Font size
WorksheetsSains Tingkatan 4. Bab 5 Genetik - 5.1 Pembahagian Sel
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Apakah nama bahagian yang mengawal keseluruhan aktiviti dalam sel?
Membran Plasma
Sitoplasma
Nukleus
Sentriol
Antara berikut yang manakah ciri Kromosom iaitu satu struktur bebenang halus yang terletak di dalam Nukleus...
(boleh tanda lebih dari satu jawapan)
Terdiri daripada asid nukleik dan protein
Mempunyai struktur yang panjang dan berlingkar
Mengandungi satu molekul panjang DNA
Mempunyai dinding sel
Nyatakan 3 komponen utama DNA (Asid Deosiribonukleik)
protein
fosfat
gula deosiribosa
bes bernitrogen
Genetik adalah...
Kajian tentang kebolehan organisma untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran
Kajian tentang gen, perwarisan dan variasi organisma
Maklumat tentang keturunan organisma dan variasinya
Sejenis penyakit keturunan
Setiap spesis di alam ini akan memiliki bilangan kromosom yang tetap. Bilangan kromosom bagi manusia normal adalah...
6
13
23
46
Kromosom manusia terdiri daripada 2 jenis iaitu autosom dan kromosom seks. Autosom membawa sifat-sifat berikut KECUALI...
Jantina
Bentuk hidung
Warna anak mata
Kebolehan menggulungkan lidah
Manusia normal akan memiliki 23 bilangan kariotip. Kariotip nombor berapakah yang akan menentukan jantina seseorang itu lelaki atau perempuan?
1
13
21
23
Kromosom yang manakah berperanan menentukan jantina seseorang itu adalah lelaki?
Kromosom L
Kromosom P
Kromosom X
Kromosom Y
Pembahagian sel manusia terdiri daripada Mitosis dan Meiosis. Ciri-ciri Meiosis adalah...
(boleh tanda lebih dari satu jawapan)
Berlaku di organ pembiakan sahaja
Sel membahagi kepada 4 bilangan sel anak
Sel anak seiras seperti sel induk
Sel anak memiliki separuh daripada bilangan kromosom asal induk
Ciri-ciri sepunya Mitosis dan Meiosis adalah...
(boleh tanda lebih dari satu jawapan)
Mereplikasi DNA
Pembahagian sel
Tiada variasi
Tiada pindah silang
Nukleus terletak di __________ sel.
luar
dalam
Nukleus mengandungi_________
kromosom
karotip
kormosom
kariotip
Kromosom ialah struktur bebenang halus yang terdiri daripada_____________ dan _____________.
asid sulfurik, karbohidrat
asid linoleik, lemak
asid nukleik, protein
asid nitrik, lipoprotein
Setiap kromosom mengandungi satu molekul panjang______.
CNA
RNA
DNA
Nama penuh DNA ialah________________.
Asid doksiribonuklik
Asid deoksiribonulik
Asid deoksirbonukleik
Asid deoksiribonukleik
DNA terdiri daripada unit-unit asas yang dikenali sebagai _________.
Nukliktida
Nukleotida
Nukliotida
Setiap unit nukleotida terdiri daripada tiga komponen iaitu; deoksiribosa,bes bernitrogen, dan kumpulan __________.
fosforus
fosforik
fosfat
DNA terdiri daripada _____ rantai polinukleotida yang berpintal antiselari antara satu sama lain membentuk struktur yang dikenali sebagai ______ ganda dua.
satu, heliks
dua, heliks
dua, helik
satu, helik
Genetik adalah kajian mengenai________, ____________, dan variasi dalam organisma.
gen
DNA
Fosfat
perwarisan
________ ialah unit asas perwarisan yang menentukan ciri-ciri individu.
DNA
Genetik
Variasi
Gen
Gen tersusun sebagai _________ pada DNA di sepanjang kromosom. Terdapat ________ gen di dalam satu molekul DNA.
fragmen, berjuta-juta
fragmen, beribu-ribu
segmen, berjuta-juta
segmen, beribu-ribu
Namakan struktur di atas.
DNA
Kromosom
Gen
Setiap kromosom mempunyai beberapa jenis gen, iaitu 200 hingga (a) gen bagi setiap kromosom.
Sel soma manusia yang normal mengandungi ________ kromosom
42
44
46
48
Setiap kromosom wujud secara berpasangan mengikut bentuk dan saiz yang serupa. Pasangan kromosom ini dikenali sebagai kromosom (a) .
Nama susunan kromosom homolog manusia dipanggil__________.
karotip
kariotip
Di dalam sel manusia , kromosom boleh dibahagikan kepada dua iaitu __________ dan kromosom _______.
lisosom
autosom
seks
zigot
Kromosom autosom membawa gen yang mengawal sifat contohnya warna mata (iris), kebolehan menggulung lidah, dan jenis rambut (kerinting atau lurus). Kromosom seks pula membawa gen yang menentukan (a) sama ada lelaki atau perempuan.
Kromosom seks terdiri daripada _____ dan _______.
A, B
P, Q
Y, Z
X, Y
Terdapat dua jenis pembahagian sel iaitu ________ dan _________.
Miosis, Mitosis
Meiosis, Mitosis
Apakah itu 'GEN'?
Unit asas pewarisan yang menentukan ciri-ciri individu. Terdapat dalam molekul panjang DNA.
Struktur bebenang halus asid nukleik yang terdapat dalam nukleus sel haiwan dan tumbuhan.
Unit asas terpenting yang terdapat dalam haiwan dan tumbuhan
Struktur berbentuk heliks ganda dua yang mengekodkan maklumat genetik
Tandakan yang manakah struktur yang terdapat dalam nukleus. 'Jawapan lebih daripada SATU'.
Sitoplasma
Kromosom
Asid Deoksiribonukleik (DNA)
Membrane sel
Manakah padanan yang betul?
A- Sentromer, B - Kromosom, C- satu kromatid
A - DNA , B- Gen , C - kromosom
A - Membrane nukleus, B- Gen, C - kromosom
A - Sentromer , B - Satu kromatid , C- Kromosom
Proses pembahagian sel apakah yang berlaku di dalam sel somatik.
(a)
Molekul Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan polimer nukleotida. Apakah komponen nukleotida tersebut?
'Jawapan lebih daripada SATU'.
Bes nitrogen
gula pentosa
Alel
kumpulan fosfate
Apakah PROSES yang berlaku pada sel ini?
Mitosis
Meiosis
Penyusunan kromosom homolog manusia dikenali sebagai?
(a)
Setiap kromosom wujud secara berpasangan mengikut bentuk dan saiz yang serupa.. Pasangan kromosom tersebut disebut sebagai?
kromosom homolog
kromosom heterolog
Kromosom terdiri daripada dua jenis. Tandakan jenis kromosom tersebut.
'JAWAPAN LEBIH DARIPADA SATU'
Kromosom L
Autosom
Kromosom seks
Kromosom P
Apakah maksud autosom?
gen yang mengawal sifat seperti warna mata, kebolehan menggulung lidah dan jenis rambut.
gen yang menentukan jantina
Pilih yang manakah yang tepat bagi susunan peringkat proses mitosis?
Profasa, anafasa, telofasa, metafasa
Profasa, metafasa, telofasa, anafasa
Profasa, telofasa, anafasa, metafasa
Profasa, metafasa, anafasa, telofasa
Peringkat ini kromosom tersusun di satah khatulistiwa. Gentian gelendong melekat pada sentromer.
Peringkat manakah yang terlibat bagi penyataan di atas?
Profasa
Metafasa
Telofasa
Anafasa
Peringkat ini melibatkan proses pindah silang. Peringkat manakah yang terlibat dalam gambar di atas?
Profasa
Profasa I
Profasa II
Apakah yang terjadi ketika profasa I?
kromosom homolog berpasangan
kromosom memendek dan menebal
Proses pindah silang
Gentian gelendong mula terbentuk
Berapakah hasil sel anak yang terbentuk selepas melepasi proses Meiosis I an II?
3
4
2
Berikut merupakan kepentingan Mitosis dan Meiosis dalam kehidupan kecuali
menggantikan sel-sel rosak atau mati
pembiakan aseks sesetengah organisma
supaya sel-sel boleh terus hidup
menghasilkan sel baharu yang sama seperti induk
Persamaan antara mitosis dan meiosis adalah
kedua-duanya merupakan pembahagian sitoplasma
kedua-duanya mempunyai DNA dan RNA
kedua-duanya merupakan proses hidup
kedua-duanya merupakan pembahagian sel
Meiosis adalah pembahagian sel yang hanya berlaku dalam
organ pembiakan
organ peredaran darah
organ perkumuhan
organ pernafasan
Apakah yang dimaksudkan dengan sitokinesis?
proses pembahagian nukleus
proses pembahagian sel soma
proses pembahagian sel
proses pembahagian sitoplasma
Pembahagian sel melibatkan proses pembahagian nukleus dan ................. iaitu ....................
pembahagian organel, sitokinesis
pembahagian sitoplasma, mitosis
pembahagian organel, mitosis
pembahagian sitoplasma, sitokinesis
