NEW
Font size
WorksheetsTAHUN 4 PENDIDIKAN KESIHATAN Hargai Diri
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Perubahan fizikal berikut berlaku kepada lelaki selepas akil baligh KECUALI
muka ditumbuhi jerawat
berat badan bertambah
badan meninggi
suara lunak
Apakah yang berlaku kepada Hafiz apabila mukanya ditumbuhi jerawat?
Dia sering kali diejek oleh rakan.
Dia dihormati rakan.
Dia dilawati oleh rakan.
Fizikal diri kamu berubah seperti Hafiz. Apakah reaksi kamu yang sepatutnya?
Bersyukur dan menerima perubahan fizikal yang berlaku dengan hati yang terbuka.
Sedih dan merasa murung.
Kecewa dan berputus asa.
Perubahan fizikal (muka berjerawat, badan meninggi, berat bertambah) adalah satu proses yang NORMAL dan kita semua akan mengalaminya.
BENAR
TIDAK BENAR
Apakah tindakan kamu sekiranya rakan baik kamu mengejek murid yang berjerawat, tinggi dan berbadan besar seperti Hafiz?
Menasihati supaya tidak mengulangi tindakan itu.
Turut serta mengejek Hafiz.
Mengelak daripada menjadi seperti Hafiz.
Yang manakah cara yang BETUL untuk diri kita lebih dihormati oleh rakan-rakan?
Berpakaian kemas dan sopan.
Berambut panjang dan menghisap rokok.
Tidak mandi dan tidak gosok gigi.
Bercakap dengan kuat dan berlagak.
Dengan berpakaian kemas dan tampil menarik, kita akan berasa lebih __________.
yakin
malas
berlagak
Mengapakah kita perlu mengamalkan pertuturan yang bersopan?
Supaya orang akan lebih menghormati kita.
Supaya kita boleh menunjuk angkuh dan bongkak.
Supaya kita boleh mengejek dan mencaci orang lain.
Langkah-langkah berikut boleh diamalkan bagi memastikan diri kita lebih dihormati KECUALI
menyentuh rakan sesuka hati.
memakai pakaian yang kemas.
bercakap dengan sopan.
menjaga batas pergaulan.
Perubahan fizikal yang berlaku adalah sesuatu yang normal dalam pertumbuhan manusia, maka marilah kita _______
menghargai dan menghormati perubahan fizikal orang lain.
mengelakkan diri dari mengalami perubahan fizikal.
menjauhkan diri dari membesar.
