Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SRT TING 5 BAB 1

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Hospitaliti bermaksud

a)

perkhidmatan layanan tersendiri dan tertentu kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan

b)

perkhidmatan layanan yang mesra kepada majikan dan pekerja.

c)

perkhidmatan layanan peribadi kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan

d)

perkhidmatan layanan yang mesra kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan

2.

Salah satu Peranan Industri Hospitaliti ialah_____

a)

Menyenaraikan dengan teliti semua kehendak dan keperluan pelanggan dipenuhi mengikut jenis perkhidmatan.

b)

Melihat saja semua kehendak dan keperluan pelanggan dipenuhi mengikut jenis perkhidmatan.

c)

Memastikan semua kehendak dan keperluan pelanggan dipenuhi mengikut jenis perkhidmatan.

d)

Menerangkan tentang semua kehendak dan keperluan pelanggan dipenuhi mengikut jenis perkhidmatan.

3.

Yang mana satu BUKAN Bidang Perkhidmatan Utama Yang Terdapat Dalam Industri Hospitaliti?

a)

Penginapan

b)

Pengembaraan dan pelancongan

c)

Perkhidmatan makanan dan minuman

d)

Perkhidmatan Grab Food Di musim Covid Pandamik

4.

Pilih satu yang BUKAN Jenis Tempat Kerja Dalam Industri Hospitaliti

a)
b)
c)
d)
5.

Keselamatan di tempat kerja adalah tentang

a)

pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja.

b)

pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain diseluruh dunia

6.

KEPENTINGAN menjaga keselamatan di tempat kerja ialah...

a)

memperoleh margin keuntungan yang lebih tinggi

b)

menyelamatkan nyawa

c)

mendapatkan lesen perniagaan

d)

mempamerkan reputasi perniagaan yang baik

7.

Dua contoh akta yang berkaitan peraturan keselamatan

a)

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

b)

Akta Pengguna 1994

c)

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (127)

d)

Akta Tanah dan Galian

8.

Pilih 3 agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang dan peraturan pekerjaan.

a)

Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP), Kementerian Sumber Manusia.

b)

Jabatan verterinar

c)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

d)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

9.

A. 2 Peranan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP) adalah untuk

a)

Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

b)

Melindungi pekerja daripada bahaya yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor seperti sektor pengilangan, sektor perlombongan dan kuari, sektor pembinaan, Hotel dan restoran dan sebagainya

c)

Menyediakan pelan kewangan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

10.

Peranan Kementerian Kesihatan adalah untuk

a)

Membantu individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang baik.

b)

Menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakkan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang sesuai dan berkesan.

c)

Memberikan khidmat nasihat kepada golongan yang memerlukannya.

d)

Memastikan semua pesakit mendapat rawatan di pusat kesihatan yang di khaskan

11.

Peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

a)

Merancang dan meluluskan khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan di Malaysia

b)

Memastikan khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan yang profesional dan berkualiti.

c)

Membendung kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang.

12.

Berikut ialah KESAN NYATA sekiranya tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja KECUALI

a)

Kerosakan peralatan

b)

lesen perniagaan boleh dilucutkan

c)

kecederaan pekerja

d)

kematian pekerja

13.

Pilih Peraturan Keselamatan Am

a)

Kemalangan yang berlaku hendaklah segera dilaporkan kepada guru. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel

b)

Peralatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar dari bengkel kecuali dengan kebenaran guru.

c)

Pastikan bekas yang mengandungi bahan beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar tidak dibiarkan terdedah tanpa kawalan.

d)

Jangan bermain dan bergurau di tempat kerja.

14.

Pilih Peraturan Keselamatan Diri

a)

Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa ketika berada di bengkel

b)

Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel.

c)

Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut bertapak getah dan rata

d)

Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan ke dalam apronIkat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan ke dalam apron

e)

Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.

15.

Tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kerosakan peralatan dan keadaan tidak selamat di tempat kerja antara perkara yang boleh dilakukan ialah;

a)

Alatan yang rosak atau tidak berfungsi hendaklah segera dibaiki atau digantikan dengan yang baru.

b)

Penyelenggaraan berkala terhadap peralatan sentiasa dilakukan dengan baik

c)

Lantai dan dinding yang rosak hendaklah segera dibaiki.

d)

Pindahkan dengan segera semua objek yang menjadi halangan dilaluan kecemasan.

e)

Pindah segera ke rumah baru atau ke pejabat baru

16.

Punca sesuatu kemalangan berlaku datang daripada manusia itu sendiri atau keadaan persekitarannya. Nyatakan manakah antara pernyataan di bawah merupakan punca kemalangan daripada manusia.

a)

Masalah peribadi

b)

Penyalahgunaan dadah

c)

Reka bentuk yang tidak sesuai

d)

Pengaliran udara tidak mencukupi

17.

punca kemalangan di tempat kerja

a)

kecuaian

b)

kesedaran

c)

susun atur perabot dan kelengkapan

d)

tekanan di tempat kerja

18.

Kepentingan menilai beban, saiz dan risiko sebelum mengangkat objek ialah...

a)

menjimatkan tenaga

b)

mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan

c)

meningkatkan produktiviti kerja

d)

membantu melancarkan peredaran darah

19.

5 postur bahagian badan yang perlu diberi perhatian untuk mengangkat dan memindahkan objek

a)

bahu dan lutut

b)

kepala dan leher

c)

belakang badan

d)

kaki dan siku

20.

Antara alat bantuan yang diperlukan untuk memudahkan pergerakan semasa mengangkat dan memindahkan objek ialah:

a)

Penimbang gantung

b)

Troli

c)

Tangga

d)

Alat bantuan beroda

21.

5 aspek yang perlu dipatuhi untuk memaksimumkan keupayaan dan meningkatkan produktiviti kerja bagi mengangkat dan memindahkan objek ke suatu tempat yang lain kecuali

a)

keadaan dan bentuk beban

b)

menilai berat badan

c)

menilai risiko

d)

keperluan pergerakan

22.

Panduan postur badan yang betul semasa mengangkat dan memindahkan objek berat ialah

a)

bahagian telinga, bahu, punggung, lutut dan tumit berada di satu garis yang melalui pusat graviti

b)

postur atau posisi badan berbeza menentukan keselamatan dan keselesaan semasa mengangkat dan memindahkan objek

c)

berdiri dalam masa yang lama mesti sama bagi setiap aktiviti

d)

jangan ubah postur badan dalam satu tempoh dan tidak lakukan regangan