wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN SELARAS 1 TINGKATAN 5 SEM. 1, 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

2.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

a)

Menjadi kuasa politik unggul dunia

b)

Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

c)

Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

3.

X memberikan kuasa kepada Gabenor untuk membuat undang-undang di Sabah. Apakah X?

a)

Majlis Kerja

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Tertinggi

d)

Majlis Undangan

4.

Ciri tradisional dalam perlembagaan ialah

a)

bahasa Melayu

b)

kewarganegaraan

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Sistem Demokrasi Berparlimen

5.

Gambar berikut berkaitan dengan cap Mohor Besar Raja-Raja. Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

a)

Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat

b)

Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

c)

Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen

6.

Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu.


Apakah peranan Jemaah Menteri?

a)

Meluluskan sistem cukai baharu

b)

Melaksanakan dasar-dasar negara

c)

Menggubal undang-undang negara

d)

Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat

7.

Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

Durbar dipengerusikan oleh

a)

Sultan Perak

b)

Residen British

c)

Sultan Selangor

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

8.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berperlembagaan.


Antara fungsi tersebut ialah


I mengetuai pentadbiran negara

II menentukan sistem kewangan negara

III memperkenankan perubahan persempadanan negeri

IV memperkenankan pindaan perlembagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

9.

Seorang pegawai tertinggi anggota tentera telah dijatuhi hukuman. Siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Panglima Angkatan Tentera

10.

Manakah antara yang berikut berkaitan dengan Dewan Undangan Negeri?


I Ahlinya dipilih melalui pilihanraya

II Menggubal undang-undang bagi negeri

III Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat

IV Membuat pindaan undang-undang Persekutuan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnya memahami kepentingan pilihanraya.


Apakah kepentingan pilihanraya?

a)

Menonjolkan kebaikan para pemimpin

b)

Memuaskan hati Raja dan Menteri

c)

Memilih pemimpin yang berwibawa

d)

Memperoleh penghormatan daripada negara luar

12.

Demokrasi Berparlimen dilaksanakan di negara kita dengan cara tersendiri iaitu mengutamakan kestabilan politik dan ______________ .

a)

kesejahteraan rakyat

b)

perpaduan masyarakat

c)

mengekalkan kemerdekaan

d)

mendapat sokongan rakyat

13.

3. Di Negeri Negeri Melayu Bersekutu, British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri.

Siapakah X?

a)

Pembesar

b)

Residen

c)

Penasihat

d)

Bendahara

14.

Raja Berperlembagaan merupakan sebahgian daripada pentadbiran negara.

Apakah gelaran raja di peringkat Persekutuan?

a)

Yang Amat Mulia

b)

Yang Berhormat

c)

Yang di Pertuan Agong

d)

Yang Amat Terutama

15.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut nasihat daripada Perdana Menteri.


Antara kuasa eksekutif baginda adalah

a)

Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri

b)

Melantik Menteri Besar

c)

Melantik ADUN

d)

Melantik Ketua SPRM

16.

Baginda merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berikut kecuali

a)

Melaka

b)

Kuala Lumpur

c)

Pulau Pinang

d)

Selangor

17.

Sultan Muhammad II telah membentuk Sistem Jemaah Menteri di Kelantan.

Berapakah bilangan badan Jemaah Menteri yang diwujudkan?

a)

8

b)

4

c)

16

d)

32

18.

Menurut tokot tersebut, kedaulatan ialah kuasa tertinggi dalam pemerintahan negara.


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Plato

d)

Socrates

19.

Menurut tokoh Islam berikut, apakah asas kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara?

a)

semangat kekitaan bangsa

b)

kuasa tidak terbatas

c)

prinsip kebebasan dan keadilan

d)

kerajaan terikat dengan undang-undang

20.

Kedaulatan tradisional terletak pada kewibawaan ______

a)

raja

b)

bangsawan

c)

rakyat

d)

hamba

21.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat

a)

Kedaulatan antarabangsa

b)

Kedaulatan tradisional

c)

Kedaulatan moden

d)

Kedaulatan undang-undang

22.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang

a)

Kedaulatan antarabangsa

b)

Kedaulatan tradisional

c)

Kedaulatan moden

d)

Kedaulatan undang-undang

23.

'Kedaulatan ialah supernuus atalu superanus yang bermaksud agung atau tertinggi. Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka.'

Takrif kedaulatan di atas diberikan dalam ______________

a)

bahasa Arab

b)

bahasa Melayu

c)

bahasa Inggeris

d)

bahasa Yunani

24.

'Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.'

Tokoh yang memberi tafsiran di atas ialah __________________________.

a)

Jean Bodin

b)

Ibnu Khaldun

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Aristotle

25.

Mengapakan sistem perundangan penting kepada sesebuah negara?

a)

Mengukuhkan parti memerintah

b)

Menjamin kebebasan rakyat

c)

Menjamin keadilan rakyat

d)

Mengukuhkan kuasa raja

26.

Perlembagaan persekutuan yang diamalkan pada hari ini berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah nilai tradisi tersebut ?


I Raja sebagai pemerintah

II Pembesar menggubal undang-undang

III Pembesar dilindungi undang-undang

IV Raja menentukan undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Sebelum kedatangan barat, negara kita sudah mempunyai undang–undang dan adat.


Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Melindungi kepentingan rakyat.

b)

Menghadkan kebebasan rakyat

c)

Menjaga kepentingan raja

d)

Panduan pemerintahan negara

28.

British telah memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS) yang dikenali ...........

a)

Charter of Justice

b)

The Common Law

c)

Application of Laws Ordinance

d)

The Laws of The Federated Malay States

29.

Apakah matlamat undang-undang tersebut ?


Charter Of Justice

a)

Menyemai taat setia rakyat

b)

Mengelakkan persengketaan

c)

Mengelakkan penindasan penduduk

d)

Mengekalkan kebebasan bersuara

30.

Ahli Parlimen berkuasa penuh membentuk dan meminda undang-undang negara.


Mengapakah perlembagaan perlu dipinda ?

a)

Melindungi kepentingan raja

b)

Menegakkan kedaulatan negara

c)

Melicinkan urusan pentadbiran

d)

Mengelakkan persengketaan

31.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah titik penting pembentukan sebuah Persekutuan.


Apakah kandungan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?


I Memelihara kepentingan British

II Kuasa Raja-raja melayu

III Kewarganegaraan

IV Menjamin kedudukan imigran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Apakah perkara yang menjadi terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?

a)

Kepentingan agama Islam

b)

Kerakyatan diperketatkan

c)

Kerajaan bercorak demokrasi

d)

Kedudukan Raja-raja melayu

33.

Jawatan Yang di-Pertua Negeri diwujudkan sejak

a)

Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1948

b)

Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963

c)

Pindaan Perlembagaan Malaysia 1957

d)

Pindaan Perlembagaan Malaysia 1965

34.

Apakah majlis yang menggubal undang-undang Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

Majlis Undangan Negeri

b)

Majlis Persekutuan

c)

Majlis Negeri

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan

35.

Apakah suruhanjaya yang bertanggungjawab menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Suruhanjaya Cobbold

b)

Suruhanjaya Hak Asasi

c)

Suruhanjaya Reid

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan

36.

Mengapakah kuasa Sultan masih lagi diimplikasikan kepada pembentukan negara Malaysia?

a)

Lambang kuasa tertinggi

b)

Sebagai tanda penghormtan

c)

Mengekalkan acuan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

d)

Memiliki kuasa penuh yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa

37.

Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan kuasa tertinggi dalam Perlembagaan. Berikut yang manakah bukan kuasa YPDA?

a)

mengetuai jemaah menteri

b)

kuasa mengampun

c)

kuasa menangguhkan orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah

d)

membuat perlantikan bagi jawatan utama negara

38.

Sebelum kedatangan British,negara kita diperintah berdasarkan _________________________

a)

sistem republik

b)

raja berperlembagaan

c)

pemerintahan beraja

d)

demokrasi berparlimen

39.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri Undang-undang Inggeris?

a)

Raja tidak berkuasa mutlak

b)

Raja sebagai pemerintah

c)

Undang-undang ditentukan oleh raja

d)

Pelaksanaan undang-undang di Negeri-negeri Selat

40.

Patriotisme ialah perasaan cinta mendalam terhadap negara dan sanggup mempertahankan negara demi kemakmuran dan kestabilan sesebuah negara


Apakah peranan rakyat bagi merealisasikan semangat

tersebut ?

a)

Peka terhadap keselamatan negara

b)

Mengukuhkan pasukan keselamatan

c)

Menghormati lambang – lambang negara

d)

Menggalakkan kolaborasi dengan pihak luar