wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ 4 : Amalan Membaca Label Makanan

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan tips mengurangkan garam semasa waktu makan?

a)

Nikmati hidangan makanan tanpa sos tambahan seperti kicap

b)

Nikmati rasa asli buah - buahan segar tanpa serbuk asam

c)

Kurangkan makan mi maggi segera

d)

Kunyah lebih lama sebelum menelan untuk menikmati rasa masin semulajadi di dalam makanan

2.

Apakah nama lain garam di dalam pelabelan makanan?

a)

Sodium

b)

Natrium

c)

Magnesium

d)

MSG

3.

Antara pilihan label seperti berikut, label manakah yang menunjukkan pilihan pengurangan garam di dalam sesuatu produk jualan ?

a)

Dikurangkan Natrium

b)

Rendah Natrium

c)

Sangat Rendah Natrium

d)

Bebas Natrium

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan antara Perencah Asli yang digalakkan digunakan di dalam bahan masakan untuk menggantikan garam?

a)

Bawang Merah dan Bawang Putih

b)

Lada Hitam dan Lada Putih

c)

Serai dan Daun Pandan

d)

Limau Kasturi dan Limau Nipis

5.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan perencah asli yang sesuai untuk menggantikan garam?

a)

Halia

b)

Cuka

c)

Cencaluk

d)

Budu

6.

Mengapakan penting untuk individu yang mahu menurunkan berat badan untuk mengamalkan Amalan Membaca Label Pemakanan?

a)

Memudahkan untuk membuat pilihan yang lebih sihat dan bijak

b)

Membaca pelabelan makanan merupakan kaedah yang membantu membuat pilihan makanan yang sesuai dan tepat

c)

Label makanan merupakan panduan ringkas mengenai nutrisi produk yang berbeza untuk bahan makanan yang seakan sama

d)

Membantu menurunkan risiko masalah penyakit tidak berjangkit (NCD)

7.

Maksud definisi Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthy Choice Logo/HCL) ialah

a)

Pilihan yang lebih murah berbanding produk dalam kategori yang sama

b)

Pilihan yang lebih sihat berbanding produk dalam kategori yang sama

c)

Pilihan yang lebih pelbagai berbanding produk dalam kategori yang sama

d)

Pilihan yang lebih halal berbanding produk dalam kategori yang sama

8.

Logo Pilihan Lebih Sihat memenuhi kriteria nutrien dari segi kandungan :

a)

Kalori, serat, Natrium, kalsium, omega dan peratus bijiran penuh

b)

Kalori, jumlah gula, serat, Natrium, kalsium, omega dan peratus bijiran penuh

c)

Kalori, lemak, lemak tepu, lemak trans, jumlah gula, serat, dan kalsium

d)

Kalori, lemak, lemak tepu, lemak trans, jumlah gula, serat, Natrium, kalsium, omega dan peratus bijiran penuh

9.

Berapa cadangan air kosong yang perlu diminum setiap hari?

a)

mestilah kurang dari 8 gelas sehari

b)

mestilah lebih 8 gelas sehari

c)

hendaklah di antara 6 hingga 8 gelas sehari

d)

mengikut kehendak individu masing - masing

10.

Apakah kelebihan minum air kosong mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020?

a)

Membantu memberikan rasa kenyang

b)

Membantu pembuangan sisa dari tubuh badan

c)

Membantu mengawal atur suhu badan

d)

Membantu menggantikan cecair tubuh yang hilang

11.

Antara berikut, tips minum air kosong yang manakah yang betul?

a)

Gantikan air manis dengan air kopi/ teh tanpa gula

b)

Bawa air kosong pada keadaan yang sesuai mengikut kehendak individu

c)

Hanya minum air kosong apabila anda berasa dahaga sahaja

d)

Pastikan membawa air kosong setiap kali melakukan aktiviti fizikal yang menghasilkan peluh, contoh bersenam, berkebun, bertani.

12.

Konsep Pinggan Sihat Malaysia yang diperkenalkan merupakan satu konsep amalan makan secara sihat berpandukan

a)

Piramid Makanan Malaysia 1999

b)

Piramid Makanan Malaysia 2010

c)

Piramid Makanan Malaysia 2020

d)

Piramid Makanan Malaysia 2021

13.

Apakah tagline bagi Konsep Pinggan Sihat Malaysia yang diperkenalkan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia?

a)

SukuBuah SukuSayur SeparuhNasi

b)

SukuNasi SukuProtein SeparuhSayur

c)

SukuProtein SukuNasi SeparuhBuah+Sayur

d)

SukuNasi SukuSayur SeparuhProtein

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan antara MESEJ UTAMA bagi Konsep Pinggan Sihat Malaysia yang TIDAK BENAR?

a)

Makan tiga hidangan utaman yang sihat setiap hari

b)

Ambil 1-2 snek yang sihat sahaja antara waktu makan jika perlu

c)

Makan sekurang - kurangnya 1/3 dari bijiran anda adalah bijiran penuh

d)

Makan hidangan tidak bergoreng dan tanpa santan setiap hari

e)

Makan makanan yang dimasak di rumah dengan lebih kerap

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan rumusan aspek amalan makan sihat yang betul?

a)

Pengambilan kalori makanan yang mengikut kehendak diri sahaja

b)

Minum air kosong dengan lebih banyak

c)

Baca label maklumat pemakanan

d)

Amalkan 4 prinsip ; makan secara seimbang, sederhana, pelbagai dan berkala

e)

Makan mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia