wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ali selalu membantu kami dengan _______.

a)

tabah

b)

setia

c)

ikhlas

d)

gembira

2.

Peserta-peserta ekspedisi ke Gua Niah itu membawa lampu suluh kerana keadaan di dalam gua itu sangat _______.

a)

gelap

b)

cerah

c)

jernih

d)

segar

3.

Masyarakat yang berfikiran ______ tidak akan mewujudkan rancangan yang baik untuk memajukan negara.

a)

sesak

b)

sempit

c)

kecil

d)

ketat

4.

Siti berasa ______ ketika berada dalam majlis yang dihadiri oleh orang kenamaan.

a)

pelik

b)

ganjil

c)

kekok

d)

gerun

5.

Saya berasa ____________ apabila berada di atas bangunan Tokyo Sky Tree yang tinggi mencakar langit.

a)

gayat

b)

pening

c)

penat

d)

sakit kepala

6.

Rambutnya yang ____________ susah hendak disikat.

a)

diikat

b)

kotor

c)

kusut

7.

Anak itu tidur lebih _______ apabila tempat tidurnya tenang dan tiada gangguan bunyi.

a)

lena

b)

baik

c)

sepi

d)

tenang

8.

Perut orang itu ________________ kerana terlalu banyak makan.

a)

kembang

b)

buncit

c)

gemuk

d)

besar

9.

Jemurkan bantal dan tilam usang yang ___________ itu.

a)

hapak

b)

harum

c)

busuk

d)

kotor

10.

Untuk menghilangkan bau ____________ ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.

a)

busuk

b)

kotor

c)

harum

d)

hanyir