wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kimia konsumer dan industri

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan sebahagian label pada botol jem buah kismis hitam.Bahan manakah yang bertindak sebagai pemekat?

a)

Glukosa

b)

Sirap

c)

Pektin

d)

Asid Sitrik

2.

Lesitin digunakan di dalam susu tepung sebagai penstabil.Antara berikut,yang manakah fungsi penstabil?

a)

mencegah minyak menjadi tengik

b)

Mencegah pembentukan emulsi

c)

Mencecah pembentukan bakteria

d)

Memekatkan makanan

3.

Antara berikut yang manakah kesan sampingan akibat memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula?

a)

Menjadi sangat gemuk

b)

Menghidap penyakit kencing manis

c)

Sakit jantung

d)

Tekanan darah tinggi

4.

Bahan manakah merupakan bahan pewarna dalam minuman oren?

a)

Tartrazina

b)

FCF biru marak

c)

Karamel

d)

Trifenil

5.

Antara berikut yang manakah SALAH mengenai fungsi agen perasa/perisa?

a)

Meningkatkan rasa asli makanan

b)

Menghasilkan rasa tiruan

c)

Memaniskan makanan

d)

Menjadikan makanan tampak lazat dan menarik

6.

Rajah tersebut menunjukkan satu bahan tambah makanan yang digunakan dalam memaniskan makanan.Apakah bahan tambah makanan tersebut?

a)

Aspartam

b)

Butil Butanoat

c)

MSG

d)

Gam Akasia

7.

Pernyataan manakah yang betul tentang ubat tradisional?

a)

Ubat tradisional dibuat oleh ahli sains di dalam makmal

b)

Semua ubat tradisional adalah selamat

c)

Ubat tradisional diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan

d)

Ubat tradisional telah diproses sebelum dijual

8.

Ubat manakah digunakan untuk merawat sakit kepala?

a)

Transkuiliser

b)

Streptomisin

c)

Aspirin

d)

Amfetamina

9.

Ubat yang manakah digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria?

a)

Kodeina

b)

Penisilin

c)

Metilfenidat

d)

Haloperidol

10.

Ubat manakah digunakan untuk merawat penyakit skizofrenia (gangguan psikologi)?

a)

Kloropromazin

b)

Aspirin

c)

Transkuiliser

d)

Streptomisin

11.

Aloe vera merupakan salah satu ubat digunakan di dalam perubatan tradisional.Apakah fungsi aloe vera?

a)

Merawat penyakit kulit

b)

Merawat kesan melecur dan terbakar

c)

Memutihkan kulit

d)

Merendahkan kolesterol dalam darah

12.

Berikut merupakan fungsi ubat antimikrob KECUALI:

a)

Membunuh dan merencatkan pertumbuhan bakteria

b)

Memusnahkan patogen yang terdapat pada permukaan bukan hidup

c)

Merawat batuk dan cirit-birit

d)

Melegakan radang

13.

Alkohol dan formaldehid merupakan contoh ubatan bagi :

a)

Aspirin

b)

Antibiotik

c)

Antiseptik

d)

Disinfektan

14.

Sabun tidak disediakan dengan menggunakan

a)

minyak kelapa sawit.

b)

minyak pelincir.

c)

minyak kelapa.

d)

minyak jagung.

15.

Antara bahan tambah makanan berikut, yang manakah digunakan sebagai bahan pengawet?

a)

Aspatam

b)

Gelatin

c)

Asid askobik

d)

Natrium klorida

16.

Streptomisin ialah sejenis ubat

a)

analgesik

b)

antibiotik

c)

antipsikotik

d)

antialergi

17.

Selepas pulang dari sekolah, Ali berasa hendak demam. Apakah yang harus dia lakukan untuk merawat demam tersebut?

a)

Membeli ubat di kedai ubat.

b)

Membeli ubat secara dalam talian.

c)

Memakan ubat adiknya.

d)

Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat.

18.

Kosmetik rias digunakan sebagai hiasan untuk bahagian

a)

tangan

b)

kaki

c)

muka

d)

rambut

19.

Zarah nano emas (AuNP) digunakan sebagai mangkin dalam pengoksidaan karbon monoksida. Apakah ciri zarah nano yang terlibat dalam penggunaan ini?

a)

Saiz yang kecil antara 1 hingga 100 nm.

b)

Emas ialah unsur yang tak reaktif.

c)

Emas ialah suatu unsur peralihan.

d)

Nisbah luas permukaan kepada isi padu yang besar.