WorksheetsBALING KEDAH 2020
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi?
Kajian tentang bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas
Kajian tentang tindakan manusia untuk mengurus sumber ekonomi yang terhad
Kajian tentang tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber
Kajian tentang bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi
Antara yang berikut, pilihan manakah yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi?
Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh untuk rakyat.
En. Husaini dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil daripada keuntungan perniagaannya
Syarikat Ali Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai sumber ekonomi yang banyak
Puan Aisyah hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300
Jadual 1 di bawah berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Seri Dewi.
Apakah kos lepas jika Syarikat Seri Dewi menukarkan teknik pengeluaran daripada X ke Z?
20 botol sos cili
40 botol sos cili
60 botol sos tiram
80 botol sos tiram
Maklumat berikut menunjukkan pilihan teknik pengeluaran Syarikat X.
Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat X sekiranya teknik intensif modal digunakan?
40 unit baju
60 unit baju
100 unit seluar
160 unit seluar
Maklumat berikut berkaitan cara penyelesaian masalah asas ekonomi oleh sebuah firma.
Apakah yang hendak dikeluarkan
Berapakah yang hendak dikeluarkan
Bagaimana hendak dikeluarkan
Untuk siapa dikeluarkan
Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?
Kestabilan penawaran
Keadilan agihan pendapatan
Tiada persaingan antara firma
Keuntungan firma lebih tinggi
Pernyataan manakah benar tentang hukum permintaan?
Sofea akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang jatuh
Fauzan akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang meningkat
Syarikat Afif akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang jatuh
Syarikat Wafi akan mengurangkan pengeluaran barang apabila harga barang meningkat
Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi suatu barang.
Merupakan kuantiti diminta individu terhadap barang dan perkhidmatan pada setiap tingkat harga dalam pasaran
Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar semua kuantiti diminta setiap individu pada setiap tingkat harga dalam pasaran
Pada harga RM2 jika kuantiti diminta individu A ialah 9 unit, maka kuantiti diminta individu B ialah 13 unit
Berbentuk landai dan mencerun ke atas dari kiri ke kanan kerana hubungan negatif di antara harga dan kuantiti
Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar terhadap penghawa dingin.
Faktor manakah yang mempengaruhi keadaan tersebut?
Pengguna semakin suka menggunakan alat tersebut
Kerajaan memberi Bantuan Khas penjawat awam
Berlaku fenomena El Nino di dalam negara
Penggunaan buruh mahir yang rama
Rajah di bawah menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran kereta tempatan.
Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan perubahan tersebut?
Melonggarkan syarat sewa beli
Menaikkan kadar faedah pinjaman
Melaksanakan kempen perkongsian kereta
Mengurangkan pelepasan cukai pendapatan
Apakah kesan terhadap pasaran barangan apabila lebihan penawaran berlaku?
Tingkat harga barang akan menurun
Kuantiti diminta barang meningkat
Tingkat harga barang akan meningkat
Kuantiti diminta barang akan menurun
Penawaran biskut bertambah daripada 160 unit kepada 220 unit apabila harga biskut meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00.
Berapakah nilai keanjalan harga penawaran untuk biskut tersebut?
0.53
0.88
1.13
1.88
Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?
Encik Ali membayar RM5000 sebagai deposit untuk kereta baharu
Cik Amri membayar RM 250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun
En Azam mengunjungi lebih daripada 10 gerai komputer untuk membandingkan harga komputer sebelum membeli
Puan Maimum membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok oleh Intan Jewel Sdn Bhd.
Apakah kelebihan menggunakan overdraf dalam sesuatu urus niaga?
Boleh mengeluarkan wang tanpa had
Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini
Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai
Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan
Pernyataan manakah menunjukkan persamaan antara deposit tabungan dengan deposit semasa di bank perdagangan?
Disediakan buku akaun simpanan
Pengeluaran wang pada bila-bila masa
Kemudahan menggunakan kad ATM
Boleh memohon kemudahan overdraf
Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilihan pekerjaan individu.
Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menarik En Lee untuk memohon jawatan tersebut?
Upah wang
Waktu bekerja
Faedah sampingan
Kelayakan akademik
Maklumat berikut adalah mengenai Puan Zarina.
Hitungkan perbelanjaan penggunaan Puan Zarina jika tabungan adalah RM4600
RM 37 220
RM 37 520
RM 43 220
RM 43 400
Setiap hari, Amin memperoleh wang daripada ayahnya untuk perbelanjaan di sekolah. Jenis pendapatan yang diperoleh Amin dikenal sebagai….
sewa
untung
dividen
bayaran pindahan
Yang manakah benar tentang pelaburan peribadi.
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap?
Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output
Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa Panjang
Pembelian untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran
Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula
Pilih pernyataan yang benar mengenai hukum pulangan berkurangan dalam pengeluaran firma.
Berlaku kemajuan yang berterusan dalam tingkat teknologi pengeluaran
Jumlah keluaran firma semakin meningkat apabila penggunaan input bertambah
Jumlah keluaran semakin menurun jika input berubah ditambah berterusan ke atas input tetap
Gabungan yang paling cekap antara input berubah dan input tetap untuk menambah output
Jadual di bawah menunjukkan kos yang ditanggung oleh Firma Hasnim.
Berapakah kos purata yang ditanggung oleh Firma Hasnim apabila jumlah output ialah 15?
2.0
3.0
3.7
4.3
Pernyataan di bawah berkaitan dengan eksternaliti.
Berdasarkan pernyataan diatas, apakah kos sosial yang wujud kesan daripada situasi tersebut?
Peningkatan taraf hidup masyarakat
Keuntungan syarikat pengedar kereta meningkat
Berlaku kesesakan lalu lintas
Pendapatan boleh guna masyarakat meningkat
Apakah ciri yang berkaitan dengan monopoli semulajadi?
Lebih daripada seorang pengeluar
Berkuasa untuk menentukan harga
Persaingan bukan harga amat penting
Kebebasan firma untuk masuk dan keluar pasaran
Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran.
Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan
Pekerja yang meletakkan jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain.
Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi
Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran
Manakah yang menyebabkan inflasi tolakan kos?
Pertambahan kos bahan api
Pengembangan kredit bank perdagangan
Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan
Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan
Bagaimanakah dasar kewangan mengatasi masalah pengangguran yang tinggi dan lambakan stok dalam ekonomi?
Menurunkan kadar cukai
Menurunkan kadar faedah
Membeli surat jaminan kerajaan
Menurunkan perbelanjaan kerajaan
Dasar fiskal menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui
kenaikan cukai
penurunan cukai
pertambahan perbelanjaan kerajaan
pengurangan perbelanjaan kerajaan
Pernyataan di atas berkaitan dengan cukai …
langsung
tak langsung
progresif
regresif
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi globalisasi?
Kenaikan taraf perintis
Perkembangan ekonomi
Perkembangan teknologi maklumat
Kenaikan kadar pertukaran asing
Apakah tujuan kerajaan mengenakan kuota terhadap barang import?
Menggalakkan penawaran barang import
Memperbaiki imbangan pembayaran
Meningkatkan kadar pengangguran
Menambahkan pendapatan negara
Situasi manakah merupakan komposisi eksport tak nampak Malaysia?
Syarikat NRS menghantar pekerjanya berkursus dalam bidang elektrik di Jepun
Encik Albert dari United Kongdom membeli tiket untuk menonton perlumbaan kereta Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang
Syarikat TR Travel dari bandar Klang menyewa syarikat penerbangan Kuwait untuk membawa rombongan umrah ke Arab Saudi
Encik Ismail sekeluarga melancong sambil menonton pertandingan bola sepak piala dunia di Brazil
Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia?
Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung
Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan
Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal
Imbangan pembayaran memberi kesan positif
Situasi manakah yang menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia?
Kemasukan pelaburan Australia ke Malaysia
Jepun membeli petroleum mentah dari Malaysia
Syarikat Malaysia melabur di China
Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin
Soalan 35 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut:
I. Buruh digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
II. Contoh pendapatan daripada faktor pengeluaran buruh ialah pencen.
A
B
C
D
Soalan 36 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut:
I. Pemegang akaun simpanan tetap diberi kemudahan menggunakan cek.
II. Cek adalah wang yang digunakan untuk pembayaran dalam urus niaga atas arahan daripada pihak bank.
A
B
C
D
Soalan 37 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut:
I. Hukum penawaran menyatakan apabila harga meningkat, kuantiti ditawar akan menurun.
II. Hukum penawaran digambarkan oleh keluk penawaran yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
A
B
C
D
Soalan 38 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut:
I. Permintaan anjal bermaksud nilai keanjalan harga permintaan adalah lebih daripada 1.
II. Keanjalan harga permintaan sama dengan 2.0 merupakan barang pertanian.
A
B
C
D
Soalan 39 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut:
I. Embargo merujuk kepada perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu.
II. Contoh embargo ialah kerajaan Malaysia mengenakan had maksimum bagi barangan berasaskan hasil tenusu daripada New Zealand.
A
B
C
D
Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut:
I. Cukai tak langsung merupakan cukai yang bebannya tidak boleh dipindah kepada orang lain.
II. Duti import merupakan cukai tak langsung.
A
B
C
D
