WorksheetsIMBUHAN APITAN
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
Makanan ringan kurang baik untuk kesihatan kerana tidak berkhasiat dan ________ banyak bahan perasa tiruan.
mengandungi
kandungan
Peserta kem motivasi itu ____ beberapa latihan fizikal untuk kecergasan.
menjalani
menjalankan
Kemalangan jalan raya itu telah menyebabkan ________ lalu lintas.
kepadatan
kesesakan
Devan ______ bas sekolah pagi ini kerana dia bangun lambat.
keciciran
ketinggalan
Daun-daun kering ______ ditiup angin.
berterbangan
penerbangan
Mereka saling ______ sambil bersalaman.
kemaafan
bermaafan
Bendera Malaysia _____ ketika sambutan Hari Kebangsaan.
berkibaran
mengibarkan
Kumpulan pengakap itu mencari arah ______ kompas.
panduan
berpandukan
Kain songket yang dibelinya itu _______ benang emas.
bersulamkan
disulami
Permainan kanak-kanak itu _______ getah.
mengasaskan
berasaskan
Aminah berusaha _________ basikalnya yang rosak.
membaikkan
membaiki
kebaikan
pembaikan
_____________ Lim untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.
Permohonan
Memohonkan
Dipohonkan
Ayah ________ saya sebuah buku cerita.
menghadiahkan
menghadiahi
hadiahkan
Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam __________.
kesusahan
kesunyian
kemalangan
keperitan
Seorang pemuda ______ arah ke rumah Encik Jave.
menanyakan
bertanyakan
pertanyaan
menanyai
Dia meminati bidang______.
sepakan
tarian
kehakiman
kemenjadian
Lagu ______kita ialah "Negaraku".
kejayaan
kebanggaan
kebangsaan
kerajaan
Bangunan KOMTAR menjadi ______penduduk.
kejayaan
kebanggaan
kemarahan
keseronokan
Jane _______________ pengalaman bercutinya kepada kawan-kawan karibnya.
perceritaan
menceritai
menceritakan
pencerita
Persembahan teater itu telah ______ oleh beribu-ribu penonton.
menyaksikan
disaksikan
kesaksian
penyaksian
Skuad bola sepak yang terpilih ke pertandingan Piala Aisa ________________ oleh pemain-pemain muda.
berbaris
perbarisan
barisan
dibarisi
Haiwan _______________ Fatiha ialah kucing.
disayangi
menyayangi
kesayangan
bersayang-sayangan
Anak ________________ Mak Minah akan berlepas ke England untuk melanjutkan pelajarannya.
tersayang
disayangi
kesayangan
menyayangi
Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya akan mengadakan _________ menulis karangan pada minggu hadapan.
pertandingan
dipertandingkan
mempertandingkan
Harimau itu __________ mangsanya dengan senyap.
terhampir
berhampiran
menghampiri
penghampiran
