WorksheetsPENDIDIKAN DAN LATIHAN 1
Total questions: 30
Worksheet time: 20mins
Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
I. Tidak boleh dibuat pindaan
II. Asas kepada pembentukan kerajaan
III. Merupakan undang-undang tertinggi
IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?
A Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak
B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang
dipersetujui
C Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti
pengubahan wang haram
D Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya
semasa dalam tahanan.
Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?
A Jemaah Menteri
B Bahasa Kebangsaan
C Keanggotaan Parlimen
D Bahagian Pilihan Raya Persekutuan
Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?
A Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara
B Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia
ditangkap
C Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh
Persekutuan
D Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh
dibicarakan semula
Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.
Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
A Kuat kuasa undang-undang
B Percantuman wilayah
C Pendaftaran
D masukan
• Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan
lelaki warganegara Malaysia.
• Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh
permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan
Malaysia.
Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
A Masukan
B Pendaftaran
C Percantuman wilayah
D Kuat kuasa undang-undang
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk .......
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Kepentingan bahasa Melayu
Bahasa Melayu untuk orang Melayu
Orang Bukan Melayu boleh menggunakan bahasa Melayu
Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun ?
1946
1948
1957
1963
Penyataan manakah yang salah mengenai Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan?
Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.
Agama lain adalah disekat daripada disebarkan kepada penganut Islam.
Tiap-tiap kumpulan agama tidak berhak untuk mengendalikan dan menubuhkan institusi pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.
Agama selain Islam boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan walaupun Islam merupakan agama rasmi bagi Persekutuan.
Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai kebebasan asasi
Tidak seorang pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.
Kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara dikira sebagai kerja kerahan atau paksa.
Setiap warganegara berhak untuk bercakap dan mengeluarkan fikiran.
Warganegara berhak untuk mengembangkan agamanya.
Kewarganegaraan Malaysia secara umum boleh diperolehi melalui situasi berikut KECUALI...
Jus Soli
Kuat Kuasa Undang-undang
Pendaftaran
Percantuman wilayah
1.Majlis Raja-Raja dianggotai oleh ________ orang raja-raja Melayu.
10
9
8
7
16.Siapakah yang berkuasa membubarkan Parlimen?
Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Yang Dipertua Dewan Rakyat
Majlis Raja-raja
Antara yang berikut, yang manakah boleh menjatuhkan hukuman mati?
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Syariah
Mahkamah Majistret
Jika berlaku pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan, pertikaian tersebut boleh diselesaikan di
Mahkamah persekutuan
Tribunal khas
Mahkamah tinggi
Mahkamah seksyen
Jelaskan dua matlamat pembentukan Rukun Negara.
i)Mencipta masyarakat yang adil.
Kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama serta mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kejayaan tersebut.
ii) Mengamalkan nilai murni. Rakyat diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam cara hidup
iii) Meningkatkan kualiti pendidikan. Menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
iv) Mencapai perpaduan yang lebih erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan satu negara yang bersatu padu
Jelaskan dua matlamat pembentukan Rukun Negara.
i)Mencipta masyarakat yang adil.
Kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama serta mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kejayaan tersebut.
ii) Mengamalkan nilai murni. Rakyat diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam cara hidup
iii) Meningkatkan kualiti pendidikan. Menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
iv) Mencapai perpaduan yang lebih erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan satu negara yang bersatu padu
Apakah Tugas Pasukan Pengaman Anjuran PBB ?
Memastikan Keselamatan Penduduk
Melawan Pasukan Pengganas Dan Pemberontak
Mengumpul Senjata Yang Digunakan Dalam Perang Saudara
Mendaulatkan Undang-Undang Negara Yang Terlibat
Apakah agensi kerajaan yang ada kaitan dengan PBB? Pilih 3 jawapan yang paling tepat.
UNESCO
Rancangan Colombo
FAO
WHO
Apakah fungsi utama badan PBB tersebut?
Kesihatan dan Perubatan
Pengeluaran Makanan
Menjaga Pelarian dunia
X - Hilang hak kelayakan
Apakah yang menyebabkan X hilang hak untuk mengundi?
Tidak mendaftar sebelum mengundi
Tidak tinggal di kawasan pilihan raya
Menghadapi hukuman mati mandatori
Memperoleh taraf kewarganegaraan asing
