wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 3 KEUSAHAWANAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ikram hendak memulakan sebuah perniagaan milikan tunggal. Di manakah beliau perlu mendaftarkan perniagaannya?

a)

SME Bank

b)

SSM

c)

MARA

d)

PUNB

2.

Penyataan berikut adalah berkaitan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia KECUALI

a)

Mula beroperasi pada 16 April 2002

b)

Merupakan agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan.

c)

menyediakan skim pembiayaan perniagaan

d)

memgawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan

3.

Apakah singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat?

a)

MAR

b)

MARA

c)

MART

d)

MARK

4.

Antara yang berikut, yang manakah tujuan Majlis Amanah Rakyat ditubuhkan?

I. meningkatkan pendidikkan

II. meningkatkan kemahiran

III. meningkatkan kegiatan ekonomi

IV. meningkatkan keusahawanan kaum-kaum Bumiputera

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV sahaja

5.

Berikut adalah maklumat mengenai sebuah agensi.


-Mula beroperasi pada 9 November 1998

- Di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan

-menyediakan pembiayaan mikro yang mudah, cepat dan mesra usahawan


Agensi tersebut ialah:

a)
b)
c)
d)
6.

Berikut merupakan jenis skim pembiayaan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional KECUALI

a)

Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak

b)

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

c)

Skim Pembiayaan Program Temannita

d)

Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India

7.

PUNB adalah singkatan bagi

a)

Permodalan Usahasama Nasional Berhad

b)

Permodalan Usahawan Nasional Berhad

c)

Perbadanan Usahasama Nasional Berhad

d)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

8.

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan sebuah agensi.


- ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965

-milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra

-bermula 2019, syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri

- menawarkan pakej keusahawanan bersepadu merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan


Agensi yang dimaksudkan ialah:

a)

MARA

b)

PUNB

c)

TERAJU

d)

MDEC

9.

SME Corp. Malaysia berfungsi sebagai?

a)

Rujukan peniaga kedai runcit seluruh Negara

b)

Pusat informasi mengenai industri perusahaan di Malaysia

c)

Memberi penerangan ringkas tentang kesihatan dan kemakmuran Malaysia

d)

Pusat rujukan bagi maklumat dan khidmat nasihat untuk PKS di seluruh Negara

10.

Apakah program dan inisiatif di bawah naungan SME Corp. Malaysia ?

a)

Pameran Buku Tahunan

b)

Pameran Tahunan PKS (SMIDEX)

c)

Minggu Usahawan Malaysia

d)

Karnival keusahawanan

11.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh PUNB?

a)

Menyediakan bantuan pembiayaan

b)

Menyediakan bimbingan dan bantuan pembiayaan

c)

Memberikan kaunseling berkenaan dengan kewangan

d)

Membantu syarikat-syarikat kecil atau usahawan berganding bahu bagi memajukan sesebuah perniagaan

12.

Agensi yang memberikan bantuan infrastruktur kepada perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia adalah;

a)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b)

Malaysian Agriculture Reasearch and Development Institute (MARDI)

c)

Malaysian Entrepreneurship Development Center(MEDC)

d)

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDFB)

13.

Ar-Rahnu merupakan salah satu sumber pembiayaan yang

a)

Menyewakan aset dengan tujuan membeli aset tersebut

b)

Merujuk kepada satu barang berharga untuk dijadikan cagaran

c)

Memudahkan urusan pembelian akaun penghutang/invois

d)

Memudahkan peniaga mendapat kemudahan kredit

14.

Yang manakah di antara penyataan berikut merupakan bentuk sokongan dan latihan yang disediakan oleh

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?

a)

Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, melalui permohonan secara online

b)

Permohonan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia untuk domestik membolehkan premis-premis makanan yang terlibat dengan mengeluarkan pengeluaran makanan , katering makanan, penyediaan, pemprosesan, penyimpanan atau penyediaan makanan dan kenderaan yang menjual makanan siap

c)

Menyediakan kursus asas dan latihan untuk usahawan, mengelolakan rancangan penyelidikan, pendidikan dan penyelenggaraaan khidmat perundingan keusahawanan selain daripada bertanggungjawab mengawal dan menyelia pelaksanaan multimedia Super Corridor Malaysia

d)

Institut yang memastikan barang bermutu dan selamat menepati piawai

15.

Yang manakah di antara berikut merupakan program-program yang disediakan oleh TEKUN NASIONAL?

a)

Program Khas

Program Agropreneur Muda 2017, Program Pembangunan Usahawan Siswazah, Program Pembiayaan Nelayan/Pemasar, Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera, Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera

b)

Insiatif Antarabangsa dikenali sebagai GLORY 25 atau Global Outstanding Revolutionised Companyby 2025 mensasarkan sebanyak 25 buah syarikat Bumiputera berjaya menembusi pasaran antarabangsa menjelang 2025

c)

SUPERB menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun

16.

Berikut adalah maklumat mengenai sebuah agensi.


- agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

-ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri

- berperanan dalam aspek kesejahteraan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya, hidup dalam persekitaran yang selesa dan dinamik, serta mengangkat martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi


Agensi tersebut ialah:

a)

PUNB

b)

MDEC

c)

MARA

d)

TERAJU

17.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) mempertimbangkan permohonan pengesahan halal untuk perkara-perkara berikut KECUALI

a)

produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dan pengedar halal

b)

Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemprosesan

c)

Bahan kosmetik yang dihasilkan di luar negara

d)

Baja dan makanan binatang

18.

Berikut adalah maklumat mengenai SME Bank KECUALI

a)

ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan

b)

Memulakan operasi pada 3 Oktober 2005

c)

dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan(MOF)

d)

mengkaji dan menambahbaik produk dan proses pembiayaan sedia ada

19.

Agensi di atas menawarkan 2 jenis perkhidmatan, iaitu (Pilih 2 jawapan)

a)

NPRA- Pendaftaran Produk Ubat-ubatan dengan KKM & Notifikasi Kosmetik

b)

FOSIM- Food Safety Information System of Malaysia(Domestik)

c)

memberi khidmat nasihat tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan diri.

d)

membuat rondaan secara rutin ke premis-premis perniagaan yang menjual produk kesihatan dan kesejahteraan.

20.

Berikut adalah maklumat tentang sebuah agensi.


- ditubuhkan pada tahun 1996

- adalah tindak balas Kerajaan kepada konsep baru "Ekonomi Digital"


Agensi yang dimaksudkan di atas adalah

a)
b)
c)
d)