Font size
WorksheetsSMKSU PECUTAN AKHIR 2019
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Tamadun berikut bertembung dengan tamadun Indus.
# Tamadun Mesopotamia
# Tamadun Mesir Purba
Apakah kesan pertembungan tersebut terhadap tamadun Indus?
Penerokaan bahan mentah
Peningkatan produk pertanian
Kemajuan perancangan bandar
Kemantapan sistem pentadbiran
Berikut adalah tuhan yang disembah oleh masyarakat Mesir Purba.
# Re
# Amun
# Ra-Atum
Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang kepercayaan masyarakat Mesir Purba?
Menafikan kehidupan selepas mati
Mengamalkan sistem kepercayaan monoteisme
Melarang amalan penyembahan roh nenek moyang
Mempercayai unsur alam mempengaruhi kehidupan
Gambar berkaitan dengan sukan Olimpik di Yunani. Mengapakah Yunani menganjurkan sukan tersebut?
Menghormati tuhan
Meningkatkan ekonomi
Mengagungkan pemerintah
Memperluas hubungan luar
Apakah sumbangan Maharaja Justinian kepada tamadun Rom?
Membina pusat kajian astronomi
Mewujudkan sistem birokrasi awam
Menyeragamkan undang-undang negara
Mengasaskan sistem pemerintahan republik
Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?
Menjaga harta negara
Mengetuai upacara agama
Menggubal undang-undang
Menguruskan pentadbiran wilayah
Gambar berikut adalah tinggalan perahu abad ke-5 Masihi yang ditemui di Kuala Pontian, Pahang pada tahun 1926.
Apakah DUA iktibar daripada tinggalan perahu tersebut?
Gigih dalam pekerjaan
Berani membuat penerokaan
Toleransi sesama masyarakat
Waspada terhadap anasir luar
Antara yang berikut, yang manakah DUA strategi Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam pada peringkat awal di Makkah?
Fokus kepada keluarga terdekat
Mendekati pemimpin Quraisy
Menghantar utusan ke Parsi
Berdakwah secara rahsia
Apakah kesan amalan berikut terhadap kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
# Sistem kabilah
# Semangat assabiah
Pengaruh kerajaan kuat
Perdagangan luar terhad
Peluasan wilayah berlaku
Perpaduan ummah lemah
Manakah DUA pernyataan yang BENAR tentang keadaan di Madinah sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke kota tersebut?
Diperintah oleh monarki
Suku Arab sering bertelagah
Ekonomi dikuasai oleh Yahudi
Sistem kabilah semakin terabai
Rombongan Nabi Muhammad SAW ke Makkah telah disekat di Hudaibiyah. Mengapakah Nabi Muhammad SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan?
Mencari laluan yang selamat
Meninjau kekuatan pihak Quraisy
Memujuk mereka menerima Islam
Mengutamakan kaedah diplomasi
Golongan mawali adalah orang Islam yang berketurunan Arab. Mengapakah golongan tersebut menentang kerajaan Bani Umaiyah?
Kemudahan perniagaan terhad
Dikenakan kadar cukai yang tinggi
Hasutan daripada masyarakat Yahudi
Dipaksa menganggotai pasukan tentera
Mengapakah sistem pengairan berikut dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab?
# Empangan Abu Musa di Basrah
# Terusan Amirul Mukminin di Mesir
Membekalkan air bersih
Mengelakkan banjir berlaku
Mempertingkat hasil pertanian
Meningkatkan kegiatan perdagangan
Apakah sumbangan ulama berikut kepada kerajaan Acheh?
# Hamzah Fansuri
# Nuruddin al-Raniri
Menjadi utusan kerajaan
Memperluas tanah jajahan
Mengetuai pentadbiran wilayah
Menghasilkan kitab-kitab agama
Pendidikan formal berubah di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam. Apakah perubahan tersebut?
Berpusat di istana
Terhad di peringkat rendah
Dibiayai oleh golongan bangsawan
Melibatkan semua lapisan masyarakat
Apakah DUA kepentingan konsep daulat dalam sistem politik Melayu tradisional?
Memperkukuh kedudukan raja
Memperluas peranan pembesar
Menyekat pengaruh kuasa asing
Mengikat raja dengan rakyat
Mengapakah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan syahbandar?
Melaksanakan protokol istana
Melicinkan urusan perdagangan
Mengetuai rombongan diplomatik
Mengawal keamanan dalam negeri
Gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16. Mengapakah gerakan tersebut berlaku?
Penyelewengan pemimpin gereja
Taraf hidup masyarakat merosot
Persaingan memperluas jajahan
Kemunculan pelbagai mazhab
Mengapakah orang Eropah aktif menjelajah ke Timur pada abad ke-16?
Desakan ekonomi
Kemiskinan hidup
Hubungan diplomatik
Pencarian ilmu
Mengapakah undang-undang berikut diperkenalkan di Sarawak?
# Land Order 1931
# Land Settlement Order 1933
Mengurangkan kemasukan imigran
Mengehadkan pelaburan modal asing
Melindungi hak milik kaum peribumi
Memperkukuh kuasa pemimpin tempatan
Berikut adalah ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu.
# Modal kecil
# Peralatan mudah
# Jumlah buruh terhad
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Kekurangan tanah untuk pertanian
Sekatan daripada golongan pembesar
Diabaikan oleh pihak penjajah British
Kurang pendedahan terhadap dunia moden
Pilih pasangan yang BETUL berkaitan matlamat gerakan nasionalisme.
A
B
C
D
Parti politik berikut ditubuhkan di Indonesia sebelum Perang Dunia Kedua.
# Sarekat Islam
# Parti Komunis Indonesia
# Parti Nasional Indonesia
Apakah matlamat perjuangan parti tersebut?
Kemerdekaan tanah air
Kebebasan dalam politik
Kemajuan pendidikan wanita
Kesamarataan bidang ekonomi
Akhbar berikut diterbitkan di Asia Tenggara pada abad ke-19.
# Tribune Indegene
# Cloche Felee
# Warta Malaya
Mengapakah pihak penjajah menyekat kebebasan akhbar tersebut?
Membendung fahaman komunis
Mengelakkan kebangkitan rakyat
Mengurangkan campur tangan asing
Melemahkan pengaruh kelas bangsawan
Haji Abdul Rahman Limbong menenang British di Terengganu. Mengapakah beliau melakukan penentangan tersebut?
Pencerobohan kawasan petempatan
Pengharaman sistem perhambaan
Pengenalan peraturan baharu
Perubahan sempadan negeri
Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.
# Warta Negara
# Majlis
Apakah DUA saranan tersebut?
Menjalankan aktiviti perniagaan
Menubuhkan syarikat kerjasama
Mengasaskan institusi kewangan
Melaksanakan penyatuan tanah
Apakah kesan Gerakan Reformis Islam di Mesir dan Gerakan Pan-Islamisme di Turki terhadap Tanah Melayu?
Pemulihan kuasa raja-raja
Kedatangan imigran bertambah
Kesedaran kebangsaan meningkat
Menubuhkan parti berasaskan Islam
Pasangan yang manakah menunjukkan perbezaan cara pembinaan negara Islam Madinah dengan negara bangsa Jerman?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Negara berikut muncul selepas keruntuhan empayar Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah akibat Perang Dunia Pertama.
# Czechoslovakia
# Lithuania
# Finland
Apakah yang berkaitan dengan negara tersebut?
Menyokong ideologi komunis
Mengasaskan fahaman fasis
Dikuasai golongan monarki
Dibina berasaskan etnik
Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan jus soli yang dilaksanakan oleh British pada tahun 1946?
Fahaman komunis mudah bertapak
Kuasa golongan pembesar meluas
Taraf negeri naungan dikekalkan
Persaingan dengan orang asing
Maklumat berikut berkaitan dengan persatuan di Sabah sebelum penjajahan British.
# Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan
# Persatuan Melayu Jesselton
Apakah ciri persatuan tersebut?
Bersifat sederhana
Bermatlamat politik
Mementingkan ekonomi
Memperjuangkan agama
Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) telah ditubuhkan oleh Dato' Onn bin Jaafar untuk merealisasikan perpaduan rakyat. Bagaimanakah parti tersebut dapat membentuk perpaduan rakyat?
Menggabungkan pelbagai pertubuhan politik
Memberikan hak yang sama kepada imigran
Membuka keahlian kepada semua kaum
Mengurangkan kemasukan buruh asing
"... menghormati hak setiap manusia untuk memilih bentuk kerajaan mereka sendiri dan mahukan hak kedaulatan dan kerajaan sendiri dikembalikan kepada mereka ..." (Piagam Atlantik)
Bagaimanakah British bertindak untuk mematuhi piagam tersebut di tanah air kita?
Melaksanakan sistem pengagihan kuasa
Melonggarkan syarat memohon kerakyatan
Mengurangkan bidang kuasa Majlis Raja-Raja
Mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pada September 1965, Jeneral Suharto menggulingkan Presiden Sukarno. Apakah kesan peristiwa tersebut?
Perubahan sempadan negara
Sistem republik diamalkan
Pengaruh komunis meluas
Dasar konfrontasi tamat
SINGAPURA April 1961 - Keputusan rasmi pilihan raya Hong Lim menunjukkan parti Barisan Sosialis mencapai kemenangan. Keputusan pilihan raya menyebabkan kerajaan Singapura dilanda kebimbangan.
Mengapakah keputusan pilihan raya tersebut membimbangkan kerajaan Singapura walaupun proses demokrasi telah dilaksanakan?
Merangsang pembentukan pelbagai parti
Pengaruh komunis akan berkembang
Parlimen terpaksa dibubarkan
Kuasa British semakin kukuh
Maklumat berikut berkaitan dengan Parlimen Malaysia.
# Dewan Negara
# Dewan Rakyat
Apakah persamaan keahlian kedua-dua dewan tersebut?
Berkuasa mengisytiharkan darurat
Dilantik oleh Ketua Hakim Negara
Boleh dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri
Kebal daripada sebarang tindakan undang-undang
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia?
Yang di-Pertuan Agong menggubal perlembagaan
Monarki berkuasa mutlak mengetuai pentadbiran
Badan Kehakiman merangka undang-undang
Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara
Pada tahun 1956, nama Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Apakah tujuan penubuhan MARA?
Membangunkan bandar baharu
Mengenal pasti masalah penduduk
Menjalankan penyelidikan pertanian
Meningkatkan taraf hidup bumiputera
Tugas Jawatankuasa Kabinet 1974 adalah untuk mengkaji keberkesanan sistem pendidikan kebangsaan bagi melahirkan sumber tenaga manusia. Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?
Memperkenalkan bahasa asing
Melaksanakan sistem semester
Memperkasakan sekolah vokasional
Mengawal perkembangan sekolah swasta
Dasar luar negara tahap ketiga bermula pada tahun 1981 hingga tahun 2003. Pilih DUA cara dasar luar tersebut dilaksanakan?
Meningkatkan hubungan perdagangan dengan negara lain
Menjadikan Korea dan Jepun sebagai model pembangunan
Mengehadkan kerjasama ekonomi dengan negara komunis
Mengurangkan eksport bahan mentah ke pasaran Barat
Mengapakah Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914 di Eropah?
Serangan Jerman terhadap Poland
Pembunuhan bakal raja Austria
Perluasan ideologi komunis
Pembentukan Kuasa Paksi
