wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM BAB 1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

2.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

(Buku teks m/s 4)

a)

Dewa Vishnu

b)

Dewa Siva

c)

Dewa Brahma

d)

Dewa Rama

3.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

4.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?

(Buku teks m/s 4)

I. Funan

II. Majapahit

III. Teluk Cam Ranh

IV. Segenting Kra

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

(Buku teks m/s 7)

I. Raja

II. Agama

III. Kerajaan

IV. Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Rakyat Melaka terdiri daripada

(Buku teks m/s 6)

I. orang kaya

II. orang Melayu

III. Orang Laut

IV. orang dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

8.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

9.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai

(Buku teks m/s 8)

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pembesar Lapan Lipatan

c)

Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua Lipatan

10.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

11.

Siapakah yang memainkan peranan sebagai pemangku sultan?

(Buku teks m/s 9)

a)

Penghulu bendahari

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Temenggung

12.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

13.

Tugas Syahbandar adalah mengutip cukai di ________________

(Buku teks m/s 9)

a)

Pelabuhan

b)

Kampung

c)

Sempadan

d)

Bukit

14.

Siapakah yang berperanan sebagai panglima angkatan laut Melaka?

(Buku teks m/s 9)

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Bendahara

15.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

16.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? (Buku teks m/s 10)

I. Lelaki

II. Orang tua

III. Wanita

IV. Hamba abdi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Di bawah Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang akan menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

(Buku teks m/s 11)

a)

Syahbandar

b)

Sultan

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

18.

Rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah kerana takut ditimpa ______________

(Buku teks m/s 13)

a)

pahala

b)

waadat

c)

tulah

d)

kejutan

19.

Waadat bermaksud

(Buku teks m/s 13)

a)

peranan

b)

perjanjian

c)

larangan

d)

arahan

20.

Penjagaan keselamatan kota Melaka adalah tugas

(Buku teks m/s 9)

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Bendahara

21.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

22.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

23.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?


I Undang-undang Pelabuhan Melaka

II Undang-undang Adat Melaka

III Undang-undang Laut Melaka

IV Hukum Kanun Melaka

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

24.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

25.

Kerajaan berikut muncul di Alam Melayu.

  • Funan
  • Champa
  • Kedah Tua

Apakah kepentingan kemunculan kerajaan berikut di Alam Melayu?

a)

Ajaran agama Islam

b)

Asas negara bangsa

c)

Amalan pemerintahan demokrasi

d)

Agihan kuasa antara pemimpin

26.

Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu :

  • Raja
  • Undang-undang
  • Wilayah pengaruh
  • Rakyat

Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang ciri-ciri negara bangsa tersebut?

a)

Mengamalkan kepercayaan perhambaan

b)

Mewariskan pemerintahan demokrasi

c)

Memantapkan pentadbiran kerajaan

d)

Mewujudkan sistem feudal

27.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran,peraturan,masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.


Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.


I Wilayah naungan

II Wilayah taklukan

III Kerajaan

IV Undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula

a)

sebelum kedatangan Barat

b)

selepas kedatangan Barat

c)

semasa pemerintahan Barat

d)

sewaktu penjajahan Barat

29.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti adat isitiadat penggunaan warna,nobat regalia dan cap mohor.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

30.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Antara berikut,yang manakah merupakan tugas dan peranan


I Mengurus perbendaharaan

II Menjaga keselamatan Kota Melaka

III Ketua pentadbir

IV Pemangku Sultan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam undang-undang Laut Melaka?

a)

Melantik syahbandar

b)

Berkuasa penuh dalam pelayaran

c)

Mengawal peraturan pelabuhan

d)

Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan

32.

Wilayah berikut merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka :

  • Inderagiri
  • Kampar

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menguasai wilayah tersebut?

a)

Hadiah

b)

Naungan

c)

Penaklukan

d)

Perkahwinan

33.

Antara berikut, yang manakah sumber kewangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

I Cukai

II Ufti

III Zakat

IV Hadiah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Mengapakah rakyat Melaka tidak menderhaka kepada Sultan Melaka?

a)

Takut ditimpa tulah

b)

Akan dihukum bunuh

c)

Melanggar perintah agama

d)

Tidak mendapat keistimewaan

35.

Wilayah yang diperoleh melalui peperangan?

Apakah wilayah tersebut?

a)

Wilayah Persetiaan

b)

Walayah kedaulatan

c)

Wilayah taklukan

d)

Wilayah naungan

36.

Apabila seseorang didapati membnuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar.

Pernyataan tersebut terdapat di dalam fasal....

a)

Fasal 5

b)

Fasal 5.1

c)

Fasal 4

d)

Fasal 13.3

37.

Fasal manakah yang mengatakan riba diharamkan?

a)

Fasal 5

b)

Fasal 30

c)

Fasal 4

d)

Fasal 13.3

38.

Apakah peranan pembesar?

a)

Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda

b)

Menjadi perantara antara sultan dan rakyat

c)

Menunjukkan taat setia kepada pemerintah

d)

Menjadi tentera

39.

Antara berikut, yang manakah golongan hamba?

I Hamba abdi

II Hamba biasa

III Hamba berhutang

IV Hamba laksamana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Apakah peranan rakyat?

a)

Menyumbang tenaga kerja melalui kerahan tenaga

b)

Menjadi perantara sultan dan rakyat

c)

Memperkenalkan undang-undang

d)

Mengawal pentadbiran