wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

X merupakan proses perancangan, pengagihan, pengawalan dan kepimpinan modal insan organisasi. Apakah yang berkaitan dengan X ?

a)

Pengurusan sumber kewangan

b)

Pengurusan sumber manusia

c)

Pengurusan sumber fizikal

d)

Pengurusan pengeluaran

2.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pengurusan sumber manusia?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Merancang sumber manusia

b)

Latihan dan pembangunan

c)

Hubungan industri

d)

Memasarkan produk

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.


Syarikat Cikbi membayar bonus kepada pekerja yang berproduktiviti tinggi.


Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut?

a)

Merancang keperluan sumber manusia

b)

Merancang skim keselamatan dan kesihatan

c)

Menguruskan sistem pemberian ganjaran dan pampasan

d)

Menyediakan latihan dan pembangunan

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen.


Dokumen ini memberi maklumat tentang tugas utama, tanggungjawab kerja dan keadaan kerja.


Apakah dokumen tersebut?

a)

Keperluan kerja

b)

Pengalaman kerja

c)

Penghuraian kerja

d)

Spesifikasi kerja

5.

Antara yang berikut, yang manakah punca sumber manusia?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Sumber dalaman

b)

Sumber luaran

c)

Sumber pasaran

d)

Sumber masa depan

6.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan rajah di atas?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Merupakan sumber dalaman

b)

Merupakan sumber luaran

c)

Pengiklanan

d)

Temu duga terbuka

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah penentuan keperluan sumber manusia.


Memberi ganjaran secara keseluruhan berkaitan dengan calon dalaman yang layak menggantikan suatu jawatan yang dikosongkan dalam organisasi.


Apakah kaedah tersebut?

a)

Meramal sumber dalaman

b)

Meramal sumber luaran

c)

Carta penggantian

d)

Inventori kemahiran

8.

Mengapakah sesebuah organisasi membuat perekrutan luaran?

a)

Pekerja baharu boleh membawa idea baharu yang boleh dikongsi sama

b)

Pekerja baharu tidak memerlukan latihan dan kemahiran

c)

Kos upah yang rendah

d)

Proses merekrut mudah

9.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kandungan dalam program induksi?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Latar belakang organisasi

b)

Tugas dan tanggungjawab

c)

Perancangan sumber manusia

d)

Ganjaran dan faedah

10.

Apakah tujuan majikan menyediakan latihan dan pembangunan?

a)

Meningkatkan gaji pekerja

b)

Meningkatkan kebajikan pekerja

c)

Meningkatkan penglibatan pekerja

d)

Meningkatkan produktiviti pekerja

11.

Apakah kepentingan penilaian prestasi ke atas pekerja?

a)

Menyediakan penyelidikan dan pembangunan

b)

Membentuk program latihan yang sesuai

c)

Membaiki reka bentuk produk

d)

Tujuan penglibatan pekerja

12.

Rajah di atas menunjukkan tindakan disiplin.

Apakah X?

a)

Amaran bertukar

b)

Amaran lisan

c)

Inkuiri

d)

Hukuman

13.

Maklumat berikut menunjukkan satu sebab pemberhentian pekerja.


Encik Sim bercadang untuk bersara lebih awal.


Apakah sebab pemberhentian pekerja tersebut?

a)

Penamatan perkhidmatan secara sukarela

b)

Penamatan perkhidmatan secara wajib

c)

Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian

d)

Penamatan perkhidmatan secara paksaan

14.

Arif, pekerja Syarikat Pemasaran Gemilang akan menerima tindakan disiplin kerana dia telah datang lewat bekerja disebabkan oleh kesesakan jalan raya.


Apakah tindakan disiplin yang sesuai diberi kepada Arif?

a)

Amaran lisan

b)

Amaran bertulis

c)

Surat tunjuk sebab

d)

Inkuiri

15.

Apakah masalah yang mungkin berlaku jika pengurus mengadakan tindakan disiplin terhadap pekerja?

a)

Risiko penurunan produktiviti

b)

Risiko pekerja berhenti kerja

c)

Risiko majikan didakwa

d)

Risiko masa depan organisasi

16.

Antara yang berikut, yang manakah dapat mengekalkan hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Pihak majikan dan pihak pekerja mempunyai niat yang baik

b)

Mempunyai kesanggupan untuk berhubung dan berunding antara pihak majikan dengan majikan pekerja

c)

Membuat penyelidikan dan penyiasatan sebelum sebarang tindakan

d)

Menyelesaikan pertikaian dengan sesuka hati

17.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan aspek pengelolaan sumber manusia dengan pembangunan perniagaan yang mampan?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Penempatan pekerja bersesuaian dengan kemahirannya

b)

Menyediakan pengagihan tugas secara cekap

c)

Menahan kenaikan gaji pekerja sesuka hati

d)

Memberi penghargaan kepada pekerja yang dapat menyumbang kepada perniagaan

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan?

a)

Kemahiran sosial

b)

Penghargaan dan hukuman

c)

Nilai sosial

d)

Kebolehkerjaan

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Aini.


Aini merupakan seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian perakaunan. Dia ingin memohon jawatan akauntan di Syarikat Kemboja Sdn Bhd.


Apakah jenis kemahiran kebolehkerjaan tersebut?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan yang sesuai

c)

Kecekapan

d)

Keberkesanan

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Encik Wan.


Encik Wan telah menceburi bidang pertanian sejak lima tahun lepas. Baru-baru ini dia telah memohon jawatan kosong di Syarikat Tangan Hijau di Pahang, iaitu syarikat yang berkaitan pertanian.


Apakah jenis kemahiran kebolehkerjaan tersebut?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan

c)

Kecekapan

d)

Keberkesanan

21.

Antara berikut, yang manakah merupakan peringkat dalam hierarki organisasi?

(Pilih 3 jawapan)

a)

Peringkat atasan

b)

Peringkat pertengahan

c)

Peringkat rendah

d)

Peringkat bawahan

22.

Jamil Sports Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi perniagaan yang mengeluarkan pelbagai jenis alatan sukan. Apakah jenis struktur organisasi jabatan yang boleh diwujudkan?

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan matriks

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi

23.

Apakah jenis struktur organisasi yang mempunyai banyak cawangan di luar negara?

a)

Struktur organisasi berdasarkan geografi

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan matriks

d)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi