wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian PJPK

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah komponen-komponen kecergasan yang terdapat dalam Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan?

a)

Kekuatan, kuasa, ketangkasan, koordinasi dan lari pecut.

b)

Daya tahan kardiovaskular, kelajuan, masa reaksi dan naik turun tangga.

c)

Kekuatan, kapasiti aerobik, daya tahan otot, kelenturan dan komposisi badan.

d)

Kemahiran mengelecek, mendaki gunung, berenang, berbasikal dan kelenturan.

2.

______________ ialah keupayaan maksimal kandungan oksigen dalam darah yang dipam oleh jantung ke seluruh anggota dan kumpulan ootot-otot besar badan ketika melalui aktiviti fizikal.

a)

Kapasiti Aerobik

b)

Daya Tahan Otot

c)

Kekuatan Otot

d)

Kelenturan

3.

Berikut ialah pertimbangan yang perlu difikirkan jika anda ingin merancang program mengurangkan berat badan kecuali

a)

Sokongan rakan-rakan

b)

Pemakanan seimbang

c)

Latihan kecergasan mingguan

d)

Kekerapan latihan(frekuensi)

4.

Bagaimanakah kaedah untuk menentukan pemilihan intensiti latihan untuk kapasiti aerobik?

a)

Berhenti apabila penat

b)

Lakukan aktiviti anaerobik secara berterusan setiap hari

c)

Kira peratus intensiti latihan dari Kadar Nadi Maksimum

d)

Kira BMI dan lakukan latihan mengikut peratus badan.

5.

Manakah antara berikut bukan kepentingan kekuatan otot?

a)

Mengurangkan lemak

b)

Meningkatkan lean muscles

c)

Membentuk postur tubuh yang baik

d)

Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

6.

Otot yang terlibat semasa melakukan regangan Calf Dynamic Stretching ialah


I. Soleus

II. Gastrocnemius

III. Deltoid

IV. Achilles tendon

a)

A. I, II dan III sahaja

b)

I, II dan IV sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

7.

Tarian Farapeirra menjadi salah satu tarian traditional masyarakat berketurunan Portugis di _____________.

a)

Johor

b)

Terengganu

c)

Melaka

d)

Pahang

8.

Bhangra merupakan tarian yang diiringi dengan irama muzik rakyat dalam komuniti ________ di Malaysia?

a)

Iban

b)

India

c)

Sikh

d)

Orang asli

9.

Berikut merupakan kemahiran asas tarian Bhangra kecuali

a)

Vira

b)

Punjab

c)

Single Chaffa

d)

Single Dhammal

10.

________ merupakan instrumen utama dalam tarian Bhagra.

a)

A. Drum

b)

Dhol

c)

Chika

d)

Khunda

11.

Pernyataan di atas merupakan salah satu kemahiran asas tarian Bhagra.


Apakah nama kemahiran asas tersebut?

a)

Punjab

b)

Scallop

c)

Single Chaffa

d)

Dhammal Snaps

12.

Apakah alatan(props) yang kerap digunakan untuk menjadikan tarian ini lebih menarik?

a)

A. Reben dan tali

b)

Kayu dan tongkat

c)

Chika dan khunda

d)

Dhol besar dan dhol kecil

13.

Tarian Farapeirra merupakan sebuah tarian rakyat yang pantas, ceria dan biasanya diiringi dengan alunan


I. piano

II. gitar

III. tamborin

IV. akordion

a)

I, II dan III sahaja

b)

I, II dan IV sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

14.

Pernyataan di atas berkaitan kemahiran asas dalam tarian Farapeirra.


Apakah kemahiran tersebut?

a)

Vira

b)

Putaran

c)

Scallop

d)

Berskip

15.

Dalam tarian Farapeirra, penari lelaki akan memakai pakaian waist-coat yang dikenali juga sebagai __________________ .

a)

Salero

b)

Bolero

c)

Reben

d)

Jaket

16.

Pernyataan berikut merupakan jenis Hak Reproduktif dan Seksual menurut World Health Organization (WHO) 2014 kecuali

a)

Hak untuk bergerak bebas

b)

Hak pendidikan peringkat tinggi hanya untuk lelaki

c)

Hak untuk kesaksamaan gender dan tidak diskriminasi

d)

Hak untuk bebas daripada penyeksaan, kekejaman atau menghukum

17.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan sebagai seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara ________.

a)

10 hingga 19 tahun

b)

10 hingga 21 tahun

c)

15 hingga 19 tahun

d)

15 hingga 21 tahun

18.

Antara yang berikut, yang manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang perlu diketahui oleh remaja dari perspektif keluarga?

a)

Remaja perlu peka dengan situasi yang berlaku di sekeliling mereka.

b)

Remaja perlu diberikan pengetahuan tentang sentuhan selamat dan tidak selamat

c)

Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual

d)

Remaja perlu menjadi individu yang berpengetahuan tentang reproduktif dan seksual

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan 4M dalam menangani isu penafian hak kesihatan reproduktif dan seksual dari sudut psikososial ?


I. Membaca

II. Mendengar

III. Mendidik

IV. Memerhati

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

20.

Salah satu bentuk tingkah laku amang seksual ialah gangguan psikologi.

Apakah contoh gangguan psikologi?

a)

Kata-kata gurauan, usikan, bunyian dan soalan yang berbentuk cadangan seksual.

b)

Pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat atau keinginan seks

c)

Menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah dan menulis surat berunsurkan lucah.

d)

Mengulangi jemputan, merayu atau ajakan sosial seperti keluar berjalan yang telah ditolak sebelumnya secara berterusan.

21.

Apakah punca berlakunya penagihan berulang?

a)

Disisih keluarga

b)

Stigma masyarakat

c)

Masalah kewangan

d)

Keyakinan diri yang tinggi

22.

Berikut merupakan kesan ketagihan alkohol kecuali

a)

Kekurangan oksigen dalam hemoglobin

b)

Kecacatan dan keabnormalan janin dalam kandungan

c)

Gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran

d)

Boleh menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya yang lain

23.

Individu yang merokok berisiko mendapat penyakit berikut kecuali

a)

Emfisema

b)

Hepatitis B

c)

Bronkitis kronik

d)

Kanser paru-paru

24.

Fetal alcohol syndrome merupakan salah satu kesan ketagihan alkohol kepada wanita mengandung. Apakah yang dimaksudkan dengan Fetal alcohol Syndrome?

a)

Keguguran bayi pada awal usia kandungan

b)

Bayi dalam kandungan tidak membesar dengan normal

c)

Keadaan tumbesaran dan kecacatan bayi dalam kandungan

d)

Bayi meninggal dalam kandungan pada usia kandungan 8 bulan

25.

1. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk menangani penagihan berulang?


I. Aktiviti sukan supaya dapat mengurangkan tahap stres

II. Aktiviti keagama seperti ceramah agama dan kem solat

III. Aktiviti sosial yang bermanfaat untuk golongan remaja

IV. Aktiviti politik supaya dapat meningkatkan keyakinan diri

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV