NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH K1 (PERCUBAAN SBP)
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Rajah 1 berkaitan dengan lambang kebesaran yang menjadi salah 1 ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah X?
Regalia
Tepak sireh
Bahasa Melayu
Wilayah pengaruh
Maklumat berikut berkaitan dengan keunggulan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
1. Temenggung
2. Laksamana
Apakah kesan pengenalan jawatan tersebut?
Keamanan terjamin
Percukaian yang adil
Perbendaharaan teratur
Adat istiadat terpelihara
Revolusi Keagungan berlaku di England pada tahun 1688. Mengapakah revolusi tersebut berlaku?
I. Menentang kenaikan cukai
II. Menamatkan pemerintahan Beraja
III. Menegakkan kedaulatan parlimen
IV. Memperjuangkan hak asasi rakyat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pemerintahan Thailand.
Mengapakah pemerintah Thailand melaksanakan dasar-dasar tersebut?
Mengekalkan warisan budaya
Mempertahankan kedaulatan
Menghapuskan kapitalis Barat
Memansuhkan hak wilayah asingan
Bagaimanakah pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris menyedarkan rakyat untuk menentang penjajah pada abad ke-20?
Membawa masuk ulama Kaum Muda
Menghasilkan karya nasionalisme
Mempopularkan idea revolusi
Menyebarkan gerakan Islah
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha Kaum Muda di negara kita pada abad ke-20.
"Kaum Muda berjaya menubuhkan Persatuan Kebajikan al-Jamiah al-Khairiah di Singapura demi kemajuan masyarakat."
Persatuan ini berjaya memajukan masyarakat dalam bidangn
prasarana madrasah
pemerintahan
kebudayaan
perniagaan
Gambar 1 menunjukkan pertemuan 3 tokoh pemimpin Kuasa Bersekutu di Yalta, Rusia ketika Perang Dunia Kedua.
Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang hasil pertemuan mereka?
Penguatkuasaan teknik serangan Blitzkrieg
Penyekatan serta merta serangan Jepun
Peningkatan kerjasama ketenteraan
Penamatan Operasi Kod "D-Day"
Slogan berikut berkaitan dengan usaha Jepun menjayakan misi mereka ke negara kita.
"Asia untuk Orang Asia"
Apakah muslihat Jepun menggunakan slogan tersebut?
Menyelamatkan negara Asia
Menonjolkan kehebatan kuasa Barat
Memenuhi hasrat penduduk tempatan
Menaikkan imej sebagai pembela Asia
Semasa pendudukan tentera Jepun, beberapa jawatan tinggi diberikan kepada penduduk peribumi Sarawak.
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
Semangat berkaitan dengan berkerajaan sendiri semakin meningkat
Orde baharu Asia Timur mula diwujudkan
Slogan "Asia Untuk Asia" dilaksanakan
Imperialis Barat hilang pengaruh
Rajah 2 menunjukkan perubahan pentadbiran British selepas Perang Dunia Kedua di negara kita. Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut?
I. Melicinkan pentadbiran
II. Meningkatkan pelaburan
III. Mengukuhkan sistem beraja
IV. Membentuk perpaduan kaum
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar ini menunjukkan demonstrasi penduduk berkaitan penyerahan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua.
Mengapakah poster mereka mencatatkan "We Do Not Want To Be Colonised" dan "Leburkan Koloni"?
Memprotes hukuman terhadap anggota Rukun 13
Bertentangan dengan Perlembagaan 1941
British menindas penduduk tempatan
Vyner Brooke tua dan uzur
Rajah 3 menunjukkan pentadbiran di Tanah Melayu.
Apakah sebab berlaku perubahan tersebut?
Tuntuat pelabur asing
Sokongan bukan Melayu
Cadangan Raja-Raja Melayu
Desakan Parti Komunis Malaya
Gambar 2 menunjukkan tindakan sabotaj oleh Komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah Komunis bertindak sedemikian?
Melumpuhkan ekonomi British
Melengahkan kemaraan tentera
Memecahbelahkan perpaduan
Membuktikan kekuatan
Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pegawai British di Tanag Melayu pada zaman darurat.
Berdasarkan dialog tersebut, apakah kesan zaman darurat kepada negara?
Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan
Pasukan keselamatan negara diperkenalkan
Kemerdekaan negara disegerakan
Kampung Baru diperluaskan
Jadual 1 berkaitan dengan usaha ke arah kemerdekaan.
Sebagai pemimpin CLC, apakah yang akan dilakukan bagi merealisasikan moto tersebut?
Membentuk hala tuju yang sama
Memperjuangkan hak sama rata semua rakyat
Meningkatkan kesedaran pendidikan vernakular
Memperketat pemberian syarat kewarganegaraan
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein juga dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Bagaimanakah penyata tersebut berusaha mengintegrasikan rakyat pelbagai kaum di negara kita?
I. Penggunaan kurikulum yang seragam
II. Pengenalan Buku Teks berunsur tempatan
III. Pendidikan Sivi di ajar secara formal di sekolah
IV. Pelaksanaan sistem persekolahan yang sama bagi semua
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual 2 berkaitan keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Mengapakah Parti Perikatan mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya tersebut?
Mengadakan kerjasama politik
Mendaftarkan calon lebih awal
Memperjuangkan hak sama rata
Meletakkan calon berpendidikan
Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimanakah suruhanjaya tersebut berperanan membentuk perlembagaan bagi negara merdeka yang sejahtera?
I. Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum
II. Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk
III. Memastikan sistem kerajaan Persekutuan yang kuat
IV. Mengamalkan sikap terbuka menerima pandangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, apakah prasarana yang disediakan oleh Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk meraikan pemasyuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rancangan berikut diperkenalkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
"Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961"
Apakah kepentingan rancangan tersebut?
Memodenkan pendidikan
Memajukan perindustrian
Membangunkan infrastruktur
Membanteras ancaman komunis
Setem kenangan berikut berkaitan keunikan rakyat Malaysia.
Bagaimanakah keunikan tersebut mengukuhkan kedaulatan negara kita?
Perkongsian sempadan negeri
Pengamalan adat resam yang sama
Kebebasan mutlak dalam bermasyarakat
Keharmonian hidup dalam kalangan berbilang kaum
Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka
Perkara berikut terlibat dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1965.
"Struktur Mahkamah Atasan"
Bagaimanakah pindaan perlembagaan 1963 mengukuhkan struktur mahkamah tersebut?
Membentuk mahkamah Khas
Memperkenalkan Mahkamah Rayuan
Mewujudkan Mahkamah Persekutuan
Menubuhkan Mahkamah Tinggi Malaya
Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja
"Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita."
Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?
Mengesah pelantikan anggota Jemaah Menteri
Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan penting
Mempunyai kuasa budi bicara dalam pembentukan kerajaan
Memperkenan semua undang-undang yang diluluskan Parlimen
Pernyataan berikut berkaitan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak
Tertakluk kepada Akta Parlimen
Memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong
Terikat dengan kelulusan Dewan Undangan Negeri
Melepasi tapisan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Logo berikut berkaitan pentadbiran Kerajaan Tempatan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, di bawah senarai apakah pentadbiran tersebut diwartakan?
Senarai Persekutuan
Senarai Tambahan
Senarai Bersama
Senarai Negeri
Maklumat berikut berkaitan reaksi negara jiran terhadap pembentukan Malaysia.
Mengapakah Filipina memberi reaksi sedemikian?
Menuntut wilayah Sabah
Mempertahan keamanan serantau
Membantah dasar neokolonialisme
Memperjuang pembentukan Kesatuan Negeri Borneo
Antara berikut, yang manakah berkaiyan kandungan dalam intipati Perjanjian Malaysia?
Perhubungan luar di bawah kuasa negeri
Pengagihan kerusi parlimen sama rata
Pemerintahan beraja mutlak
Pengiktirafan kedaulatan
Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas Pembentukan Malaysia. Apakah faktor pemisahan tersebut?
Hak sama rata semua kaum
Peningkatan ancaman komunis
kebebasan bersuara secara mutlak
Penghapusan pasaran bersama disegerakan
Maklumat berikut berkaitan isu yang dihadapi oleh kerajaan semasa memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970)
1. Kejatuhan harga bahan mentah
2. Terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah
Apakah usaha kerajaan untuk menangani masalah tersebut?
Mengukuh integrasi nasional
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Mengeratkan industri pelancongan negara
Melibatkan sektor swasta dalam industri berat
Bagaimanakah Laporan Rahman Talib 1960 berusaha mengekalkan teras pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi?
I. Mewujudkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
II. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
III. Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan negara
IV. Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1967?
Penubuhan Universiti Malaya
Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan
Pembinaan sekolah teknik dan vokasional
Penggunaan bahasa Melayu dalam perniagaan
Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974.
Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
Membuka lebih banyak petempatan baharu
Menambahkan pengeluaran bahan makanan
Menaik taraf kemudahan kesihatan peneroka
Memberikan kemudahan kredit kepada petani
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) berjaya melahirkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
Bagaimanakah hasrat tersebut tercapai?
Meramaikan golongan peneroka
Menggalakkan pemilikan saham amanah
Menubuhkan agensi pembangunan tanah
Membentuk kelas bumiputera komersial
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia menggubal dasar luar yang dinamik dan berbaik-baik dengan semua negara. Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
Mematuhi desakan negara luar
Menjaga kepentingan kuasa besar
Memelihara kedaulatan negara
Memenuhi tuntutan rakyat
Malaysia telah menjayakan misi pengaman anjuran PBB di negara berkonflik berikut:
1. Congo (Afrika)
2. Kemboja (Asia)
3. Bosnia dan Herzegovina (Eropah)
Antara berikut, yang manakah tugas misi di negara tersebut?
I. Membantu pentadbiran
II. Mengadakan perjanjian
III. Mengawasi gencatan senjata
IV. Mendaulatkan undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Malaysia terlibat secara aktif menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Indochhina terutamanya Vietnam dan Kemboja. Mengapakah Malaysia berbuat sedemikian?
Memenuhi aspirasi kuasa besar
Menunjukkan kekuatan ketenteraan
Menjamin kestabilan rantau Asia Tenggara
Menggagalkan agenda penjajahan bentuk baharu
Maklumat berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa:
1. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
2. Setiausaha Agung Pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Apakah matlamat pertubuhan tersebut?
Menyelesaikan konflik serantau
Mengukuhkan pakatan ketenteraan
Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali
Menjaga keamanan masyarakat negara anggota
Krisis politk di Syria yang bermula pada tahun 2011 menyebabkan rakyat Syria menghadapi masalah kekurangan makanan dan perubatan. Bagaimanakah rakyat Malaysia memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat negara tersebut?
I. Menghantar pasukan tentera
II. Memberi bantuan kemanusiaan
III. Menjalankan aktiviti kesukarelawanan
IV. Membangunkan kemudahahan asas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pengisytiharan Deklarasi Langkawa pada bulan Oktober 1989 membuktikan komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk memelihara Alam Sekitar. Antara berikut, yang manakah usaha Malaysia untuk menjayakan deklarasi tersebut?
I. Melancarkan Tahun Melawat Langkawi
II. Melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara
III. Melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara
IV. Mengutarakan Antartika sebagai warisan sejagat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
