Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GURINDAM DUA BELAS ( FASAL KETIGA )

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga) mempunyai

a)

7 perenggan

b)

7 rangkap

c)

7 isi

d)

7 baris ayat

2.

Maksud rangkap pertama ialah....

a)

penglihatan perlu dijaga agar mengurangkan keinginan.

b)

mulut perlu berkata yang baik-baik sahaja.

c)

telinga hendaklah dipasang selalu.

d)

tangan perlu dipelihara daripada mencuri

3.

Maksud rangkap ketiga ialah ...

a)

menjadi seorang yang peramah.

b)

jika kita menjaga tutur kata, banyak manfaat yang akan diperoleh.

c)

tutur kata yang sopan menambah kenalan.

d)

jika kita banyak bertutur, akan menambah dosa.

4.

Maksud rangkap kelima gurindam ialah ...

a)

kita perlu makan semasa masih sihat.

b)

jika kita berjaya makan banyak, tidak akan berlaku pembaziran.

c)

jika kita gagal menahan nafsu makan, bermakna kita gagal mengawal berat badan.

d)

jika seseorang gagal menahan nafsu makan, pelbagai kemudaratan akan timbul kepada dirinya.

5.

Maksud gurindam rangkap ketujuh ialah ...

a)

anggota kaki hendaklah dipelihara dengan sebaik-baiknya agar tidak pergi ke tempat tak berfaedah.

b)

anggota tubuh badan hendaklah dipelihara dengan sebaiknya agar tidak dijangkiti penyakit.

c)

anggota badan terutamanya kaki tidak perlu dikawal ketat sebaliknya dibiarkan bebas.

d)

anggota badan terutamanya tangan hendaklah tidak ringan tangan dalam melakukan maksiat.

6.

Tema Gurindam Dua Belas (fasal ketiga) ialah ...

a)

nasihat kepada orang awam agar memelihara tubuh badan daripada jangkitan penyakit.

b)

nasihat kepada masyarakat supaya memelihara anggota badan agar menjadi orang yang berguna.

c)

kata nasihat untuk murid-murid agar menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama.

d)

kata nasihat kepada anak-anak agar menjadi manusia yang menghargai diri sendiri.

7.

Berapakah bilangan baris dalam setiap rangkap gurindam tersebut...

a)

7 baris

b)

3 baris

c)

2 baris

d)

4 baris

8.

Pilih gaya bahasa yang betul bagi Gurindam Dua Belas (fasal yang ketiga)

a)

Asonansi -pengulangan bunyi vokal 'a' . Apabila terpelihara mata,

b)

Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan 'e'. Apabila perut terlalu penuh.

c)

Personifikasi - Di situlah banyak orang hilang semangat.

d)

Inversi - Apabila terpelihara lidah.

9.

Semua nilai yang berikut terdapat dalam gurindam kecuali

a)

tanggungjawab

b)

kebijaksanaan

c)

kesabaran

d)

kemewahan

10.

Apakah pengajaran yang diperoleh daripada gurindam?

a)

Kita hendaklah taat akan perintah Tuhan supaya terhindar daripada perkara-perkara yang dilarang oleh agama.

b)

Kita hendaklah mengamalkan sikap bersederhana agar boleh menjadi kaya.

c)

Kita hendaklah sabar dengan cercaan dan mendoakan kembali kepada mereka.

d)

Kita hendaklah bijaksana apabila bercakap agar sentiasa menang.