wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah SPM KBSM Kertas 1

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri tamadun. Apakah X?

a)

Kemajuan sistem perhubungan

b)

Hubungan antara kerajaan

c)

Kehidupan berorganisasi

d)

Perkembangan ekonomi

2.

Mengapakah masyarakat Athens mementingkan sistem pendidikan?

a)

Mengukuhkan kedudukan politik

b)

Memperkuat anggota tentera

c)

Memajukan bidang ekonomi

d)

Melahirkan rakyat yang seimbang

3.

Jadual 1 merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia.

Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah sungai?

I Mempunyai tanah yang subur

II Mengekalkan warisan tradisi

III Mendapat mandat tuhan

IV Memudahkan perhubungan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Mengapakah masyarakat Lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut?

a)

Lokasi strategik

b)

Penduduk ramai

c)

Bidang geometri yang maju

d)

Sumber alam yang banyak

5.

Rajah 2 berkaitan dengan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara.

Apakah perkara yang membezakan kedua - dua bentuk kerajaan tersebut?

I Kegiatan ekonomi

II Lokasi kerajaan

III Anutan agama

IV Sistem pemerintahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kerajaan tersebut berkembang kerana

a)

banyak bekalan hasil pertanian

b)

mendapat perlindungan kuasa asing

c)

terdapat pelabuhan untuk kegiatan perdagangan

d)

terletak di kawasan pendalaman yang subur

7.

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi?

a)

Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai

b)

Mengamalkan penyembahan berhala

c)

Hidup berpecah belah

d)

Tidak jujur dalam perniagaan

8.

Nabi Muhammad S.A.W telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah.

Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

a)

Menjalin hubungan diplomatik

b)

Mengelakkan penindasan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Memenuhi jemputan pemerintah

9.

Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah.

Bagaimanakah khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut?

a)

Mengambil tindakan ketenteraan

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Menghantar bayaran ufti setiap tahun

d)

Menandatangani perjanjian persahabatan

10.

Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaan Madinah.

Hak tersebut terjamin selagi mereka

a)

terlibat dalam pentadbiran negara

b)

berkhidmat sebagai tentera

c)

mematuhi prinsip piagam

d)

menghormati ajaran Islam

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengelakkan banjir berlaku

c)

Meningkatkan produk pertanian

d)

Meningkatkan kegiatan perdagangan

12.

Jadual 2 menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Apakah X?

a)

Secara warisan

b)

Pemilihan rakyat

c)

Keputusan majlis tahkim

d)

Cadangan khalifah terdahulu

13.

Jadual 3 menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah?

a)

Mengharapkan anugerah

b)

Menguasai kerajaan

c)

Menarik perhatian rakyat`

d)

Menyekat pengaruh agama lain

14.

Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut?

a)

Cekap dalam pentadbiran

b)

Mengamalkan sifat jujur

c)

Mahir dalam perniagaan

d)

Setia kepada bangsawan

15.

Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisional.

Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh?

a)

Melalui pendidikan formal

b)

Menggunakan angkatan tentera

c)

Memantapkan adat istiadat

d)

Menjalin hubungan luar

16.

Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjadi penasihat raja

b)

Mengurus kegiatan ekonomi

c)

Menjadi utusan luar negeri

d)

Menggubal peraturan rasmi istana

17.

Pada zaman pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.

Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja?

a)

Mengamalkan sistem perhambaan

b)

Mementingkan keperluan akhirat

c)

Mengenakan cukai yang tinggi

d)

Mendukung sistem monarki

18.

Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah?

a)

Melindungi para petani

b)

Mentadbir wilayah takluk

c)

Mengetuai aktiviti gereja

d)

Menaungi para seniman

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.

Mengapakah sistem tersebut dimansuhkan?

a)

Penindasan terhadap buruh berleluasa

b)

Pengurangan hasil perlombongan

c)

Kemelesetan ekonomi dunia

d)

Ketidakseimbangan antara kaum berlaku

20.

Apakah slogan Perancis dalam memperluas tanah jajahan mereka?

a)

Beban Orang Putih

b)

Asia untuk orang Asia

c)

Tugas menyebarkan Tamadun

d)

Kemakmuran bersama Asia Timur

21.

Jadual 4 berkaitan dengan seorang tokoh nasionalis di Asia Tenggara.

Mengapakah tokoh nasionalis tersebut dijatuhi hukuman bunuh?

a)

Bersubahat dengan Amerika Syarikat

b)

DItuduh menyertai gerakan pemberontakan

c)

Disyaki mengkhianati agama Kristian

d)

Membunuh pegawai tinggi kerajaan

22.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu?

a)

Meningkatkan cukai eksport

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Menyalurkan bantuan kewangan

d)

Memeterai pelbagai perjanjian

23.

Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.

Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke?

a)

Menyekat kedatangan imigran

b)

Mempertahan hak mengutip cukai

c)

Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

Mengekalkan sistem pemerintahan berjaya

24.

Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

a)

Menyerang Pasir Puteh

b)

Meminta bantuan Siam

c)

Menyekat bekalan makanan

d)

Menghalang laluan kapal pedagang

25.

Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke -20.

Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura?

a)

Membina pusat pendidikan

b)

Membuka kawasan pertanian

c)

Menubuhkan pusat kebudayaan

d)

Memperoleh petempatan khas

26.

Jadual 5 berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18.

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Sistem sosialis tamat

b)

Ideologi komunis meluas

c)

Kuasa rakyat bawahan terjejas

d)

Negara berasaskan bangsa terbentuk

27.

Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1836 - 1886).

Apakah fungsi jemaah tersebut?

a)

Menguruskan pembangunan

b)

Menjaga hal ehwal luar

c)

Mengurus kewangan

d)

Menjaga keamanan

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman.

Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

a)

Serangan balas

b)

Penyatuan negara

c)

Penguasaan ekonomi

d)

Kedikdatoran pemerintah

29.

Jadual 6 berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?

a)

Berkuasa mengawal pentadbiran

b)

Parti - parti politik digabungkan

c)

Syarat kerakyatan dipermudah

d)

Hak istimewa dilindungi

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada tahun 1948.

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk?

a)

Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan

c)

Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menetapkan Malayan Union

d)

Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu

31.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi tersebut?

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

32.

Rajah 3 menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Mengapakah perkembangan tersebut berlaku?

a)

Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan

b)

Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat

c)

Pengaruh orang dagang semakin kuat

d)

Perpaduan antara kaum tidak mantap

33.

Mengapakah penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal?

a)

Menghormati keputusan pemerintah tempatan

b)

Mempertahan kepentingan pembesar setempat

c)

Mengelakkan ancaman tentera Filipina

d)

Mengekalkan pentadbiran British

34.

Apakah kesan peristiwa berikut?

a)

Perang Dingin merebak

b)

Pakatan tentera dibentuk

c)

Dasar konfrontasi terbentuk

d)

Sistem beraja dipulihkan

35.

Rajah 4 berkaitan dengan Badan Berkanun di Malaysia.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan badan berkanun tersebut?

I Memiliki kuasa autonomi dalam bidang tertentu

II Mempunyai peruntukan kewangan sendiri

III Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara

IV Memiliki bilik gerakan di setiap negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Dialog berikut mungkin berlaku ketika penyerahan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil.

Mengapakah borang penamaan calon tersebut ditolak?

a)

Tidak menganggotai parti politik

b)

Belum mendaftar sebagai pemilih

c)

Menjalankan kegiatan perniagaan

d)

Tersenarai dalam individu muflis

37.

Rajah 5 menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama.

Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai?

a)

Bahan mentah terhad

b)

Ancaman komunis

c)

Kelemahan pentadbiran

d)

Kekurangan kemudahan asas

38.

Maklumat berikut berkaitan dengan teras kemajuan bersepadu yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia menjelang tahun 2020.

Mengapakah perkara tersebut dijadikan teras?

a)

Mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri

b)

Membentuk kemajuan mengikut pengaruh luar

c)

Mencapai kemajuan berasaskan aspek fizikal

d)

Membina kemajuan berasaskan kerohanian

39.

Rajah 6 berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.

Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara - negara tersebut?

a)

Menghapuskan komunis

b)

Menamatkan persengketaan

c)

Menyelaras kawasan sempadan

d)

Membentuk kerjasama ketenteraan

40.

Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.

Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun?

a)

Membentuk pertubuhan serantau

b)

Mengisytiharkan ZOPFAN

c)

Menaja kegiatan subversif

d)

Melakukan serangan bom atom