wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRA TEST PERNIAGAAN T5 BAB 1 & BAB 2

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumber manusia:

*Menjaga kebajikan pekerja

*Mengagihkan sumber manusia berdasarkan kelayakan dan kemahiran


Apakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Pengurusan sumber manusia

b)

Kebolehkerjaan sumber manusia

c)

Sistem penggajian sumber manusia

d)

Struktur organisasi sumber manusia

2.

Antara yang berikut, yng manakah merupkan peranan pengurusan sumber manusia?

I Pemantapan budaya Profesional

II Membentuk ruang kerja yang mewah

III Menjaga sumber kewangan

IV Latihan peningkatan kemahiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan konsep pengurusan yang diamalkan di sesebuah organisasi.


*Total Quality Management

*Zero Defect


Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia tersebut?

a)

Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

b)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

c)

Pemberian insentif yang munasabah

d)

Pemantapan budaya profesional

4.

Situasi manakah yang merupakan jenis penamatan perkhidmatan secara sukarela?

a)

Encik Khalid kehilangan pekerjaan kerana syarikatnya diambil alih oleh syarikat lain

b)

Azizah bersara kerana berumur 60 tahun

c)

Encik Amin diberhentikan kerja kerana melakukan kesalahan disiplin

d)

Encik Hamid memilih untuk bersara awal kerana masalah kesihatan

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan aplikasi pengurusan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan PERODUA yang mampan?


I Melaksanakan konsep T.I.G.E.R

II Mengadakan program mentor menti

III Pemberian ganjaran untuk pekerja cemerlang

IV Membeli mesin yang berteknologi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan aspek dalam pengelolaan sumber manusia.


Philip Tan telah ditawarkan jawatan sebagai akauntan memandangkan dia mempunyai kelayakan dalam bidang ini.


Apakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam situasi di atas?

a)

Penempatan pekerja

b)

Sistem penggajian

c)

Struktur organisasi

d)

Penghargaan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Syarikat Tik Fong


Syarikat Tik Fong menghadapi masalah ketidakseragaman prosedur operasi tugas oleh pekerjanya.


Apakah dokumen yang boleh membantu Syarikat Tik Fong untuk menyelesaikan masalah tersebut?

a)

Standard Prosedur Operasi (SOP)

b)

Sistem Tepat Masa (JIT)

c)

Total Quality Management (TQM)

d)

Indeks Prestasi Utama (KPI)

8.

Antara yang berikut, yang manakh merupakan jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pekerja?


I Cuti sakit

II Cuti tanpa gaji

III Ingkar arahan

IV Penyalahgunaan aset

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah di atas?

a)

Struktur organisasi

b)

Penempatan pekerja

c)

Penyelesaian masalah

d)

Penghargaan dan hukuman

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan kemahiran kebolehkerjaan Amin.


Amin memohon jawatan sebagai jurujual kereta kerana dia berpengetahuan dalam bidang ini


Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Amin?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan yang bersesuaian

c)

Keberkesanan mencapai sasaran

d)

Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan

11.

Apakah jenis struktur organisasi di atas?

a)

Struktur organisasi berdasarkan pasaran

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi

12.

Pada pendapat anda, apakah kelemahan struktur organisasi berdasarkan matriks?

a)

Berlaku konflik autoriti

b)

Berlaku perkongsian kepakaran

c)

Sesuai untuk organisasi kecil sahaja

d)

Memerlukan bilangan pekerja yang ramai

13.

Pilih komponen penggajian yang betul

a)

Gaji

b)

Upah

c)

Gaji Asas

d)

Faedah

14.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan pengurusan sumber fizikal?

a)

Memastikan sumber fizikal berfungsi

b)

Memastikan sumber fizikal mempunyai nilai

c)

Memastikan sumber fizikal boleh disusutnilaikan

d)

Memastikan sumber fizikal dalam keadaan selamat

15.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan prosedur mengurus sumber fizikal?


I Paten

II Hak Cipta Terpelihara

III Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang

IV Perlindungan Insurans dan Keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Encik Abdul bekerja sebagai juruwang di stesen minyak Puan Salbiah. Dia menunggang motosikal setiap hari untuk ke tempat kerjanya. Perlindungan insurans manakah yang perlu diambil oleh Puan Salbiah bagi melindungi stesen minyaknya?

a)

Insurans Nyawa

b)

Insurans Kemalangan

c)

Insurans Kebakaran

d)

Insurans Kecurian

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan.


Menggalakkan lebih ramai orang menjadi pemilik harta intelek


Apakah agensi kerajaan tersebut?

a)

SIRIM

b)

MARA

c)

MyIPO

d)

MATRADE

18.

Gambar berikut berkaitan dengan sejenis contoh sumber teknologi


Apakah yang berkaitan dengan contoh tersebut?

a)

Harta Intelek

b)

Lesen Perisian

c)

Kemahiran dan Pengalaman

d)

Kelayakan dan Pengetahuan

19.

Siapakah merupakan penguatkuasa undang-undang hak cipta di Malaysia?

a)

Kementerian Kewangan

b)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

c)

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

d)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan karya-karya.


Karya sastera

Karya seni

Filem

Siaran


Apakah perlindungan yang layak diterima oleh karya-karya tersebut?

a)

Paten

b)

Lesen perisian

c)

Cap dagangan

d)

Hak Cipta terpelihara

21.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber fizikal PERODUA?

a)

Kereta Axia

b)

Bangunan kilang

c)

Rangkaian Internet

d)

Hubungan diplomatik

22.

Apakah perbezaan antara sumber teknologi untuk perniagaan berasaskan produk dengan perniagaan berasaskan perkhidmatan?

a)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang boleh dipaten

b)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi hak cipta terpelihara

c)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi lesen perisian

d)

Perniagaan perkhidmatan tiada produk yang diberi cap dagangan

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan pekerja di sebuah organisasi.


Setiap pekerja di Syarikat Murni Sdn. Bhd. berusaha mencapai KPI perniagaan


Apakah peranan bahagian sumber manusia bagi mencapai hasrat tersebut?

a)

Pemberian insentif yang munasabah

b)

Pemantapan budaya profesional

c)

Latihan peningkatan kemahiran

d)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

24.

Antara yang berikut, yang manakah dipengaruhi oleh prestasi pekerja?


I Kualiti

II Produktiviti

III Deskripsi tugas

IV Senarai tugas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Mengapakah majikan perlu mengambil kira faktor ganjaran yang dibayar oleh pesaing?

a)

Mengurangkan keuntungan syarikat

b)

Meluaskan pasaran

c)

Mengagihkan sumber

d)

Mengurangkan kadar lantik henti

26.

Pernyataan di bawah adalah mengenai Puan Khadijah


Puan Khadijah telah menggunakan kenderaan syarikat bertujuan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak pengurusan syarikat.


Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Khadijah

a)

Rasuah

b)

Pecah amanah

c)

Salah guna aset syarikat

d)

Ingkar arahan tanpa sebab kukuh

27.

Gambar tersebut menunjukkan Encik Lokman yang bekerja sebagai seorang juruteknik elektrik.


Apakah kategori kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Encik Lukman?

a)

Kelayakan dalam bidang perniagaan

b)

Pengalaman terdahulu sebagai juruteknik elektrik

c)

Berpengetahuan tentang sistem pendawaian elektrik

d)

Pengalaman dalam industri pembuatan

28.

Manakah antara berikut bukan fungsi utama bagi Standard Prosedur Operasi (SOP) dalam sesebuah organisasi?

a)

Polisi piawaian kerja

b)

Memelihara keselamatan

c)

Meminimumkan risiko dalam melaksanakan kerja

d)

Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan

29.

Antara berikut, manakah merupakan sumber fizikal?

a)

Bangunan

b)

Harta Intelek

c)

Pengalaman

d)

Lesen perisian

30.

Sumber fizikal juga dikenali sebagai:

a)

Sumber tidak nyata

b)

aset ketara

c)

liabilitimodal

31.

Apakah tujuan menguruskan stok?

a)

Memastikan stor barangan sentiasa kemas dan tersusun

b)

Memastikan Pengurus Stok menyelia barangan di dalam stor

c)

Mengelakkan berlakunya kekeliruan terhadap barang yang dijual

d)

Memastikan stok barangan sentiasa sedia ada apabila dikehendaki

32.

Antara berikut, manakah merupakan ciri-ciri sumber fizikal?

a)

Boleh disentuh

b)

Boleh dilihat

c)

Tidak mempunyai susut nilai

d)

Mudah ditunaikan

33.

Antara berikut, manakah merupakan contoh teknologi maklumat dan komunikasi?

a)

Meja Komputer

b)

Beg Komputer peribadi

c)

Komputer peribadi

d)

Telefon pintar

34.

Penyelenggaraan berkala ke atas mesin membolehkan:

a)

mesin ditukar baharu

b)

operasi kilang berjalan lancar

c)

operasi pengeluaran terus diberhentikan

d)

usahawan menjual mesin kepada syarikat lain

35.

Apakah tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara?

a)

Mendapatkan kebenaran untuk menjual produk mereka ke luar negara

b)

Mendapatkan kebenaran untuk memasarkan barangan mereka

c)

Mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri

d)

Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka

36.

Cara yang betul untuk mengurus paten ialah:

a)

mendaftar dengan SSM

b)

mendaftar dengan MyIPO

c)

mendaftar dengan syarikat koperasi

d)

mendaftar dengan Bank Negara Malaysia

37.

Gambar berikut merupakan sebuah agensi kerajaan.


Berdasarkan logo berikut, manakah antara berikut merupakan fungsi agensi tersebut?

a)

Menyediakan bangunan untuk sesebuah perniagaan

b)

Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan harta intelek

c)

Mengukuhkan undang-undang harta intelek

d)

Memberikan bantuan pinjaman kepada perniagaan yang baru memulakan operasi

38.

Apakah jenis sumber teknologi bagi sebuah perniagaan penyelenggaraan komputer?

a)

Reka bentuk

b)

Harta intelek

c)

Lesen perisian

d)

Kemahiran dan pengalaman

39.

Karya yang dihasilkan oleh seorang penulis novel telah mendapat hak cipta terpelihara . Akta manakah yang melindungi karya tersebut?

a)

Akta Paten 1983

b)

Akta Hak Cipta 1987

c)

Akta Cap Dagangan 1976

d)

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

40.

Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang menguruskan penghantaran ekpres dalam sesebuah perniagaan?

a)

Komputer

b)

Kenderaan

c)

Petrol

d)

Telefon pintar