wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI TAHUN 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
2.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak
3.
" Lelaki yang berbaju merah ___________ siapa, ibu?" tanya Ali apabila ternampak lelaki tersebut berbual-bual dengan bapanya di luar rumah.
a)
ini
b)
itu
c)
sini
d)
sana
4.
"Lihat betul-betul. Tidak ada apa-apa di dalam kotak ___________, " kata ahli silap mata itu sambil menunjukkan kotak yang dipegangnya itu.
a)
ini
b)
itu
c)
sini
d)
situ
5.

Hanis dan Aqilah bersahabat baik. _____ tinggal sekampung.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

6.

"Ibu, duit _____ hilang." kata Danial kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

7.

Salmi murid Tahun 6. ________ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

a)

Dia

b)

kami

c)

awak

d)

saya

8.

"Mari kita ikut _______ ke perpustakaan." kata Siti kepada Sofia.

a)

mereka

b)

awak

c)

saya

d)

kami

9.

"Ampunkan _______ Tuanku," sembah Hang Tuah kepada Raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

10.
Ziyad sedang bermain bola di padang. ____________ menyepak bola itu dengan kuat.
a)
Patik
b)
Beliau
c)
Dia
d)
Awak
11.

Ulang tahun kemerdekaan negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.

a)

itu

b)

ini

c)

sana

d)

sini

12.

Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Abu.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

situ

13.

"Sebagai jiran, __________ hendaklah tolong-menolong," kata penghulu kepada anak buahnya.

a)

kita

b)

kami

c)

awak

d)

kamu

14.

"__________ mesti belajar bersungguh-sungguh jika mahu berjaya," kata Cikgu Aziz kepada kami.

a)

Kamu

b)

Anda

c)

Awak

d)

Kalian

15.
Menurut Guru Besar, segala pandangan daripada guru akan diambil kira oleh __________ bagi memastikan kejayaan sekolah.
a)
mereka
b)
beliau
c)
saya
d)
dia
16.
"Menjunjung titah, __________. Patik akan mencari bunga gul bakawali itu sampai dapat," sembah panglima itu kepada sultan.
a)
beta
b)
patik
c)
tuanku
d)
baginda
17.

"___________ bercadang akan ikut serta dalam lawatan itu," kata Mei Ling dan Devy kepada Cikgu Talib.

a)

Kita

b)

Saya

c)

Kami

d)

Mereka

18.
.“________ telah dirompak oleh  ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.
a)
Hamba, dia      
b)
Kami, mereka
c)
Saya, dia
19.
“Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak
a)
baginda … tuanku … hamba
b)
tuanku … beta … patik 
c)
beta …  baginda … hamba
d)
tuanku … tuanku … patik
20.

"_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun 6 Bestari kepada Cikgu Nurul.

a)

Mereka

b)

Kami

c)

Kita