NEW
Font size
WorksheetsKATA MAJMUK KIASAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Keenakan nasi ayam yang dijual oleh Mak Cik Zarrah menjadi _________________ penduduk di sekitarnya.
buah mulut
buah mata
buah hati
buah otak
Kejayaan Amri dalam perniagaan emas telah menjadikannya _______________ dan hanya memilih kawan yang berada sahaja.
hidung panjang
hidung tinggi
hidung mancung
hidung bulat
Sebagai __________, Yusri selalu menjaga hubungan dengan penduduk-penduduk di kawasan tempat tinggalnya
anak lelaki
anak emas
anak haruan
anak dagang
Sudah empat tahun Melissa ___________ sebagai kerani di kilang membuat sabun itu.
makan gaji
makan hati
makan-makan
makan malam
Julia masih ___________ untuk menjadi seorang penyanyi walaupun keinginannya dihalang oleh keluarganya.
ada hati
makan hati
jauh hati
susah hati
Kebanyakan murid lelaki tidak suka berkawan dengan Kamal kerana dia_______________.
ada hati
ada akal
ada budi
ada angin
Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana harganya _______________ .
naik angin
atas pagar
paku belanda
Kera sumbang
Berita penangkapan pegawai kerajaan yang ___________________itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
makan angin
makan suap
makan tuan
makan hati
____________ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
Pilih bulu
Pilih kasih
Pening lalat
Perang mulut
Pada minggu lepas, saya pergi ——————— ke Pulau Langkawi bersama-sama keluarga saya.
makan hati
makan angin
mandi kerbau
mulut murai
Akibat perangainya yang —————— dia ditangkap polis.
angkat kaki
rambang mata
cepat tangan
ayam tambatan
Datin Maimunah menjadi ——————- apabila melihat baju-baju yang cantik itu.
batu loncatan
batu api
mata duitan
rambang mata
Nini seorang yang __________________ kerana suka membantu ibunya di dapur.
ringan tulang
pemalas
rendah diri
membanting tulang
Encik Lim _______________apabila dia telah menjadi kaya.
buah fikiran
lupa daratan
ayam tambattan
orang bawahan
Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____________.
buku lima
duit kopi
bendera putih
putih mata
Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.
kaki botol
kaki bangku
kaki ayam
angkat kaki
Ani _____________ abangnya untuk menjadi seorang peguam.
ikut jejak
bulat hati
anak angkat
anak tunggal
Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.
mandi peluh
memerah keringat
mencuci mata
memeras otak
Mira __________. Dia suka membocorkan rahsia orang.
mulut tempayan
telinga kuali
tangan panjang
kepala angin
