wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PRA-PERTENGAHAN TAHUN PJPK T2

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Bola baling merupakan permainan kategori?

a)

Memadang

b)

Jaring

c)

Serangan

d)

Olahraga asas

2.

Dalam permainan bola baling, kemahiran menghantar bola yang paling sesuai digunakan untuk hantaran jarak jauh menuju ke sasaran ialah hantaran ....................

a)

sisi

b)

bawah lengan

c)

aras dada

d)

atas bahu

3.

Ketika membuat jaringan dalam permainan bola baling, ................. diperlukan bagi menambah ..................... bola, kekuatan balingan dan ketepatan sasaran.

a)

daya , ketinggian

b)

daya , kelajuan

c)

tenaga , ketinggian

d)

tenaga , kelajuan

4.

Mengapakah kemahiran mengacah digunakan dalam permainan bola baling?

a)

Untuk mengawal pergerakan pemain lawan.

b)

Untuk membuat jaringan.

c)

Untuk mengelirukan pihak lawan.

d)

Untuk menghantar bola kepada ahli pasukan.

5.

Sepak takraw merupakan sejenis permainan dalam kategori ......................

a)

jaring

b)

memadang

c)

serangan

d)

sepakan

6.

Dalam permainan sepak takraw, servis yang dilakukan menggunakan bahagian kaki yang ditunjukkan seperti dalam gambar rajah di atas ialah servis ..............

a)

sepak kuda

b)

sepak sila

7.

Dalam permainan sepak takraw, kemahiran menerima servis melibatkan ........................................................

a)

menerima servis menggunakan kepala

b)

menerima servis menggunakan tangan

c)

menerima servis menggunakan kaki

d)

menerima servis menggunakan paha

e)

menerima servis menggunakan muka

8.

Libas sisi, libas gunting dan libas menapak merupakan teknik melibas yang digunakan dalam kemahiran ....................................

a)

mengumpan

b)

menimang

c)

menanduk

d)

menyerang

9.

Gambar rajah di atas menunjukkan teknik pegangan lembing .................

a)

Gaya Amerika

b)

Gaya Malaysia

c)

Gaya Finnish

d)

Gaya Fork

10.

Berapakah sudut pelepasan lembing yang baik untuk menghasilkan jarak rejaman yang jauh dalam permainan merejam lembing?

a)

20o - 25o

b)

40o - 45o

c)

60o - 65o

d)

90o - 95o

11.

Terdapat empat fasa yang akan dilakukan dalam permainan lompat jauh iaitu ...........................................

a)

Fasa persediaan

b)

Fasa lari landas

c)

Fasa lonjakan

d)

Fasa layangan

e)

Fasa mendarat

12.

Dalam permainan lompat jauh, untuk mendapatkan daya lompatan yang jauh, otot-otot kaki perlu dikuatkan.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan kapasiti aerobik?

a)

Keupayaan otot berkontraksi mengatasi sesuatu rintangan untuk jangka masa yang lama.

b)

Pengambilan atau penggunaan oksigen yang tinggi ketika melakukan aktiviti fizikal.

c)

Teknik rehabilitasi yang digunakan sebagai rangsangan kepada sistem neuromuskular.

d)

Peratusan lemak dalam badan.

14.

Dalam prinsip FITT, F merujuk kepada frequency iaitu ..........................

a)

tahap kesukaran melakukan aktiviti fizikal

b)

masa yang diperuntukkan untuk aktiviti fizikal

c)

kekerapan latihan

d)

jenis-jenis aktiviti

15.

Antara berikut, aktiviti manakah yang dapat meningkatkan daya tahan otot?

a)

Lompat tali

b)

Senam aerobik

c)

Joging

d)

Tekan tubi

e)

Bangkit tubi

16.

Antara berikut, yang manakah BUKAN faedah latihan daya tahan otot?

a)

Mengawal berat badan

b)

Hipertrofi otot

c)

Mengurangkan risiko kecederaan otot

d)

Menambahkan stres

17.

Peratusan lemak badan pada bahagian ......(a).......... , abdominal dan gastroknemius boleh diukur menggunakan ..............(b)..................

a)

(a) trisep , (b) angkup vernier.

b)

(a) bisep , (b) angkup vernier.

c)

(a) trisep , (b) kaliper.

d)

(a) bisep , (b) kaliper.

18.

Gambar di atas menunjukkan salah satu bahagian badan untuk mengukur peratusan lemak. Namakan bahagian badan tersebut.

a)

Trisep

b)

Bisep

c)

Abdominal

d)

Gastroknemius

19.

Orientasi seksual terbahagi kepada tiga iaitu heteroseksual, biseksual dan homoseksual. Apakah yang dimaksudkan dengan heteroseksual?

a)

Tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina.

b)

Tarikan seksual terhadap pasangan yang sama jantina.

c)

Tarikan seksual terhadap kedua-dua jantina.

d)

Tidak tertarik dengan mana-mana jantina.

20.

Tandakan pernyataan yang BETUL bagi identiti seksual.

a)

Kecenderungan identiti personal terhadap seksual.

b)

Penerimaan tingkah laku

c)

Sikap dan personaliti yang diwarisi.

d)

Mencerminkan tarikan sesual atau emosional kepada individu lain.

e)

Melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan seseorang individu.

21.

Apakah kepentingan menjaga kehormatan diri?

a)

Maruah diri tercemar.

b)

Tidak mudah dijangkiti penyakit.

c)

Hidup bebas daripada gangguan individu lain.

d)

Mudah dipengaruhi dan mempengaruhi orang lain.

22.

Dalam konsep kehormatan diri, aspek kebersihan diri dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan selamat dalam keluarga dan masyarakat.

a)

BETUL

b)

SALAH

23.

Kita boleh meminjam berus gigi dan tuala kawan kita sewaktu pergi berkhemah.

a)

BETUL

b)

SALAH

24.

Antara risiko penyalahgunaan bahan ialah dari segi mental dan emosi. Pilih contoh situasi yang menunjukkan seseorang itu mempunyai risiko penyalahgunaan bahan dari segi mental dan emosi.

a)

Mata Ahmad merah dan berair serta hidungnya berhingus.

b)

Ah Leong sering menyendiri di sekolah dan dirumah serta prestasi akademiknya merosot.

c)

Raju sering bergaduh dan bertindak ganas apabila ditegur oleh kawan-kawannya berkenaan sikapnya yang panas baran.

d)

Doktor memberitahu bahawa janin kandungan Siti mengalami kecacatan.

25.

Adam didapati sering tidak hadir ke sekolah dan melepak di pusat membeli-belah pada waktu persekolahan. Di samping itu ada rakan-rakanya yang pernah ternampak Adam pernah merokok dan cuba uuntuk menghisap gam. Pada pendapat anda, apakah yang boleh pihak sekolah lakukan untuk membantu Adam?

a)

Pihak sekolah perlu menyelidik dan memberitahu ibu bapa Adam tentang masalah yang dihadapi oleh Adam.

b)

Pihak sekolah perlu memberi didikan tentang kesan penyalahgunaan bahan kepada Adam dan menasihatinya supaya tidak melakukan aktiviti penyalahgunaan bahan.

c)

Pihak sekolah tidak perlu mengambil tahu tentang Adam kerana Adam sering tidak hadir ke sekolah.

d)

Pihak sekolah menelefon polis dan menyerahkan masalah tersebut kepada poihak polis.

26.

Apakah yang dimaksudkan dengan konflik?

a)

Ketegangan mental yang menyebabkan perubahan sistem tubuh badan

b)

Tindakan positif yang dilakukan dalam keadaan tertentu.

c)

Situasi seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan yang lain.

d)

Perasaan tertekan yang disebabkan oleh pandangan yang berbeza.

27.

Apakah kesan konflik dan stres terhadap keluarga?

a)

Berasa disisih

b)

Berlapang dada

c)

Kurang komunikasi

d)

Hubungan kekeluargaan renggang

28.

Pilih situasi yang menunjukkan cara yang salah dalam pengurusan konflik dan stres.

a)

Lily sengaja mencederakan dirinya dengan menghantuk kepalanya di dinding.

b)

Ah Loy melakukan aktiviti riadah 3 kali seminggu bersama-sama rakannya.

c)

Samy berjumpa kaunselor sekolahnya dan membincangkan masalah yang dihadapi olehnya dengan rakannya.

d)

Nick mengambil ubat yang telah diberi oleh doktor.

29.

Kamala menghadapi tuduhan bahawa dia mencuri wang kelas oleh ketua kelasnya dan cuba menjelaskan bahawa bukan dia yang mencuri wang tersebut namun tidak dipercayai oleh ketua kelas dan ketua kelas bertindak melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas mereka.

a)

KONFLIK

b)

STRES

30.

Ramli tidak dapat tidur malam dan hilang selera makan apabila memikirkan keputusan SPM yang baru sahaja diperolehinya tidak seperti yang diharapkan oleh kedua ibu bapanya.

a)

KONFLIK

b)

STRES