NEW
Font size
WorksheetsTAHUN 4 Pendidikan Kesihatan - Kebersihan Diri
Total questions: 9
Worksheet time: 45mins
Perempuan yang kedatangan haid perlu kerap menukar _________________.
tuala
tuala wanita
tuala mandi
Mengapakah tuala wanita perlu ditukar dengan kerap?
Bagi mengelak kebocoran.
Bagi kelihatan kemas.
Bagi mengelak jangkitan denggi.
Tuala wanita yang telah digunakan perlu dibuang ke dalam ____________________.
mangkuk tandas
tong sanitari
tong sanitasi
Tuala wanita yang dibuang ke dalam tong sampah perlulah dimasuk ke dalam plastik dan diikat terlebih dahulu.
Mengapa?
Untuk mengelak bau busuk.
Untuk mengelak jangkitan penyakit.
Untuk kelihatan kemas.
Selepas membuang tuala wanita, tangan hendaklah dicuci dengan sabun hingga bersih.
Mengapa?
Untuk membasmi kuman dan bakteria.
Untuk kelihatan kemas dan bersih.
Untuk mengelak bau busuk.
Mengapakah kita perlu menanda kedatangan haid pada kalendar?
Bersedia untuk kedatangan haid yang seterusnya.
Untuk kenang-kenangan.
Supaya kelihatan kemas dan teratur.
Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan seorang lelaki selepas menyedari dirinya mengalami ihtilam?
Menukar pakaian.
Menikmati sarapan.
Memberitahu rakan.
Selepas menukar pakaian, seorang lelaki yang mengalami ihtilam hendaklah ________________.
mandi dan membersihkan diri
menikmati sarapan
memanaskan badan
Mengapakah cadar perlu dicuci selepas seorang lelaki mengalami ihtilam?
Untuk mencuci dan menghilangkan kesan air mani pada cadar.
Untuk memastikan kekemasan katil dan tilam.
Untuk menghilangkan bau busuk pada cadar.
