wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RY TRIAL SEJARAH SPM K1 PERLIS 2017

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 16mins

Name
Class
Date
1.
Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
Apakah ciri negara kota tersebut ?
a)
Memiliki majlis perbandaran
b)
Mempunyai jalan raya yang lurus
c)
Memiliki tempat mandi awam
d)
Mempunyai kubu pertahanan
2.
Apakah sumbangan Maharaja Shih Huang Ti kepada Tamadun China?
a)
Membina terusan
b)
Membentuk empayar
c)
Mengamalkan demokrasi
d)
Menggubal undang-undang
3.
Gambar di atas ialah binaan aqueduct
a)
Tamadun Rom
b)
Tamadun India
c)
Tamadun China
d)
Tamadun Yunani
4.
Maklumat berikut berkaitan Tasik Tonle Sap.  
Pada musim kemarau,kawasan sekitar Tasik Tonle Sap menjadi subur menyebabkan aktiviti pertanian masih dapat dijalankan.
Mengapakah berlaku keadaan tersebut ?
a)
Cuaca hujan dan lembap
b)
Terdapat mendapan lumpur
c)
Pengaliran sumber air daripada terusan
d)
Penggantian padi sawah kepada padi huma
5.
Apakah tujuan konsep berikut diamalkan oleh pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara
Orde kosmos
  Dewa - raja
a)
Mengukuhkan kedudukan
b)
Menjamin pentadbiran adil
c)
Meningkatkan sokongan rakyat
d)
Mengelakkan pemberontakan pembesar
6.
Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib.
Apakah sebab empangan tersebut runtuh?
a)
Diperbuat daripada tanah liat
b)
Disebabkan banjir besar
c)
Kejadian gempa bumi
d)
Bencana ribut pasir
7.
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah dikatakan mempunyai nilai moral yang rendah?
a)
Menyembah berhala
b)
Mementingkan keduniaan
c)
Meminum arak, berzina dan berjudi
d)
Memuja alam seperti pokok dan matahari
8.
Apakah tujuan Nabi Muhammad s.a.w. meminta orang Islam berhijrah ke Habsyah?
a)
Menyebarkan Islam
b)
Memenuhi jemputan
c)
Mendapatkan perlindungan
d)
Menjalankan aktiviti jual beli
9.
  Apakah persetujuan yang dicapai dalam perjanjian berikut?
 621 Masihi
Perjanjian Aqabah Pertama
 
I Beriman kepada Allah
II Meninggalkan amalan jahiliah
III Memerangi orang Arab Quraisy
IV Menjamin keselamatan orang Islam Makkah
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
10.
Apakah faktor yang menjamin kedudukan orang Yahudi berikut?
   
Jaminan keselamatan dan kebebasan Mempunyai hak yang sama dengan masyarakat lain
a)
Mematuhi Piagam Madinah
b)
Membantu urusan pentadbiran
c)
Membenarkan penyebaran Islam
d)
Meninggalkan semangat assabiah
11.
Maklumat  menunjukkan gelaran yang diberikan kepada Khalifah Abu Bakar. Mengapakah gelaran tersebut diberi?
Khalifah Abu Bakar
Penyelamat Umat Islam
a)
Memperkenalkan baitulmal
b)
Menghapuskan gerakan al-Riddah
c)
Membentuk angkatan tentera yang kuat
d)
Menyebarkan dakwah Islamiah ke Rom
12.
Senarai berikut menunjukkan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Acheh
Johor-Riau

Apakah persamaan kerajaan tersebut selepas Melaka ditawan oleh Portugis?
a)
Menjalin hubungan dengan Belanda
b)
Merupakan pusat pertanian terkenal
c)
Mengembalikan kegemilangan Srivijaya
d)
Menghalang penyebaran agama Kristian
13.
Agama Islam turut mengubah akhlak masyarakat Melayu. Apakah perkara yang digugurkan dalam upacara pertabalan raja hari ini?
a)
Protokol
b)
Bacaan ciri
c)
Lafaz ikrar oleh sultan
d)
Pengendalian oleh ulama
14.
 X
Cukai yang dikenakan kepada orang asing yang menetap di Melaka.
Namakan cukai X
a)
cukai labuh batu
b)
cukai kepala
c)
cukai tetap
d)
cukai diraja
15.
Apakah faktor kemunculan bandar berikut pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Itali?  
 
 · Milan
 · Florence
 · Venice
a)
Kemajuan perdagangan
b)
Kekayaan sumber galian
c)
Perluasan kuasa
d)
Penggubalan undang-undang
16.
Amalan di bawah berlaku pada Zaman Reformation.
   
. Penjualan Sijil Indulgences
 
Mengapakah Martin Luther menentang amalan ini?
a)
Pembebanan hidup golongan petani
b)
Pengukuhan kekuasaan pemerintah
c)
Peningkatan kegiatan jenayah
d)
Penyelewengan dalam agama
17.
Jadual di atas menunjukkan peningkatan dalam keluasan kawasan penanaman getah.
Apakah faktor yang membawa kepada peningkatan tersebut?
a)
Penglibatan buruh Cina
b)
Perkembangan industri pembuatan
c)
Pelaburan modal pembesar tempatan
d)
Pengenalan Rancangan Sekatan Stevenson
18.
Rajah berikut merujuk kepada pembentukan jawatan baru oleh kerajaan British di Tanah Melayu.
Mac 1872      
Jawatan Pegawai Pelindung Buruh dari China diwujudkan.

Apakah tujuan jawatan tersebut diwujudkan?
a)
Mengawal upah buruh
b)
Menjaga kebajikan buruh
c)
Mengawasi kemasukan buruh
d)
Membiayai perbelanjaan buruh
19.
Mengapakah negara China menjadi tumpuan negara-negara Barat pada abad ke-19?
a)
Tenaga mahir ramai
b)
Bahan mentah banyak
c)
Tanah yang subur
d)
Pasaran yang luas
20.
Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?
a)
Pemerintahan kerajaan sendiri
b)
Pengembalian kuasa raja
c)
Hak mengundi pemimpin
d)
Hak kebebasan bersuara
21.
Mengapakah Haji Abdul Rahman Limbong memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British?
a)
Pengenalan undang-undang tanah
b)
Penghapusan sistem perhambaan
c)
Paksaan membayar ufti
d)
Peningkatan kemasukan imigran
22.
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel di atas?
a)
Mencintai tanah air
b)
Menghargai warisan bangsa
c)
Kebebasan kaum wanita
d)
Kepentingan perpaduan kaum
23.
Apakah faktor yang menentukan sempadan kerajaan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
a)
Rumpun bangsa
b)
Undang-undang
c)
Kesetiaan rakyat
d)
Pemerintah
24.
Negeri manakah yang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka?
a)
Perak
b)
Kedah
c)
Kelantan
d)
Terengganu
25.
Kerajaan Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur.

Apakah keistimewaan Singapura sehingga diasingkan daripada Malayan Union ?
a)
Pusat pertahanan
b)
Pusat pentadbiran
c)
Pelabuhan entrepot
d)
Pelabuhan bebas
26.
Gambar menunjukkan demontrasi antipenyerahan oleh kaum ibu dalam PKMS di Sarawak.
 Apakah kesan daripada tindakan tersebut ?   
a)
Pembebasan Sarawak
b)
Pekeliling Bil. 9 dikeluarkan
c)
Pembubaran Perlembagaan 1941
d)
Penubuhan Jawatankuasa Perunding
27.
Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.

Sekiranya anda adalah anggota dalam Sistem Ahli, apakah bidang tugas anda
a)
Mentadbir negara
b)
Merangka perbelanjaan
c)
Menjaga satu portfolio
d)
Menggubal undang-undang
28.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.

Apakah kesan perjanjian tersebut ?
a)
Pembentukan kerajaan republik
b)
Kerakyatan jus soli diterima
c)
Pengukuhan kuasa Gabenor
d)
Pesuruhjaya Tinggi dilantik
29.
Barisan Sosialis telah memenangi pilihan Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961.      
Mengapakah Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat bimbang dengan kemenangan tersebut?
a)
Menggugat proses pungutan suara
b)
Memecahbelahkan perpaduan
c)
Menggugat kuasa British
d)
Melemahkan kepimpinan
30.
Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini. Mengapakah mereka bertindak sedemikian ?
a)
Ingin kekal di bawah pemerintahan British
b)
Ingin membentuk pemerintahan sendiri
c)
Mempunyai keyakinan memerintah
d)
Pengaruh politik yang kuat
31.
Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri. Apakah bidang kuasa kerajaan negeri ?
a)
Keselamatan dalam negeri
b)
Kebajikan sosial rakyat
c)
Undang-undang Islam
d)
Pelajaran
32.
Apakah maksud dua ekor harimau dalam Jata Negara kita ?
a)
Kekuatan
b)
Kekuasaan
c)
Keberanian
d)
Kemegahan
33.
Pernyataan berikut berkaitan dengan agensi yang terlibat dalam menjayakan Rancangan Malaya Pertama. 
Membangunkan masyarakat luar bandar
Membantu pemasaran hasil pertanian
Menggalakkan orang Melayu berniaga                
Apakah agensi tersebut?
a)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
b)
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
c)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
d)
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
34.
Apakah persamaan antara kedua-dua program dan agensi berikut?

  · Permodalan Nasional Berhad (PNB) Skim
. Amanah Saham Berhad (ASN)
a)
Membasmi kemiskinan
b)
Menggalakkan pelaburan
c)
Memberi pinjaman modal
d)
Mengimbangi pemilikan harta
35.
Maklumat berikut berkaitan dengan Laporan Rahman Talib 1960.  
Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan sementara sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan  
 Apakah kesan pertukaran status sekolah di atas?
a)
Meningkat kualiti pendidikan
b)
Memajukan prasarana sekolah
c)
Memupuk perpaduan kaum
d)
Menguasai kemahiran bahasa
36.
 
      Maklumat berikut menerangkan tindakan Britain.    
1914-Campurtangan dalam peperangan         

Apakah kesan tindakan Britain terhadap negaranya?
a)
Kerugian perdagangan luar
b)
Meluaskan tanah jajahannya
c)
Membayar pampasan perang
d)
Kekuatan negara diperkukuh
37.
1989 Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) telah diadakan di Langkawi
Apakah persetujuan yang dicapai?
a)
Menangani penyalahgunaan dadah
b)
Menyelesaikan masalah Palestin
c)
Mengekalkan keamanan segajat
d)
Mengatasi masalah pencemaran
38.
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab , iaitu daripada perkataan mudun, madain dan madana. Apakah maksud perkataan madana ?
a)
Kemajuan lahiriah
b)
Kehidupan bertamadun
c)
Ketinggian budi bahasa
d)
Penggubalan undang-undang
39.
Apakah kepentingan kawasan berikut kepada kerajaan Bani Abbasiyah?

Kufah
Khurasan
 Humaimah
a)
Pusat gerakan revolusi
b)
Pusat kegiatan ekonomi
c)
Pusat pentadbiran kerajaan
d)
Pusat perkembangan intelektual
40.
Idea Tunku Abdul Rahman telah membawa kepada Penubuhan Persidangan Islam (OIC).   Apakah sumbangan Malaysia dalam pertubuhan tersebut?
 
I Tuan rumah persidangan OIC II. Mengisytiharkan Deklarasi Kuala Lumpur

III. Menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan
IV Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV