Font size
WorksheetsPERNIAGAAN
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber fizikal yang diperlukan dalam sesebuah organisasi?
(Pilih 2 jawapan)
Bangunan dan kelengkapan
Jentera dan mesin
Bangunan dan kemudahan
Kilang dan mesin
Sumber fizikal manakah yang berkaitan dengan sebuah kilang perabot?
Bangunan dan kelengkapan
Stok
Penyelenggaraan dan pembaikan
Jentera dan mesin
Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu sumber fizikal dalam sesebuah organisasi.
Apakah sumber fizikal tersebut?
Bangunan dan kemudahan
Kilang dan mesin
Loji dan kilang
Bangunan dan kelengkapan
Sumber teknologi manakah yang diperlukan oleh sesebuah organisasi?
(Pilih 2 jawapan)
Lesen perkakasan
Lesen perisian
Harta intelek
Pendidikan dan pengalaman
Apakah maksud harta intelek?
Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembangunan dan penyelidikan sesebuah organisasi
Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang
Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembentukan dan penghasilan sesebuah organisasi
Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada daya intelektual atau minda seseorang
Antara yang berikut, yang manakah merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh sesuatu karya supaya boleh dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987?
(Pilih 2 jawapan)
Usaha mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya bersifat asli
Karya itu direkod, ditulis, atau dijadikan dalam bentuk cetakan atau elektronik
Penciptanya merupakan orang yang berpendidikan
Karya tersebut dibuat di Malaysia dan pertama di Malaysia
Antara berikut, yang manakah merupakan karya yang layak mendapat perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987?
(Pilih 2 jawapan)
Karya muzik
Karya seni
Karya cetakan
Karya lagu
Antara yang berikut, yang manakah merupakan reka cipta yang boleh dipatenkan?
(Pilih 2 jawapan)
Teori-teori saintifik
Reka cipta yang baharu
Boleh digunakan di mana-mana industri
Kaedah untuk menjalankan perniagaan
Kim Chi Sdn Bhd ingin mengemukakan permohonan paten untuk produk baharu yang diciptanya. Agensi kerajaan manakah yang harus dirujukkan oleh syarikat itu?
Perbadanan Hak Cipta dan Paten Malaysia
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Pejabat Pendaftar Syarikat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pernyataan yang manakah benar tentang paten?
Hak ekslusif kepada pencipta karya
Hak ekslusif untuk suatu reka cipta
Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian
Teori saintifik dalam melaksanakan sesuatu proses
Antara yang berikut, manakah merupakan sumber teknologi PROTON?
Kilang mengeluarkan kereta
Kemahiran dan pengalaman pekerja
Peralatan TMK
Reka bentuk kereta
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber teknologi?
Aset yang berbentuk tidak ketara@ tidak nyata untuk dimanfaatkn oleh organisasi perniagaan
Aset yang berbentuk ketara untuk dimanfaatkn oleh organisasi perniagaan
Aset yang berbentuk tidak ketara @ nyata untuk dimanfaatkn oleh organisasi perniagaan
Aset yang berbentuk tidak ketara untuk dimanfaatkn oleh organisasi perniagaan
Apakah prosedur mengurus sumber teknologi?
Pateri
Hak cipta terpelihara
Insurans
Penyelenggaraan
Apakah tujuan usahawan mendaftarkan paten mereka?
Idea reka cipta boleh dikongsi dengan orang lain
Idea reka cipta tulen
Idea reka cipta dihargai
Idea reka cipta adalah hak milik mereka.
Tujuan mengurus harta intelek ialah
memastikan kedudukan syarikat sentiasa kukuh
menghasilkan keuntungan dalam jangka masa yang singkat
mengelakkan syarikat daripada ancaman cetak rompak dan peniruan
memudahkan urusan pengurusan sumber manusia
Mengapakah pengurusan hak cipta terpelihara amat penting bagi usahawan?
Melindungi hasil ciptaan supaya tidak disalah guna untuk kepentingan pihak lain
Membuat keputusan yang tepat
Berkomunikasi dengan berkesan
Berkeupayaan menyelesaikan masalah
Mengapakah pengurusan hak cipta terpelihara amat penting dalam pengurusan operasi sesebuah perniagaan?
Mengurangkan kesilapan dalam operasi perniagaannya
Melindungi hasil ciptaannya supaya tidak disalah gunakan oleh orang lain
Memastikan perniagaan bersaing dengan adil
Mengurangkan perbezaan pendapat dalam perniagaannya
Bagaimanakah perisian komputer sebagai sumber teknologi dapat membantu seorang pengurus bank perdagangan mengelakkan kerugian?
Membuat keputusan dengan cepat dan tepat
Mengurangkan kerosakan peralatan komunikasi bank
Memudahkan urusan latihan dan pembangunan kakitangan
Mempercepatkan proses melayan pelanggan di kaunter bank
Antara berikut, yang manakah SUMBER FIZIKAL bagi sesebuah perniagaan berasaskan BARANG?
Stok
Lukisan
Kemahiran
Bahan Mentah
Pilih pernyataan yang menerangkan DEFINISI premis dalam sesebuah perniagaan.
Tempat untuk menyimpan barang siap
Tempat untuk mendapatkan barang mentah
Tempat untuk menjalankan operasi perniagaan
Tempat untuk memproses bahan mentah kepada barang siap
Mengapakah sesebuah perniagaan perlu mengurus sumber fizikal?
Mengelakkan pekerja membazir masa
Meningkatkan kes kecurian sumber fizikal
Meningkatkan kemahiran dan pengalaman pekerja
Memastikan sumber fizikal selamat dan berfungsi
Apakah KEPENTINGAN INSURANS terhadap sumber fizikal dalam perniagaan
Mengembangkan perniagaan
Memaksimumkan keuntungan
Memudahkan urusan perniagaan
Melindungi perniagaan daripada risiko
"Danny bertugas sebagai seorang juruteknik di kilang pembuatan skru"
Berdasarkan pernyataan diatas, apakah tugas yang perlu Danny lakukan supaya operasi kilang berjalan lancar?
Membersihkan kilang
Menyelenggara mesin
Menyimpan dokumen
Memantau pekerja lain
SUMBER FIZIKAL yang manakah berkaitan dengan spa kecantikan?
Produk siap
Bahan mentah
Kilang dan mesin
Bangunan dan kemudahan
Apakah peralatan yang diperlukan untuk memastikan sesebuah bangunan perniagaan selamat untuk pekerjanya?
Mesin
Alat penggera
Kamera litar tertutup
Telefon pintar
Bilakah tempoh masa yang sesuai untuk membuat penyelenggaraan ke atas sumber fizikal?
secara harian
Secara berkala
Secara bulanan
Secara tahunan
Antara berikut risiko yang manakah boleh diinsuranskan?
Kemalangan
Perubahan fesyen
Kerugian perniagaan
Rompakan premis perniagaan
Antara berikut risiko yang manakah boleh diinsuranskan?
Kemalangan
Perubahan fesyen
Kerugian perniagaan
Rompakan premis perniagaan
Contoh syarikat insurans yang terdapat di Malaysia ialah:
Media Prima
Pharmaniaga
Takaful Ikhlas
CIDB Malaysia
Pilih pernyataan yang tepat tentang sumber fizikal perniagaan .
Aset nyata sesebuah perniagaan
Aset tak ketara sesebuah perniagaan
Bangunan dan kemudahan perniagaan
Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi perniagaan
Manakah yang merupakan sumber fizikal sebuah syarikat pengiklanan ?
Pekerja mahir
Bahan mentah
Kilang dan mesin
Bangunan dan kemahiran
Antara yang berikut , pernyataan manakah yang merupakan tujuan mengurus sumber fizikal perniagaan ?
I. Memastikan pekerja sentiasa cekap dan mahir
II. Memastikan semua mesin dalam keadaan baik
III.Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi
IV.Memastikan reka cipta produk tidak ditiru oleh pesaing
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Jenis insurans manakah yang dapat melindungi sumber fizikal terhadap risiko kerugian?
I Insurans kemalangan
II Insurans kebakaran
III Insurans kehilangan barang
IV Insurans nyawa
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Apakah maksud harta intelek?
Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada daya intelektual seseorang
Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada kemampuan intelektual seseorang
Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada imaginasi seseorang
Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang
Antara berikut, yang manakah merupakan syarat sesuatu reka cipta boleh dipatenkan?
I Belum dizahirkan kepada orang ramai
II Boleh diaplikasikan di industri tertentu
III Sudah dizahirkan kepada orang ramai
IV Melibatkan langkah-langkah untuk mereka cipta
I & II
I & IV
II & III
III & IV
"Merupakan kerja penyelenggaraan mengikut jadual untuk memeriksa, menservis, membaiki, atau menggantikan komponen bagi memastikan setiap komponen sumber fizikal berfungsi dengan baik serta mengelakkan berlakunya kerosakan besar."
Apakah aktiviti penyelenggaraan tersebut?
Penyelenggaraan pencegahan
Penyelenggaraan pembaikan
Penyelenggaraan pemulihan
Penyelenggaraan pemeliharaan
Syarikat Wana ingin mengemukakan permohonan paten untuk reka cipta produk baharu. Agensi kerajaan manakah harus dirujuk?
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Perbadanan Hak Cipta dan Paten Malaysia
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC)
Senaraikan sumber fizikal
Kilang dan mesin
Harta intelek dan lesen perisian
