Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5-BAB 4 LATIHAN SET A

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan salah satu butiran dalam penyata kewangan Syarikat XYZ Berhad.

Perbelanjaan promosi dan pemasaran RM2.5 juta.

Dalam komponen penyata kewangan manakah butiran kos di atas ditunjukkan?

a)

Kunci Kira-Kira

b)

Akaun Untung Rugi

c)

Akaun Perdagangan

d)

Penyata Aliran Tunai

2.

Manakah yang memberi kesan kepada untung bersih?

a)

Upah atas belian

b)

Insurans atas belian

c)

Duti import

d)

Sewa bangunan

3.

Encik Richard ialah pemilik Kedai Runcit BK. Beliau mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga. Dalam komponen penyata kewangan manakah urus niaga berkenaan akan dimasukkan?

a)

Kunci Kira-Kira

b)

Akaun Untung Rugi

c)

Akaun Perdagangan

d)

Penyata Aliran Tunai

4.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang dapat meningkatkan aliran tunai perniagaan?

a)

Mengutip akaun belum terima

b)

Menjual aset semasa perniagaan

c)

Membeli barang niaga secara tunai

d)

Membeli kenderaan dan mengeluarkan cek untuk pembayaran

5.

Urus niaga manakah yang akan memberi kesan terhadap kedudukan aset semasa dan aset bukan semasa perniagaan?

a)

Menjual barang secara kredit

b)

Mengutip hutang perniagaan

c)

Menjelaskan gaji terakru pekerja

d)

Membeli kenderaan secara tunai

6.

Kedai Teguhmaju menjalankan perniagaan perabot. Manakah yang berkaitan dengan belanja membeli barang niaga?

a)

Membayar sewa kedai

b)

Membayar gaji pembantu kedai

c)

Menanggung kos membeli kenderaan

d)

Membayar belanja pengangkutan membeli stok kerusi meja

7.

Perniagaan membayar sewa premis setiap bulan. Apakah jenis kos yang terlibat?

a)

Kos tetap

b)

Kos berubah

c)

Kos jualan

d)

Kos belian

8.

Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan memberikan kemudahan kredit dengan pelanggan?

a)

Pemilik

b)

Pelabur

c)

Pembekal

d)

Pembiaya

9.

Jika anda seorang peniaga, mengapakah anda membuat analisis Titik Pulang Modal (TPM) ?

a)

Untuk mengetahui untung kasar dan untung bersih perniagaan

b)

Untuk mengetahui aliran tunai semasa perniagaan

c)

Untuk mengetahui kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik

d)

Untuk mengetahui sama ada jumlah hasil dapat menampung jumlah kos

10.

Bagaimana penyata kewangan dapat membantu pihak pengurusan syarikat?

a)

Untuk meningkatkan mutu keluaran produk pada masa hadapan

b)

Sebagai garis panduan untuk perancangan pengagihan sumber

c)

Membuat pertimbangan untuk pemberian bonus kepada pekerja

d)

Untuk membuat perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya.