adalah cabaran syarikat multinasional kecuali

a)

Sosiobudaya

b)

Ekonomi

c)

Agama

d)

Kawalan pengurusan

17.

Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading) akan dikeluarkan oleh

a)

Syarikat penerbangan

b)

Syarikat perkapalan

c)

Syarikat pengangkutan darat

18.

Surat Kredit ialah

a)

Satu dokumen yang menyatakan persetujuan pihak bank untuk membayar sejumlah wang kepada pengeksport

b)

Satu dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan kepada pengeksport

c)

Satu dokumen yang menyatakan sejumlah wang yang perlu dibayar oleh pengimport

d)

Satu dokumen yang menyatakan sejumlah wang yang perlu dibayar oleh pengimport

19.

Apakah tujuan penubuhan ASEAN?

(a)  

20.

Pada tahun berapakah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditubuhkan?

a)

1992

b)

1993

c)

1994

d)

1995

21.

Pertubuhan Negara - negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada 1963 kini dianggotai oleh 10 buah negara

a)

Salah

b)

Betul

22.

Salah satu objektif perlindungan perdagangan ialah membantu meningkatkan pendapatan negara

a)

Salah

b)

Betul

23.

Akta Hak Cipta merupakan salah satu cara kaedah bukan tarif dalam melindungi pasaran domestik

a)

Salah

b)

Betul

24.

Sebuah syarikat percetakan mengimport peralatan percetakan moden dari Jepun dan pekerjanya mendapat kemahiran baharu menggunakan mesin tersebut merujuk kepada kepentingan PAB iaitu

a)

Pasaran luas

b)

Pemindahan teknologi

c)

Sumber pengeluaran yang murah dan berkualiti

d)

Guna tenaga

25.

Rajah di atas berkaitan dengan strategi memasuki PAB iaitu

a)

Eksport

b)

Import

c)

Kontrak pengeluaran

d)

Pelesenan

e)

Francais

26.

Kawasan atau negara baru yang dikenali sebagai kawasan berpotensi yang boleh menyediakan pasaran bagi keluaran dunia dan perniagaan antarabangsa

a)

Pasaran menimbul

b)

Dunia tanpa sempadan

c)

Lokalisasi

d)

Nasionalisasi

e)

Penswastaan

27.

McD Malaysia memperkenalkan nasi lemak McD dan nasi lemak burger

a)

Pasaran menimbul

b)

Globalisasi

c)

Lokalisasi

d)

Nasionalisasi

e)

Penswastaan

28.

Sebuah syarikat multinasional menghadapi masalah untuk mendapatkan bayaran daripada sebuah syarikat pengimport yang beroperasi di negara yang mengalami kemelesetan ekonomi

a)

Risiko kredit

b)

Risiko ekonomi

c)

Risiko politik

d)

Risiko pemilikan negara

e)

Risiko penghantaran balik modal dan dividen

29.

Perubahan pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunis menyebabkan negara tuan rumah akan mengambilalih syarikat multinasional tanpa membayar sebarang pampasan

a)

Risiko kredit

b)

Risiko ekonomi

c)

Risiko politik

d)

Risiko pemilikan negara

e)

Risiko penghantaran balik modal dan dividen

30.

(a)   merupakan satu kaedah perlindungan yang digunakan oleh kerajaan untuk mengehadkan kuantiti kemasukan sesuatu produk dari luar negara

31.

Antara kepentingan melaksanakan tanggungjawab sosial ialah

a)

Memupuk perasaan cintakan negara

b)

Memastikan keselamatan & kesejahteraan masyarakat

c)

Melindungi kelestarian alam

d)

Melahirkan masyarakat yang mementingkan diri

32.

Pilih pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial di bawah kategori primer

a)

Pembiaya

b)

Kerajaan

c)

Media

d)

Pelanggan

33.

Siapakah pihak - pihak berkepentingan kategori sekunder kecuali?

a)

Masyarakat

b)

Pembiaya

c)

Media

d)

Kerajaan

34.

Tanggungjawab majikan terhadap pekerja ialah

a)

Membayar gaji pekerja

b)

Menyediakan tempat kerja yang selesa

c)

Mengatur had kadar elaun pekerja

d)

Menjaga kebajikan pekerja

35.

Perniagaan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman yang telah diberikan oleh pihak bank sebagai pembiaya

a)

Betul

b)

Salah

36.

Pihak sekunder ialah pihak berkepentingan yang memberikan kesan secara langsung kepada perniagaan

a)

Betul

b)

Salah

37.

Tanggungjawab sosial perniagaan terhadap media

a)

Menggunakan media dengan baik dan jujur

b)

Tidak perlu membina hubungan yang baik dengan media

c)

Tidak perlu memberikan kerjasama

d)

Memilih media untuk bekerjasama

38.

Antara kelebihan melaksanakan tanggungjawab sosial ialah

a)

Meningkatkan keuntungan perniagaan

b)

Meningkatkan imej perniagaan

c)

Meningkatkan keyakinan pelabur

d)

Meningkatkan harga saham syarikat

39.

Berikut adalah tanggungjawab perniagaan terhadap kumpulan pendesak kecuali

a)

Menyokong matlamat kumpulan pendesak

b)

Tidak menghiraukan kumpulan pendesak

c)

Memberikan kerjasama yang diperlukan

d)

Memberikan maklumat yang benar apabila diperlukan

40.

Antara kelemahan pelaksanaan tanggungjawab sosial ialah perniagaan tidak dapat keuntungan yang maksimum

a)

Betul

b)

Salah

41.

Warga korporat merujuk kepada

a)

Golongan kolar putih

b)

Golongan kolar biru

c)

Golongan yang terlibat dalam aktiviti perniagaan korporat

d)

Golongan yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam hierarki perniagaan

42.

Apakah peranan warga korporat?

a)

Gelagat beretika dalam perniagaan

b)

Gelagat yang baik terhadap pengguna

c)

Gelagat yang baik terhadap pemegang saham

d)

Gelagat yang beretika kepada pembiaya

43.

Pemegang saham dan pembiaya adalah pihak berkepentingan primer (dalaman)

a)

Betul

b)

Salah

44.

Kerajaan, media dan masyarakat adalah pihak berkepentingan primer (dalaman)

a)

Betul

b)

Salah

45.

Warga korporat terdiri daripada gologan berikut

a)

Pemegang saham syarikat

b)

Ahli lembaga pengarah syarikat

c)

Pihak pengurusan syarikat

46.

Perniagaan perlu memastikan persekitaran terus kekal dan bersih daripada pencemaran akibat daripada aktiviti perniagaan

a)

Betul

b)

Salah

47.

Kerajaan meneruskan projek empangan yang dapat menyelesaikan masalah air untuk 10 juta penduduk walaupun terpaksa memindahkan 100 orang penduduk asli merujuk kepada pendekatan

a)

Hak moral

b)

Keadilan

c)

Individualisme

d)

Utilitarian

48.

(a)   merujuk kepada satu situasi yang berlaku apabila prinsip moral yang diamalkan gagal untuk menentukan tindakan apa yang perlu diambil yang dianggap tindakan betul atau salah

49.

Pendekatan etika menekankan konsep “faedah terbaik untuk bilangan terbesar”

a)

Hak moral

b)

Keadilan

c)

Individualisme

d)

Utilitarian

50.

Pekerja lelaki atau wanita yang melakukan kerja yang sama sepatutnya menerima gaji yang sama merujuk kepada pendekatan

a)

Hak moral

b)

Keadilan

c)

Individualisme

d)

Utilitarian

51.

Percanggahan antara urusan peribadi dengan urusan tugas rasmi merujuk kepada

a)

Rasuah

b)

Pecah amanah

c)

Konflik kepentingan

d)

Penyalahgunaan kuasa

e)

Penyelewengan

52.

Tindakan atau membuat keputusan yang melanggar peraturan, prosedur dan undang-undang yang ditetapkan merujuk kepada

a)

Rasuah

b)

Pecah amanah

c)

Konflik kepentingan

d)

Penyalahgunaan kuasa

e)

Penyelewengan

53.

Pengguna berhak untuk menyampaikan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan kepenggunaan

a)

Hak mendapat keselamatan

b)

Hak untuk bersuara

c)

Hak mendapat pendidikan kepenggunaan

d)

Hak mendapat gantirugi

54.

Pengguna berhak untuk membuat pertimbangan untuk membeli sesuatu barang tanpa unsur paksaan

a)

Hak untuk membuat pilihan

b)

Hak untuk bersuara

c)

Hak mendapat gantirugi

d)

Hak mendapat maklumat

55.

Kesalahan rasuah terdiri daripada

a)

Meminta atau menerima rasuah

b)

Memberi suapan

c)

Mengemukakan tuntutan palsu

d)

Salah guna kuasa

e)

Menjual maklumat syarikat untuk kepentingan peribadi

56.

Antara berikut yang manakah boleh diadili oleh TTPM ?

a)

Mendengar tuntutan kecederaan atau kematian

b)

Pertikaian mengenai hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat

c)

Pertikaian berkaitan dengan francais dan rahsia perdagangan

d)

Tuntutan perniagaan mengenai kegiatan perniagaan yang mengelirukan

e)

Tuntutan berkaitan barang yang membahayakan kesihatan

57.

Apakah elemen penting yang terdapat dalam jenayah kolar putih?

a)

Melibatkan niat untuk melakukan perbuatan salah laku

b)

Berunsurkan penipuan

c)

Melibatkan tindakan yang penuh dengan tipu muslihat

58.

Berikut merupakan jenis-jenis penyelewengan

a)

Pemalsuan dokumen

b)

Penyelewangan aset atau harta

c)

Pemalsuan atau penipuan maklumat

59.

Apakah faktor-faktor yang mendorong berlakunya jenayah kolar putih?

a)

Faktor individu

b)

Faktor persekitaran

c)

Amalan nepotisme atau sikap pilih kasih

60.

Nyatakan dilema yang mungkin dihadapi oleh seseorang pengurus organisasi

a)

Diskriminasi - Pengurus tidak memberi kenaikan pangkat pekerja kerana prejudis terhadap sesuatu jantina

b)

Konflik kepentingan - Pengurus memberi tender pembersihan syarikat kepada anak saudaranya kerana desakan keluarga

c)

Gangguan seksual - Pengurus menganggu pekerjanya serta mengugut akan mengambil tindakan seperti menahan kenaikan gaji