wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LAWB BAB 6 - 10

Total questions: 42

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.
Perwatakan mana di bawah yang TIDAK menggambarkan perwatakan PAK Saidi?
a)
Mempunyai tiga anak lelaki
b)
Seorang yang prihatin. Pernah menyaksikan anaknya menyertai Pertandingan Pidato sebagai tanda menyokong anaknya itu,
c)
Berkerja sebagai doktor di sebuah hospital di pinggir bandar.
d)
Suka memberikan nasihat kepada anak-anaknya agar berbakti kepada tanah air, agama dan bangsa.
2.
Berikut manakah menggambarkan LATAR MASYARAKAT dalam novel Leftenan Adnan?
a)
Masyarakat yang berpandangan jauh. Pak Saidi telah menghantar anaknya ke sekolah Inggeris demi memastikan anaknya mendapat ilmu yang tidak ada di sekolah Melayu
b)
Masyarakat yang mempunyai profesion pendidikan yang tinggi seperti pensyarah dan doktor.
c)
Masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
d)
Masyarakat yang percaya kepada kuasa bomoh dalam merawat penyakit
3.

Pilih dua peristiwa yang menunjukkan Pak Saidi ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.

a)

Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah dan menjemputnya balik dari sekolah.

b)

Pak Saidi meminta guru-guru sekolah Inggeris memberikan kelas tambahan kepada anaknya.

c)

Pak Saidi menuruti syarat memakai baju dan seluar baharu ke sekolah Inggeris.

d)

Pak Saidi membeli buku-buku rujukan tambahan kepada anak-anaknya.

4.

Mengapakah akhirnya Tuk Ketua, Lebai Pian menyetujui pendapat Pak Saidi menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris?

a)

Anak-anaknya akan mengaji Quran bersama dengan Tuk Ketua setiap malam.

b)

Pak Saidi akan melaporkan perkembangan anak-anaknya kepada Tuk Ketua setiap bulan.

c)

Guru Melayu yang mengajar di sekolah Inggeris akan memantau anak-anaknya.

5.

Apakah perjanjian Pak Saidi kepada Adnan setelah dia selesai berkhatan?

a)

Pak Saidi membelikan Adnan basikal baharu.

b)

Pak Saidi membawa Adnan ke bandar.

c)

Adnan tidak perlu menolong Pak Saidi di dusun selama dua bulan.

6.

Ibu Adnan, Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi kerana Pak Saidi berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris...

a)

dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding dengan sekolah agama atau sekolah Melayu.

b)

dapat mempelajari bahasa Inggeris dan mempunyai masa depan yang cerah.

c)

dapat menjadi kakitangan kerajaan Inggeris pada masa depan.

7.

Abu membantah tindakan Pak Saidi menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Yang berikut merupakan cadangan Abu kepada Tuk Ketua, kecuali...

a)

meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya ke sekolah Inggeris.

b)

menghalau mereka sekiranya mereka masih degil.

c)

memulau keluarga Pak Saidi dan tidak membeli buah-buahan mereka.

8.

Pak Saidi memberitahu isterinya bahawa salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari itu ialah Nordin. Mengapakah Pak Saidi berpendapat sedemikian?

a)

Nordin memiliki belati yang dibaling Adnan.

b)

Nordin sakit kaki.

c)

Nordin kehilangan diri.

9.

Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan. Buktinya ialah moyangnya ...

a)

pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.

b)

berketurunan Hang Tuah yang menyebabkan Adnan selalu bermimpi menjadi Hang Tuah.

c)

sanggup berkorban demi menentang Inggeris di negeri Perak.

10.

Pak Saidi mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya. sehingga beliau menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain tanya bersekolah pondok. Perwatakan Pak Saidi berdasarkan petikan tersebut ialah

a)

Seorang yang berpandangan jauh

b)

Seorang yang bertanggungjawab

11.

Leftenan Adnan kerap membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun. Perwatakan Leftenan Adnan ialah

a)

Seorang yang rajin

b)

Seorang yang baik

12.

Setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari. Perwatakan Pak Saidi ialah

a)

Seorang penyayang

b)

Seorang yang bertanggungjawab

13.

Mamat tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris. Perwatakan Mamat ialah

a)

Seorang yang setiakawan

b)

Seorang yang baik hati

14.

Abu membantah tindakan Pak Saidi menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Yang berikut merupakan cadangan Abu kepada Tuk Ketua, kecuali...

a)

meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya ke sekolah Inggeris.

b)

menghalau mereka sekiranya mereka masih degil.

c)

memulau keluarga Pak Saidi dan tidak membeli buah-buahan mereka.

15.

Pilih teknik plot yang betul.

Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.

a)

Kejutan

b)

Pemerian

c)

Imbas muka

d)

Imbas kembali

16.

Pilih teknik plot yang betul.

Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.

a)

Monolog luaran

b)

Monolog dalaman

c)

Saspens

d)

Dialog

17.

Teknik plot dialog bermaksud,

a)

Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang atau watak bercakap secara bersendirian.

b)

Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang watak. Keadaan ini menampakkan watak itu bertutur seorang diri dalam hatinya.

c)

Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca

d)

Pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

18.

Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.

a)

Imbas kembali

b)

Imbas muka

19.

“Macam mana belajar di sekolah orang putih? Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu.

a)

Monolog

b)

Dialog

20.

Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.

a)

Imbas kembali

b)

Pemerian

21.

Pada perkembangan cerita, penduduk kampung membantah keputusan Pak Saidi untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana bimbang ..........

a)

Adnan akan bertukar agama

b)

Adnan akan menjadi orang Inggeris

c)

Adnan akan lupa asal usul dan agama Islam

d)

Adnan akan lupa solat dan terpengaruh dengan agama lain.

22.
 Pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu
a)
teknik dialog
b)
teknik pemerian
c)
teknik imbas kembali
d)
teknik monolog dalaman
23.

7.Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa oleh

a)

Ahmad

b)

Budin

c)

Nordin

24.

12.Di sekolah Inggeris Adnan sering mendapat pujian daripada _________

a)

Cikgu Albert

b)

Cikgu Amsterdam

c)

Cikgu Anderson

25.

Pada suatu malam, rumah Pak Saidi dicerobohi oleh 2 lemabaga yang tidak dikenali. Apakah yang dilakukan oleh kedua-dua lembaga itu ke atas Pak Saidi sekeluarga?

a)

mencuri ayam peliharaan mereka.

b)

menconteng dinding rumah mereka.

c)

berbuat bising hingga mengganggu tidur mereka.

d)

memotong tayar basikal Pak Saidi.

26.

Adnan dihadiahi sebuah basikal oleh ayahnya kerana .................

a)

mendapat tempat pertama dalam pertandingan syarahan bahasa Inggeris.

b)

berkhatan.

c)

menang dalam pertandingan bola sepak.

d)

sempena hari jadinya.

27.

Akibat tidak berpuas hati dan ingin menebus kekalahannya dalam perlawanan bola sepak, Budin dari Kampung Sungai Merab ingin berlawan ... dengan Adnan.

a)

tinju

b)

catur

c)

gusti lengan

d)

bersilat

28.

Penduduk kampung berbangsa Cina yang menganggap Pak Saidi sebagai saudaranya ialah

a)

Ah Chong

b)

Ah Cheng

c)

Renya

d)

Nakamura

29.

Pak Saidi bersabar semasa dihina kerana tidak tahu berbahasa Inggeris oleh Guru Besar Sekolah Inggeris Sungai Ramal yang bernama

a)

Henderson

b)

Steward

c)

Anderson

d)

Thomas

30.

Peristiwa penting yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel disebut sebagai

a)

persoalan

b)

tema

c)

konflik

d)

pengajaran

31.

" Pak Cik tahu Pak Cik miskin. Tetapi Pak Cik tidak menyusahkan orang lain. Pak Cik tak berhutang kalau minum di sini. Kalau orang lain ada basikal Pak Cik juga ada basikal. Hidup Pak Cik tenang walau miskin," Kata Pak Saidi.


Pak Saidi mengucapkan kenyataan berkenaan kerana

a)

Pak Samad mempersoalkan tindakannya turun ke sawah waktu hujan

b)

Nordin menperkecilkan tindakan dan nasihat Pak Saidi

c)

Cuba mempertahankan Pak Karim daripada disindir oleh Nordin

d)

Tidak berpuas hati dengan penjelasan Pak Samad terhadap tindakannya menorah getah waktu hujan

32.

Di manakah letaknya sekolah Inggeris tempat Adnan belajar?

a)

Pekan, Pahang

b)

Pekan Sungai Wang

c)

Pekan Sungai Bonus

d)

Pekan Sungai Ramal

33.

Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai kerana mencuri buah-buahan penduduk kampung.


Apakah perwatakan yang sesuai dengan Tuk Ketua berdasarkan pernyataan tersebut?

a)

Seorang yang bijak menilai

b)

Seorang yang berani

c)

Seorang yang baik hati

d)

Seorang yang cermat

34.

Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.


Apakah kritikan sosial yang sesuai dengan peristiwa di atas?

a)

Sikap masyarakat yang suka mengadu domba

b)

Sikap masyarakat yang tamak

c)

Sikap masyarakat yang iri hati

d)

Sikap masyarakat yang berdendam dan buruk sangka

35.

Frasa 'warung' bermaksud:

a)

kedai kecil tempat menjual makanan, minuman

b)

kedai kecil tempat menjual barangan runcit

c)

Restoran

d)

Pasar raya

36.

Siapakah yang mengunjungi rumah Pak Saidi pada waktu petang?

a)

Tuk Ketua kampung, Karim dan Nordin serta Abu

b)

Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa

c)

Tuk Ketua kampung, Guru Besar Steward dan Adnan serta Nordin

d)

Buruh, petani dan juga nelayan

37.

Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi.


Siapakah yang masih kurang berpuas hati?

a)

Lebai Pian

b)

Tuk Ketua

c)

Isa

d)

Pak Karim

38.

Mengapakah Mamat dilarang oleh ayahnya belajar di sekolah Inggeris?

a)

Bapanya khuatir dia lupa diri

b)

Bapanya khuatir dia lupa agama

c)

Bapanya menyuruh dia lupa agama

d)

Bapanya pulang membawa kereta

39.

Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Keberanian Pak Saidi dan Adnan, menyebabkan lembaga itu lari lintang pukang,

Apakah tujuan lembaga-lembaga itu mendatangi rumah keluarga Pak Saidi?

a)

mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi.

b)

mereka mengusik keluarga Pak Saidi

c)

Mereka ingin bertanya khabar

d)

Mereka ingin mencuri basikal Pak Saidi

40.

Peristiwa apakah yang menyebabkan Adnan resah dalam bab 10?

a)

Bimbang dirinya akan dikhatankan

b)

Gagal dalam pelajaran di sekolah

c)

Ayahnya tidak datang mengambilnya

d)

Basikalnya dicuri

41.

Apakah maksud frasa 'masuk jawi'?

a)

belajar membaca jawi

b)

belajar menulis jawi

c)

berkhitan

d)

berkhatan

42.

Mengapakah orang kampung menyayangi Pak Saidi?

a)

Pak Saidi mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi tanah perkuburan.

b)

Pak Saidi membenarkan penduduk kampung menanam buah-buahan di tanahnya tanpa meminta sewa.

c)

Pak Saidi mengajar anak-anak kampung bersilat.

d)

Pak Saidi selalu bersedekah kepada penduduk kampung apabila pokok buah-buahan di kebunnya berbuah..