wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

uji minda 3 bab 2 & 3 sem 2 2022

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Peningkatan pendapatan per kapita sebuah negara akan menyebabkan kebajikan masyarakat negara tersebut meningkat jika

a)

masa bekerja meningkat

b)

harga barang adalah tetap

c)

jumlah penduduk bertambah

d)

agihan pendapatan tidak seimbang

2.

Antara yang berikut, yang manakah tidak menjadi masalah dalam penghitungan pendapatan negara?

a)

Pengumpulan data

b)

Penghitungan dua kali

c)

Penjumlahan penduduk

d)

Pewujudan barang haram

3.

Keluaran Dalam Negeri Kasar lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar disebabkan

a)

Bayaran pindahan positif

b)

Cukai tak langsung melebihi subsidi

c)

Eksport barangan melebihi import barangan

d)

Pembayaran melebihi penerimaan bagi pendapatan pelaburan

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan komponen perbelanjaan agregat?

a)

Eksport dan cukai import

b)

Tabungan dan cukai

c)

Penggunaan dan tabungan

d)

Pelaburan dan perbelanjaan kerajaan

5.

Yang manakah di antara pemboleh ubah berikut akan menambahkan saiz bocoran?

a)

Kenaikan Import

b)

Kenaikan Eksport

c)

Kenaikan pelaburan

d)

Kenaikan perbelanjaan kerajaan

6.

Penyataan yang manakah tidak benar tentang keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor?

a)

Pendapatan isi rumah akan dibelanjakan dan ditabung.

b)

Penawaran agregat terdiri daripada penggunaan dan pelaburan.

c)

Pelaburan merupakan suntikan dan tabungan merupakan bocoran.

d)

Keseimbangan berlaku apabila pendapatan sama dengan penggunaan dan pelaburan.

7.

Pertambahan perbelanjaan kerajaan akan memberi kesan kepada pertambahan pendapatan negara jika

a)

nilai kecenderungan mengguna sut semakin kecil

b)

nilai kecenderungan menabung sut semakin kecil

c)

nilai kecenderungan mengguna purata semakin kecil

d)

nilai kecenderungan menabung purata semakin kecil

8.

Andaikan dalam sebuah ekonomi tertutup fungsi tabungan ialah S = –150 + 0.25Y , pelaburan ialah RM100 juta, perbelanjaan kerajaan RM150juta dan cukai RM50 juta. Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?

a)

RM1000 juta

b)

RM1400 juta

c)

RM1450 juta

d)

RM1540 juta

9.

Dalam ekonomi tiga sektor, jika nilai kecenderungan menabung sut ialah 0.2 dan perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM100 juta maka pendapatan negara akan meningkat sebanyak

a)

RM20 juta

b)

RM50 juta

c)

RM125 juta

d)

RM500 juta

10.

Nilai pendapatan negara pada tingkat keseimbangan ekonomi terbuka adalah lebih kecil daripada tingkat pendapatan ekonomi tiga sektor jika

a)

import melebihi eksport

b)

pelaburan melebihi tabungan

c)

tabungan melebihi pengguna

d)

perbelanjaan kerajaan melebihi cukai

11.

Dalam sebuah ekonomi tanpa kerajaan, diberi pelaburan ialah RM 300. Jika pendapatan negara pada keseimbangan ialah RM 3000, yang manakah fungsi penggunaan dalam ekonomi tersebut?

a)

10 + 0.75Y

b)

300 + 0.8Y

c)

450 + 0.75Y

d)

500 + 0.8Y

12.

Yang manakah merupakan ciri perbelanjaan kerajaan?

a)

Jumlahnya ditentukan oleh jumlah hasil cukai yang diterima

b)

Jumlahnya tiada mempunyai kaitan dengan tingkat pendapatan negara

c)

Semakin tinggi pendapatan negara semakin besar perbelanjaan kerajaan

d)

Semakin kurang pendapatan negara semakin besar perbelanjaan kerajaan

13.

Yang manakah akan mengalihkan keluk permintaan aggregat (AD) ke kanan?

a)

Kadar cukai pendapatan semakin meningkat

b)

Harga input pengeluaran semakin meningkat

c)

Penduduk tempatan banyak melancong ke luar negara

d)

pelaburan tempatan semakin meningkat

14.

Jika keluk penawaran agregat adalah tetap manakala keluk permintaan agregat meningkat, keadaan ini akan menyebabkan

a)

tingkat harga dan pendapatan negara jatuh

b)

tingkat harga dan pendapatan negara akan meningkat

c)

tingkat harga meningkat dan pendapatan negara jatuh

d)

tingkat harga jatuh dan pendapatan negara meningkat

15.

Urus niaga kredit berkembang pesat kerana wang befungsi sebagai alat

a)

pengukur unit

b)

penyimpan nilai

c)

pembayaran tertunda

d)

perantaraan pertukaran