wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM

Total questions: 37

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Ali berjaya memancing lima _____________ ikan di sungai itu.

a)

ekor

b)

kawan

c)

biji

d)

deret

2.

Zhi Yun menyusun beberapa ______________ buku di dalam begnya.

a)

biji

b)

helai

c)

keping

d)

buah

3.

En Ning memetik beberapa ________________ jagung dari pokok di kebunnya.

a)

tongkol

b)

gugus

c)

batang

d)

biji

4.

Adik telah makan _________________ coklat dari peti sejuk.

a)

setangkai

b)

sepapan

c)

segugus

d)

seikat

5.

Ali tertinggal ___________________ kuncinya di atas meja tadi.

a)

setangkai

b)

sebiji

c)

segugus

d)

setandan

6.

Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu Negara.

a)

sekeping

b)

sepucuk

c)

sehelai

d)

senaskah

7.

Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.

a)

sebaris

b)

sebuah

c)

sepatah

d)

serangkap

8.

Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk dimasak.

a)

pucuk

b)

ikat

c)

batang

d)

cekak

9.

Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya.

a)

keping

b)

kajang

c)

bidang

d)

rawan

10.

Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang tahun hari lahir.

a)

sebentuk

b)

sepasang

c)

seutas

d)

sebuah

11.
 Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua ______ batu ke dalam kolam itu.
a)
rumpun
b)
ketul
c)
bentuk
d)
pucuk
12.
 Pak Husin memangkas dahan pokok jambu dengan se______ parang.
a)
biji
b)
rawan
c)
bilah
d)
batang
13.
 Guru besar membaca se______ pantun semasa menyampaikan ucapannya pagi tadi.
a)
rangkap
b)
ruas
c)
patah
d)
cucuk
14.
 Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pencinta alam sekitar.
a)
batang
b)
pohon
c)
kaki
d)
pucuk
15.
Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
a)
jalur ….. pintu
b)
 kaki ….. baris
c)
batang ….. deret
d)
baris ….. buah
16.
Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.
a)
ulas ….. sikat
b)
biji ….. tandan
c)
 ikat ….. tandan
d)
ikat ….. sisir
17.
Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
a)
sebakul ..... seberkas
b)
selonggok ..... seikat
c)
seberkas ..... seikat
d)
sekawan ..... segulung
18.
Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan menggunakan lima _________ rifel M16.
a)
butir ..... pucuk
b)
das ..... laras
c)
biji ..... batang
d)
laras ..... das
19.
Pilih kata nama Am
a)
kucing 
b)
Si Comel
c)
Kuala Lumpur
d)
Bahasa Melayu
20.
Pilih kata nama Khas
a)
Padang 
b)
kantin
c)
bilik darjah
d)
Sekolah Kebangsaan Selekoh
21.
Amin tidak hadir ke sekolah...................sakit perut.
a)
dan
b)
kerana
c)
serta
d)
sehingga
22.
Pemandangan di sawah padi sangat..........................
a)
cantik
b)
menawan
c)
sunyi
d)
hijau
23.
Ibu saya seorang guru. Beliau mengajar di...........................
a)
sekolah
b)
hospital
c)
pejabat
d)
kedai
24.
Ibu negara Malaysia ialah............................
a)
Ipoh
b)
Kuala Lumpur
c)
Singapura
d)
Pulau Pinang
25.
Saya bermain bola di.................................sekolah.
a)
padang
b)
kantin
c)
bilik darjah
d)
makmal komputer
26.
Ayah ..............................surat perjanjian itu petang kelmarin.
a)
melukis
b)
menandatangani
c)
memetik
d)
membeli
27.
Abang Jamilah............................pokok rambutan untuk memetik buah rambutan.
a)
menebang
b)
mencantas
c)
mengait
d)
memanjat
28.
"__________ akan berangkat ke Eropah pada minggu hadapan," titah Sultan Kelantan.
a)
Beta
b)
Saya
c)
Patik
d)
Tuanku
29.
"Mengapakah __________ menjerit?" tanya Cikgu Rosliza kepada Aisyah.
a)
kalian
b)
saya
c)
kami 
d)
awak
30.
Aman tidak mahu pergi ke sekolah kerana __________ tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Jamil.
a)
dia
b)
kami
c)
kalian
d)
mereka
31.
__________lah yang memecah pasu bunga itu," Roslan mengaku.
a)
Dia
b)
Saya
c)
Awak
d)
Kalian
32.
"__________ harap pasukan kita akan menang," kata jurulatih ragbi itu.
a)
Beta
b)
Saya
c)
Beliau
d)
Mereka
33.
Murid-murid beratur sebelum masuk ke kelas. __________ berbaris dengan sopan.
a)
Kita
b)
Kamu
c)
Engkau
d)
Mereka
34.
"__________ hendak ke bandar," kata Siti dan Sarah.
a)
Dia
b)
Saya
c)
Kami
d)
Engkau
35.
Aziz dan Wahid dipanggil oleh Cikgu Adnan kerana __________ ponteng kelas.
a)
dia
b)
kita
c)
kami
d)
mereka
36.
Sesi __________________ untuk mencari pelakon baharu sedang diadakan di dalam dewan itu.
a)
temu bual
b)
temu mesra
c)
uji bakat
d)
uji kaji
37.
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap