wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN SET 2

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan objektif utama sesebuah perniagaan?

a)

A Meningkatkan kuasa beli pengguna

b)

B Menawarkan barangan kepada pengguna

c)

C Memberikan keselesaan kepada pelanggan

d)

D Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

2.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri koperasi?

a)

A Kawalan operasi adalah secara autokratik

b)

B Ahli menanggung liabiliti tidak terhad

c)

C Semua anggota berhak mengundi

d)

D Pulangan syer kepada ahli dalam bentuk elaun

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri keperluan manusia?

a)

A Keperluan mudah dipenuhi

b)

B Menjadikan hidup lebih selesa

c)

C Melambangkan kemewahan

d)

D Keperluan berbeza untuk semua individu

4.

Apakah peranan kerajaan negeri Terengganu dalam membantu mengembangkan aktiviti perniagaan keropok di Terengganu?

a)

A Memberikan pelepasan cukai

b)

B Mengadakan promosi perniagaan

c)

C Menyediakan pembiayaan kewangan

d)

D Melaksanakan pengubalan undang-undang

5.

Pernyataan manakah yang menunjukkan wujudnya pengangguran kitaran ?

a)

A Pekerja menganggur kerana kontrak kerja telah tamat

b)

B Majikan mengecilkan bilangan pekerja akibat kemelesetan ekonomi

c)

C Majikan mengecilkan bilangan pekerja kerana perubahan teknologi baharu

d)

D Perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja

6.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan kesan deflasi kepada masyarakat?

a)

A Penduduk mengalami kehilangan pekerjaan

b)

B Berlaku peningkatan kuasa beli pengguna

c)

C Penurunan penawaran barangan dalam pasaran

d)

D Penurunan permintaan barangan dalam pasaran

7.

Apakah kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman kepada sesebuah organisasi?

a)

A Dapat melahirkan idea baharu

b)

B Pekerja bersemangat menjalankan tugas

c)

C Organisasi mempunyai kemahiran baharu

d)

D Dapat meningkatkan motivasi pekerja

8.

Antara berikut, yang manakah adalah ciri organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

I Keuntungan dikenakan cukai pendapatan

II Bertujuan memaksimumkan keuntungan

III Berorientasikan kebajikan untuk ahlinya

IV Sumber kewangan diperoleh daripada yuran keahlian

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

9.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat ABC.

Syarikat ABC ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 15% dalam tahun 2019

Antara berikut, yang manakah benar berkaitan dengan visi Syarikat ABC?

a)

A Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

b)

B Merupakan tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

c)

C Dibentuk untuk meningkatkan memotivasikan pekerja

d)

D Kaedah untuk mencapai matlamat oleh organisasi

10.

Apakah maksud bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi?

a)

A Berfungsi umum untuk bahagian tersebut

b)

B Bertanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi

c)

C Merupakan fungsi umum untuk seluruh organisasi

d)

D Bertanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut

11.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan penjabatan mengikut fungsi.

Jabatan kewangan menguruskan segala peruntukan yang diterima dan mengagihkan peruntukan ke jabatan-jabatan lain mengikut kesesuaian

Antara berikut, yang manakah menerangkan objektif fungsian jabatan tersebut?

a)

A Merupakan objektif umum keseluruhan organisasi

b)

B Merupakan objektif umum keseluruhan bahagian fungsian

c)

C Merupakan objektif khusus jabatan dalam organisasi

d)

D Merupakan objektif khusus setiap unit dalam organisasi

12.

Bahagian fungsian yang manakah perlu menganalisis pembekal untuk membandingkan harga?

a)

A Bahagian pembelian

b)

B Bahagian pemasaran

c)

C Bahagian pentadbiran

d)

D Bahagian pengeluaran

13.

Yang manakah benar tentang peranan bahagian fungsian kewangan organisasi sesebuah perniagaan?

a)

A Mengurus kewangan setiap bahagian dalam organisasi

b)

B Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi

c)

C Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan organisasi

d)

D Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan organisasi

14.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi

Pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi perlu ditingkatkan kemahiran seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini

Pernyataan yang manakah menerangkan maksud pengurusan sumber manusia di atas?

a)

A Berperanan untuk membina imej baik organisasi

b)

B Merupakan usaha untuk membangunkan tenaga kerja dalam organisasi

c)

C Berusaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan

d)

D Berusaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi

15.

Apakah aspek penting yang diperlukan untuk menghasilkan pekerja yang cekap?

I Diskripsi tugas yang jelas

II Motivasi pekerja yang tinggi

III Kelayakan akademik yang tinggi

IV Ganjaran kewangan yang adil

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

16.

Antara berikut, risiko yang manakah boleh dilindungi bagi perniagaan seseorang usahawan?

a)

A Risiko kebakaran

b)

B Risiko gempa bumi

c)

C Risiko kemerosotan ekonomi

d)

D Risiko perubahan citara pelanggan

17.

Apakah kepentingan perlindungan insurans terhadap sumber fizikal kepada usahawan?

a)

A Melindungi nyawa pekerja

b)

B Melindungi harta benda pekerja

c)

C Melindungi perniagaan daripada risiko kecurian

d)

D Melindungi perniagaan daripada persaingan yang tidak sihat

18.

Yang manakah merupakan sumber modal luaran Kedai Nasi Ayam Ahmad?

a)

A Inventori

b)

B Pembiayaan bank

c)

C Wang tunai

d)

D Pengurus kedai

19.

Yang manakah berikut merupakan sumber pembiayaan dalaman perniagaan?

a)

A Overdraf

b)

B Bantuan modal

c)

C Modal dari keuntungan

d)

D Pembiayaan daripada institusi kewangan

20.

Apakah butiran yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi?

a)

A Liabilit semasa

b)

B Jualan bersih

c)

C Aset semasa

d)

D Ekuiti pemilik