NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Alicia makan sekeping roti sebelum ke sekolah untuk ________________ supaya tidak sakit perut.
Ikat perut
alas perut
besar hati
ringan tulang
Airi dan Ah Chong bersahabat baik.Hubungan mereka bagai _______________________.
susah hati
ambil angin
Bagai bulan di pagar bintang
bagai isi dengan kuku
Ayah saya ______________ di luar rumah selepas makan kerana udara di luar rumah sejuk.
makan angin
ambil angin
ada hati
ambil hati
Rita selalu dipuji oleh Cikgu Lisa kerana rajin menolong kawan-kawan dan guru-guru.Rita seorang murid yang ____________________.
ringan tulang
berat tulang
anak emas
hati batu
Sofea sedih dan _____________ kerana Kucing kesayangannya telah hilang sejam yang lalu.
berat tulang
besar hati
susah hati
ada hati
Encik Sulaiman berasa ________________ apabila anaknya telah diterima menyambung pelajaran di universiti tempatan.
khabar angin
besar hati
kaki bangku
buah tangan
Puan Anis membeli ______________ untuk suami dan anak-anaknya semasa dia bekerja di Dubai.
kaki botol
kaki bangku
buah tangan
hati batu
Kucing Sofea yang hilang itu berbulu _____________ .
putih seperti kapas
hitam seperti arang
bising seperti murai
tinggi seperti galah
Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kampung untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.Mereka bagaikan ____________________.
ayam tambatan
ulat buku
putih seperti kapas
bagai aur dengan tebing
Mei Ying mempunyai banyak buku di biliknya kerana dia suka membaca.Kawan-kawannya menggelarkannya ___________________.
khabar angin
anak emas
ulat buku
ayam tambatan
Ainun _______________ untuk menjadi seorang guru apabila dia besar nanti.
buah hati
ada hati
buah tangan
banyak mulut
Aidil merupakan ______________ negara Malaysia kerana telah banyak memenangi pingat semasa pertandingan diadakan.
susah hati
ada hati
kaki bangku
ayam tambatan
Keluarga Pak Rajan berasa sedih kerana ada pihak yang telah menyebarkan ______________ yang tidak benar tentang anaknya.
alas perut
khabar angin
susah hati
banyak mulut
Laurance merupakan ______________ kepada Encik Tan dan Puan Amelia kerana dia satu-satunya anak dalam keluarga itu.
ayam tambatan
ada hati
anak emas
ulat buku
Wen Di dan Mei Lan sering bergaduh apabila berjumpa.Mereka bagaikan ______________.
kaki bangku
anjing dengan kucing
putih seperti kapas
kaki botol
Ahmad hanya duduk di tepi padang melihat rakan-rakannya bermain bola kerana dia ____________.
kaki bangku
kaki botol
ulat buku
ayam tambatan
Aron selalu mabuk jika mempunyai masalah sehinggakan dia telah menjadi __________________.
kaki botol
kaki bangku
buah tangan
anak emas
Mak Limah disukai oleh penduduk kampung kerana sikap ramahnya yang suka bertegur sapa.Sikapnya yang ______________ itu meriahkan suasana.
kaki bangku
ada hati
banyak mulut
besar hati
Willy masih membuat perkarabyang dilarang oleh ibunya.Dia mempunyai ____________.
ringan tulang
berat tulang
khabar angin
hati batu
Semua murid sedang membersihkan kelas kecuali Bima kerana dia ______________.
ringan tulang
berat tulang
ulat buku
besar hati
Penduduk Kampung Budiman __________ semasa menjalankan Majlis Mesra Penduduk.Mereka bergotong-royong memasak juadah untuk tetamu.
berganding bahu
langkah kiri
langkah kanan
mandi peluh
Nyawa Pak Ali dan anak-anaknya ______________ kerana jambatan yang mereka mahu naiki itu telah roboh.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
gelap seperti malam
bagai telur di hujung tanduk
putih seperti kapas
Alina telah gagal dalam matapelajaran Bahasa Malaysia tetapi dia tidak ____________ .Dia belajar dengan lebih gigih lagi.
mandi peluh
mati akal
ada jalan
berputus asa
Petani itu __________ peluh mengusahakan sawah padinya untuk mencari rezeki.
ringan tulang
mandi peluh
berat tulang
mulut murai
Encik Ravi ____________ hari ini kerana keretanya rosak dalam perjalanan.
langkah kanan
langkah kiri
ambil angin
makan angin
