wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Talak Jalan Penyelesai akhir -Tingkatan 5 MPAk

Total questions: 60

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Hussin menceraikan isterinya ketika suci daripada haid dan tidak disetubuhinya dalam tempoh suci.

a)

Talak Bain

b)

Talak Raj'i

c)

Talak Sunni

d)

Talak Bid'i

2.

Zainal melafazkan talak tiga kepada isterinya. Mereka tidak boleh rujuk semula.

a)

Talak Bain

b)

Talak Raj'i

c)

Talak Sunni

d)

Talak Taklik

3.

Hafiz melafazkan talak satu kepada isterinya. Dia masih boleh rujuk semula dalam tempoh idah.

a)

Talak Sunni

b)

Talak Raj'i

c)

Talak Bid'i

d)

Talak Taklik

4.

Azmi mengatakan kepada isterinya : 'Jika engkau keluar rumah hari ini, maka engkau aku ceraikan'.

a)

Talak Raj'i

b)

Talak Sunni

c)

Talak Bid'i

d)

Talak Taklik

5.

Basri menceraikan isterinya yang sedang haid.

a)

Talak Raj'i

b)

Talak Sunni

c)

Talak Bid'i

d)

Talak Taklik

6.

Aminah diceraikan dalam keadaan hamil, maka idahnya ialah .................

a)

3 kali suci

b)

selepas melahirkan anak

c)

tiada idah

7.

Suami Zaleha telah meninggal dunia dan ingin berkahwin pula dengan lelaki lain, maka Zaleha kena tunggu berapa lama untuk berkahwin.

a)

4 bulan 10 hari

b)

3 kali suci

c)

4 minggu

8.

Laila telah diceraikan dalam tempoh 2 jam selepas berakad nikah, idahnya adalah ........

a)

4 bulan 10 hari

b)

3 kali suci

c)

Tiada idah

9.

Bagi isteri yang baru diceraikan dan ingin kahwin dengan lelaki lain, maka idahnya ialah .............

a)

3 kali suci

b)

3 bulan

c)

4 bulan 10 hari

10.

Maimunah yang telah berumur 80 tahun telah diceraikan oleh suaminya, maka idahnya untuk kahwin semula adalah .......

a)

3 kali suci

b)

Tiga bulan

c)

4 bulan 10 hari

11.

Talak yang dilafazkan ketika isteri sedang haid.

a)

Harus

b)

Haram

12.

Apabila si suami tidak dapat melaksanakan kewajipan nafkah zahir dan batin hingga mengancam keselamatan isteri.

a)

Sunat talak

b)

Wajib talak

13.

Tempoh larangan berkahwin yang patut dipatuhi isteri selepas bercerai atau kematian suami, dinamakan .........

a)

Idah

b)

Rujuk

14.

Suami boleh kembali semula kepada isteri setelah diceraikan, dipanggil ....................

a)

Talak

b)

Rujuk

15.

Hukum kembali semula suami kepada isteri setelah bercerai adalah ..........

a)

Harus

b)

Haram

16.

Bagi isteri yang baru diceraikan dan ingin kahwin dengan lelaki lain, maka idahnya ialah .............

a)

Tiga kali suci

b)

Tiga bulan

17.

Bagi isteri yang kematian suami, idahnya ialah ..........

a)

4 bulan 10 hari

b)

3 kali suci

18.

S : Berikut adalah cara menjatuhkan talak kecuali

a)

lisan

b)

tulisan

c)

wakil

d)

isyarat yang difahami

19.

S : Pilih pernyataan yang tepat mengenai talak.

a)

Talak boleh dijatuhkan sesuka hati

b)

Talak hak suami sekalipun isteri tidak setuju

c)

Talak boleh dilafazkan ketika isteri sedang haid

d)

Talak hendaklah dilafazkan di hadapan saksi

20.

S : Apakah jenis talak bagi pernyataan di bawah?

# Sulaiman menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya dalam keadaan sakit#

a)

Ta'liq

b)

Sunni

c)

Bid'ie

d)

Khuluk

21.

S : Manakah antara yang berikut, BUKAN syarat suami yang menceraikan isteri?

a)

Baligh

b)

Berakal

c)

Kemahuan sendiri

d)

Tidak dalam ihram

22.

S : Hukum talak bagi En Ibrahim yang tidak mampu melaksanakan kewajipan kepada isteri dan anak-anak ialah ..........

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

23.

S : Yang berikut adalah rukun talak KECUALI ................

a)

lafaz

b)

isteri

c)

suami

d)

saksi

24.

S : Hukum mentalakkan isteri yang berakhlak buruk dan tiada cara yang dapat memperbaikinya ialah ............

a)

haram

b)

sunat

c)

makruh

d)

wajib

25.

S : Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai ciri-ciri talak Bid'ie?

a)

Isteri diceraikan dalam keadaan haid dan nifas

b)

Isteri diceraikan dengan talak tiga sekaligus

c)

Talak ini adalah talak yang tidak sah

d)

Hukumnya adalah haram

26.

S : Pernyataan dibawah merujuk kepada jenis talak ...........

# Menceraikan isteri ketika haid,nifas #

# Menceraikan isteri ketika suci setelah disetubuhi #

# Menceraikan dengan talak 3 sekaligus #

a)

Sunni

b)

Bid'ie

c)

Raj'ie

d)

Bain

27.

S : Pernyataan di bawah merujuk kepada ..................

# Suami tidak boleh merujuk isterinya #

# Penceraian dengan cara fasakh dan khuluk #

a)

Talak bid'ie

b)

Talak raj'ie

c)

Talak bain sughra

d)

Talak bain kubra

28.

S : Hukum Talak berdasarkan situasi di bawah ialah ..........


# Apabila seseorang tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberi nafkah #

# Melakukan kezaliman sehingga mengancam nyawa #

a)

makruh

b)

wajib

c)

sunat

d)

haram

29.

S : Talak dari segi bahasa .........

a)

cerai

b)

benci

c)

tangguh

d)

sayang

30.

S : Talak bid’ie bermaksud

a)

talak yang menyalahi hukum syarak

b)

mentalak isteri ketika haid

c)

mentalak isteri dengan talak tiga

d)

mentalak isteri yang derhaka

31.

# Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah #

S : Hukum talak di atas ialah

a)

Makruh

b)

Haram

c)

Harus

d)

Wajib

32.

-Merupakan talak hukum

-Talak yang menyalahi peraturan syarak seperti cerai ketika isteri haid, nifas, ketika suci tetapi selepas disetubuhi atau ketika cerai talak 3 sekaligus.

-Hukumnya haram tetapi sah talak


Jenis Talak ialah:

a)

Talak Sunni

b)

Talak Bid'i

33.

Yang manakah talak Raj'i?

a)

Talak yang tidak boleh dirujuk semua kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baru

b)

Talak satu/dua yang belum tamat idahnya. Suami boleh rujuk semula isteri semasa idah tanpa perlu akad & mahar baru.

34.

Pilih yang BUKAN lafaz talak

a)

"Aku ceraikan engkau"

b)

"Aku jatuhkan talak 1"

c)

"Aku pergi dulu"

35.

S : Apakah jenis talak bagi pernyataan di bawah?

# Sulaiman menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya dalam keadaan sakit#

a)

Ta'liq

b)

Sunni

c)

Bid'ie

d)

Khuluk

36.

Hukum menceraikan isteri ketika dalam haid atau nifas ialah

a)

wajib

b)

suhat

c)

haram

d)

makruh

37.

Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah..

Hukum talak di atas ialah

a)

makruh

b)

haram

c)

harus

d)

wajib

38.

Talak bid'ie bermaksud

a)

talak yang menyalahi peraturan syarak

b)

mentalak isteri dengan talak tiga

c)

mentalak isteri yang derhaka

d)

mentalak isteri ketika haid

39.

Pilih contoh lafaz talak yang betul

a)

''Aku ceraikan engkau untuk tempoh empat bulan''

b)

''Engkau tertalak sekiranya engkau engkar''

c)

''Aku ceraikan engkau sekarang''

d)

''Perkahwinan kita dibatalkan''

40.

Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak,cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.........

a)

khuluk

b)

fasakh

c)

talak

d)

hadanah

41.

Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah adalah.........................................

a)

sunat

b)

harus

c)

haram

d)

makruh

42.

Tempoh larangan berkahwin yang patut dipatuhi oleh isteri selepas bercerai atau kematian suami ialah............

a)

nafkah

b)

idah

c)

fasakh

d)

rujuk

43.

Wanita yang kematian suami wajib berkabung.Idahnya ialah empat bulan sepuluh hari.

a)

BETUL

b)

SALAH

44.

Apakah hukum idah bagi isteri selepas bercerai atau kematian suami?

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

e)

makruh

45.

...............................ialah suami mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya.

a)

Nikah

b)

Fasakh

c)

Rujuk

d)

Khuluk

46.

Nyatakan hukum rujuk yang TIDAK BENAR dalam permasalahan berikut;

a)

SUNAT....jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.Sekiranya talak raj'i yang masih dalam idah

b)

WAJIB...suami yang menceraikan salah seorang daripada isterinya dan dia belummenyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

c)

MAKRUH...Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk

d)

HARAM....apabila rujuk akan menyebabkan kemudaratan kepada isteri tersebut

47.

"Aku ceraikan engkau atau aku talkkan engkau"...lafaz talak ini adalah secara......

a)

Lafaz Kinayah

b)

Lafaz Taklik

c)

Lafaz sarih

48.

"Sekiranya awak keluar dari rumah ini,saya ceraikan awak dengan talak satu"...Lafaz talak ini adalah ........

a)

Lafaz sarih

b)

Lafaz Kinayah

c)

Lafaz Taklik

49.

Suami tidak boleh merujuk semula isterinya yang diceraikan dengan talak satu atau dua selagi dalam tempoh idah

a)

BETUL

b)

SALAH

50.

Hukum rujuk disaksikan oleh dua orang adalah.........................

a)

WAJIB

b)

HARUS

c)

SUNAT

51.

Syarat sah rujuk bagi lafaz rujuk tidak boleh ditentukan masa seperti "Aku rujuk engkau selama setahun".

a)

BETUL

b)

SALAH

52.

......................ialah suami menceraikan isteri ketika suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci

a)

Talak Bid'i

b)

Talak Sunni

c)

Talak Bain

d)

Talak Raj'i

53.

Talak Bid'i ialah suami menceraikan isteri ketika dalam haid,nifas atau ketika suci tetapui telah disetubuhinya

a)

BETUL

b)

SALAH

54.

Senaraikan perkara-perkara berkaitan Talak Raj'i..

a)

Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua

b)

Suami menceraikan isteri dengan syarat

c)

Suami boleh merujuk kembali isterinya selagi dalam tempoh idah

d)

Suami tidak boleh merujuk kembali dengan isterinya

55.

Berikut adalah berkaitan Talak Bain kecuali......

a)

Suami menceraikan isteri dengan talak tiga atau kali ketiga

b)

Suami tidak boleh merujuk kembali isterinya

c)

Suami boleh berkahwin kembali sekiranya isterinya telah berkahwin,disetubuhi,diceraikan dan tamat idah dengan suami keduanya

d)

Suami menceraikan isteri dengan syarat.Apabila syarat berlaku,maka jatuhlah talak

56.

Idah Bain ialah.......................

a)

idah yang membolehkan suami merujuk kembali isterinya(talak satu atau dua)

b)

idah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk kembali isterinya kecuali akad nikah yang baharu

57.

Berikut adalah idahnya empat bulan sepuluh hari bagi perempuan yang kematian suami kecuali...

a)

Tidak hamil

b)

Putus haid

c)

Belum disetubuhi

d)

Hamil

58.

Bagaimanakah idah bagi perempuan yang telah diceraikan tetapi belum disetubuhi .

a)

Empat bulan sepuluh hari

b)

Tiga kali suci

c)

Tiada idah

59.

Berikut adalah kesan talak kepada anak-anak kecuali...

a)

terpisah dengan ibu bapa

b)

hilang kasih sayang ibu atau bapa

c)

tekanan perasaan atau emosi

d)

terpengaruh dengan gejala sosial

e)

maruah diri terjejas

60.

Tandakan hikmah-hikmah talak

a)

Memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kelemahan masing-masing

b)

Jalan penyelesaian kepada pasangan yang tiada persefahaman

c)

Membuka ruang dan peluang kepada suami

d)

Pengajaran terhadap kegagalan perkahwinan lalu

e)

Terlepas daripada dosa kerana tidak melksanakan tanggungjawab