wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA BANTU

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kerja-kerja menaiktaraf bangunan sekolah__________siap sebulan yang lalu.

a)

telah

b)

masih

c)

akan

d)

mesti

2.
Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.
a)
masih
b)
mesti
c)
sudah
d)
sedang
3.
“Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Azizah.
a)
akan
b)
sudah
c)
hendak
d)
belum
4.

Ibrahim ...........dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun 2020 atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah.

a)

pernah

b)

belum

c)

dapat

5.

Nur Maisarah........menelaah pelajaran meskipun hari sudah larut malam.

a)

masih sedang

b)

masih pernah

c)

akan dapat

6.

Nur Umairah....... melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan itu jika melepasi dua pusingan saringan ini.

a)

akan dapat

b)

belum dapat

c)

telah dapat

7.

Kita ........ memperoleh maklumat tentang bilangan kes berjangkit melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

dapat

b)

boleh

c)

harus

8.

Ahmad ........... belum menyiapkan kerja sekolahnya.

a)

sudah

b)

masih

9.
Ramai pemuda kini ________ bekerja sendiri.
a)
mahu
b)
boleh
c)
dapat
d)
patut
10.
Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji pelajaran.
a)
hendak
b)
akan
c)
masih
d)
mesti
11.

Surat kebenaran daripada ibu bapa kamu ... dihantar kepada pihak sekolah sebelum pertengahan bulan hadapan.

a)

sedang

b)

pernah

c)

mesti

d)

telah

12.

Abang ... mengikut ayah ke kedai perabot sekarang untuk membeli almari pakaian yang baharu.

a)

telah

b)

masih

c)

pernah

d)

hendak

13.

Kami ......... menerima sijil penyertaan pada minggu lepas.

a)

akan

b)

telah

c)

sedang

d)

masih

14.

Shahir .......... ke sana esok bagi menghadiri mesyuarat.

a)

masih

b)

telah

c)

pernah

d)

akan

15.
Puan Maznah________menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan.
a)
telah
b)
sudah
c)
pernah
d)
belum
16.
Ibu __________ menggemburkan tanah di sekeliling pokok bunga kertas itu.
a)
sedang
b)
belum
c)
mesti
d)
akan
17.
Perasaan gundah-gulana dan resah gelisah secara tidak langsung________ hilang apabila kita ceria
a)
mesti
b)
belum
c)
hendak
d)
akan
18.

Sebelum keluar rumah, semua pintu __________ dikunci supaya tidak berlaku kecurian.

a)

harus

b)

sudah

c)

pernah

d)

sedang

19.

Kamu tidak ______ masuk tanpa kebenaran cikgu.

a)

sudah

b)

mahu

c)

mesti

d)

boleh

20.

Suasana bising itu menyebabkan Azmi tidak ______ tidur.

a)

dapat

b)

pernah

c)

sudah

d)

sedang