wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ 2: Perniagaan T4 Bab 3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pilih huraian yang tepat mengenai takrifan visi

a)

selaras dengan keadaan pasaran

b)

fokus perancangan jangka masa pendek

c)

dirancang selepas merancang misi

d)

perancangan dibuat sebelum penciptaan misi

2.

Mengapakah objektif perniagaan perlu selaras dengan visi dan misi?

a)

Objektif dibentuk sebelum visi dan misi

b)

Pencapaian visi dan misi bergantung pada pencapaian objektif

c)

Objektif merupakan pendokong kepada pencapaian visi dan misi

d)

Objektif digunakan untuk memberi penjelasan lanjut mengenai visi dan misi perniagaan

3.

Antara yang berikut yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?

I- Pembentukan misi

II- Pembentukan objektif

III- Pembentukkan taktik

IV- Pembentukan strategi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Perusahaan Muna mensasarkan untuk mengeluarkan 250 paket keropok ubi dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan.


Pilih ciri SMART yang diberi tumpuan utama dalam penetapan permintaan pelanggan tersebut

a)

Boleh diukur

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh capai

5.

Pernyataan manakah yang benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian, koperasi dan yayasan

b)

didaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

c)

Mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna

d)

Bermatlamat untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada kos yang minimum

6.

"Syarikat Farhan Maju Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjual Sos Paan. Syarikat ini didaftarkan dibawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)"


Apakah objektif bagi organisasi perniagaan tersebut?

a)

Menghasilkan produk yang berkualiti baik

b)

Mengawal kos pengeluaran dengan berkesan

c)

Menetapkan harga produk yang kompetitif

d)

Memaksimumkan keuntungan syarikat

7.

Saluran manakah yang dikenali sebagai saluran pemasaran langsung?

a)

Saluran 1

b)

Saluran 2

c)

Saluran 3

d)

Saluran 4

8.

Saluran manakah yang melibatkan orang tengah sahaja?

a)

Saluran 1

b)

Saluran 2

c)

Saluran 3

d)

Saluran 4

9.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan visi dan misi?

a)

A. Visi menyokong pernyataan misi

b)

B. Visi lebih umum berbanding misi

c)

C. Visi dibuat terlebih dahulu daripada misi

d)

D. Visi dibuat oleh pengurusan atasan sementara misi dibuat oleh pengurus pertengahan

10.

Apakah maksud visi?

a)

Pembentukan maklumat yang lebih khusus

b)

Pernyataan ringkas tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan

c)

Perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang

11.

Sesebuah perniagaan yang ingin ditubuhkan perlu ada Visi, Misi dan Objektif Perniagaan.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Kurang pasti

12.

Mengapakah objektif perniagaan perlu selaras dengan visi dan misi?

a)

Objektif dibentuk sebelum visi dan misi

b)

Objektif merupakan pendokong kepada pencapain visi dan misi

c)

Objektif digunakan untuk memberi penjelasan lanjut tentang visi dan misi

13.

Pilih visi yang tepat untuk sebuah perniagaan yang mengeluarkan kereta.

a)

Menjual pelbagai jenis kereta

b)

Mengeluarkan kereta yang cantik

c)

Menjadi pengeluar kereta yang terkemuka di Malaysia

14.

Penentuan VMO untuk OBU dengan OBBU adalah ...............

a)

sama

b)

berbeza

c)

tiada kaitan

15.

Masyarakat merupakan pelanggan utama kepada .............

a)

OBU

b)

OBBU

c)

pertubuhan sukarela

16.

Organisasi bermotifkan untung didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan ................

a)
b)
c)
17.

Contoh OBBU ialah.....

a)
b)
c)
18.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah contoh ....

a)

OBU

b)

OBBU

c)

persatuan sukarela

19.

Antara berikut, yang manakah merupakah organisasi swasta?

a)
b)
c)
20.

Pernyataan manakah yang benar tentang Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?

a)

OBU terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela

b)

OBU menyediakan barang dan perkhidmatan percuma

c)

OBU bermatlamat memaksimakan keuntungan pemegang saham

d)

OBU didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

21.

Organisasi manakah yang merupakan contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?

a)

Majlis Belia Malaysia

b)

Koperasi Runcit Kampung Bahagia

c)

Persatuan Kadet Koreksional SMK Saujana Impian

d)

Persatuan Sukan Kampung Bahagia

22.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan konsep perancangan strategik organisasi.


  • Boleh dihbahagikan kepada matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
  • Matlamat yang ditetapkan untuk jangka pendek kurang daripada lima tahun
  • Dibentuk oleh pihak pengurusan kedua-dua Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)


Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?

a)

Visi

b)

Polisi

c)

Objektif

d)

Prosedur

23.

Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah.

Apakah ciri objektif yang baik dan dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Boleh dicapai

d)

Jangka masa

24.

Mengapakah penetapan visi penting untuk sesebuah organisasi?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi

b)

Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi

c)

Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja

d)

Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek

25.

Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kedai Runcit Rahman

b)

Syarikat Pertama Berhad

c)

Majlis Kanser Negara

d)

Persatuan Aman-Palestin Malaysia

26.

Di manakah sebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan?

a)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

c)

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

d)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

27.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang objektif?

a)

Menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

b)

Menjadi garis panduan dalam pengurusan perniagaan

c)

Matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Tujuan atau matlamat utama perniagaan itu dibentuk oleh peniaga

28.

Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan maksud visi?

a)

Ia merupakan sebab perniagaan ditubuhkan

b)

Matlamat organisasi untuk jangka masa pendek

c)

Apa yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang

d)

Dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

29.

Maklumat di atas merupakan pernyataan visi sebuah organisasi perniagaan.

Visi ini sangat penting kepada organisasi perniagaan tersebut.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar tentang visi di atas.

a)

Kerajaan memerlukan visi untuk tujuan pengutipan hasil cukai

b)

Pekerja-pekerja memerlukan visi untuk menyokong usaha mereka

c)

Pengurus menjadikan visi sebagai panduan untuk membuat keputusan

d)

Pemilik memerlukan visi untuk memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan

30.

Maklumat di atas merupakan pernyataan visi sebuah organisasi perniagaan.

Visi ini sangat penting kepada organisasi perniagaan tersebut.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar tentang visi di atas.

a)

Kerajaan memerlukan visi untuk tujuan pengutipan hasil cukai

b)

Pekerja-pekerja memerlukan visi untuk menyokong usaha mereka

c)

Pengurus menjadikan visi sebagai panduan untuk membuat keputusan

d)

Pemilik memerlukan visi untuk memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan