WorksheetsSejarah Tahun 4 - Unit 1 hingga 4
Total questions: 50
Worksheet time: 1hrs 11mins
"Sejarah merujuk kepada peristiwa yang pernah atau sudah berlaku."
Siapakah sejarawan yang menyatakan pengertian di atas?
Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim
E.H. Carr
Herodotus
Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim
Sumber primer di atas adalah
Fosil
Manuskrip
Artifak
Majalah
Antata berikut yang manakah BUKAN Sumber Sekunder?
Buku
Rangka Perak Man
Akhbar
Risalah
Berikut adalah 3 Kaedah Penyelidikan Sejarah KECUALI
Kaedah Arkeologi
Kaedah Gali Cari
Kaedah Lisan
Kaedah Bertulis
Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui ___________________.
kaedah tinggalan sejarah
sumber primer
sumber sekunder
temu bual
Alaf ialah tempoh selama _________________________.
sepuluh tahun
seratus tahun
seribu tahun
sepuluh ribu tahun
Urutan masa dikenali sebagai _________________________.
zaman Sebelum Masihi
zaman Selepas Masihi
kronologi
garis masa
Kajian tentang sebab dan akibat akan membolehkan kita
mencari sumber sejarah yang tepat.
menulis peristiwa sejarah dengan tepat.
memberi pendapat yang dirasakan betul.
mendapat iktibar dan meraikan peristiwa sejarah.
Tiga langkah dalam kaedah lisan
mengenal pasti orang sumber dan menyediakan soalan berdasarkan tajuk kajian.
menemu bual dan merakam perbualan.
menyalin rakaman, menyimpan data perbualan dan membuat penulisan.
menulis berdasarkan kehendak penulis dan bukan mengikut rakaman.
Ruang dan masa memudahkan kita memahami peristiwa sejarah yang telah berlaku. Oleh itu, kita dapat menulis peristiwa sejarah yang ___________________________.
lengkap dan tersusun
betul dan tiada sumber
tidak lengkap dan tersusun
tidak betul dan khabar angin
Apakah akibat daripada sebab yang diberikan?
Murid menjadi semakin malas
Murid belajar main-main
Murid mendapat hadiah semasa Hari Anugerah Cemerlang
Murid belajar dengan tekun
Sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah akan menimbulkan perasaan ___________ ________ tentang mengapa dan bagaimana serta kesan peristiwa sejarah yang telah berlaku.
tidak kisah
ambil tahu
tidak tentu
ingin tahu
Biodata diri merujuk kepada _____________________ saya.
maklumat orang lain
maklumat diri
maklumat rumah
maklumat ibu bapa
Berikut ialah maklumat diri saya KECUALI
nama
jantina
tarikh lahir
nama sekolah
Maklumat diri terdapat di dalam KECUALI
MyKid
Sijil Kelahiran
Kad pengenalan diri sekolah
kad keluar kelas
Keluarga saya terdiri daripada keluarga ____________ dan keluarga _______________.
asas ; kembangan
asas ; kembang
kecil ; besar
kecil ; bahagia
Keluarga asas terdiri daripada ___________, ibu dan anak-anak.
atuk
adik beradik
bapa
pak cik
Keluarga kembangan terdiri daripada keluarga asas, _______________ dan __________________.
ibu ; bapa
datuk ; nenek
pak cik ; mak cik
kakak ; abang
Keluarga kembangan lebih __________________ daripada keluarga asas.
harmoni
sederhana
kecil
besar
Peranan ibu bapa terhadap keluarga KECUALI
menyara keluarga
memberi kasih sayang
menjaga keselamatan
menjadi contoh teladan yang buruk
Peranan anak-anak terhadap keluarga KECUALI
menjaga nama baik keluarga
membantu ahli keluarga
saling menghormati
tidak mendengar nasihat ibu bapa
Perkembangan diri boleh digambarkan dalam bentuk ______________________.
garis nombor
garis masa
garis panjang
garis tahun
Garis masa perlu dicatatkan untuk melihat perkembangan diri dan _______________________. Garis masa juga boleh disimpan sebagai kenangan.
peristiwa sejarah
peristiwa lampau
peristiwa keluarga
peristiwa akan datang
Nama sekolah adalah identiti sesebuah sekolah. Nama sekolah lazimnya diambil sempena nama berikut
nama tempat
nama jalan
nama tokoh terkenal
nama daun
Alamat sekolah mengandungi
nama sendiri
nama jalan
poskod
nama negeri
nama tempat
Gambar di atas dipanggil
Mercu tanda
Peta
Papan tanda
Pelan lokasi
Lokasi sekolah mudah dicari melalui _____________________ berhampiran.
lampu isyarat
kawasan
mercu tanda
sungai
Papan tanda arah dan ____________________________ terkini boleh membantu untuk mencari lokasi.
jalan raya
teknologi terkini
kereta
binaan
Sejarah sekolah perlu dipelajari supaya kita sentiasa __________________________.
menghebohkannya
menghinanya
menghargainya
melupakannya
Mengapakah sekolah tersebut dikenali sebagai "sekolah itik"?
bangunan pertama didirikan rendah seperti bangsal itik
bangunan pertama didirikan di atas tanah
bangunan pertama didirikan tinggi serperti kandang kambing
bangunan pertama didirikan diperbuat daripada kayu
Setiap warga sekolah haruslah ____________________ terhadap sekolah tempat mereka menimba ilmu.
mencemuh
berpaling
bergembira
berbangga
Identiti sekolah adalah seperti
lagu sekolah
warga sekolah
lencana sekolah
bendera sekolah
Gambar di atas adalah contoh obor sekolah. Obor melambangkan _______________________ yang ingin dicapai.
kegagalan
keseragaman
kejayaan
kekayaan
Warna biru dalam sesebuah bendera sekolah melambangkan _______________________.
kemesraan antara murid dan kakitangan sekolah
kemurnian dan kesucian ilmu yang perlu dituntut
warna tema sekolah
kejayaan yang ingin dicapai
Gambar di atas adalah merupakan __________________ Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Apakah X?
mercu tanda
kata semangat
kata-kata
cogan kata
Gambar di atas adalah _______________________ sekolah.
carta alir
carta organisasi
papan tanda
cogan kata
Puan Yati ingin mendapatkan rekod profil anaknya di sekolah terdahulu setelah berpindah ke sekolah baharu. Puan Yati perlu berjumpa dengan siapa?
Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Besar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Antara cara anda sebagai murid dapat mengharumkan nama sekolah adalah
mewakili sekolah dalam acara sukan
memenangi pertandingan pidato
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
memenagi acara kawad kaki di peringkat daerah
disoal siasat polis kerana kes buli
Maklumat yang terdapat pada alamat rumah ialah
nombor kereta
nombor telefon
nama rumah
poskod
No. 45, Rumah Panjang Sungai Mamut, 98150 Miri, Sarawak.
Adakah alamat rumah di atas lengkap?
Tidak
Ya
Tidak pasti
Mungkin
Gua Niah terletak di ____________________, Sarawak. Gua Niah terkenal dengan __________________________.
Kuching ; pelancongan
Kota Kinabalu ; Gunung Kinabalu
Bintulu ; kawasan perindustrian
Miri ; tinggalan zaman prasejarah
Johor Bahru teletak berdekatan dengan _____________________ dan ______________________.
Teluk Intan ; Istana Raja Muda Lama
Teluk Senangin ; Selat Melaka
Teluk Danga ; Istana Bukit Serene
Teluk Cempedak ; Laut Cina Selatan
Tempat tinggal Peter Jackson berhampiran dengan ___________________________ yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung Everest
Gunung Jerai
Gunung Ledang
Gunung Kinabalu
Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai bentuk muka bumi yang berbeza-beza seperti kawasan
tanah tinggi
tanah pamah
pesisir laut
pinggir sungai
berbukit-bukau
___________________ menghubungkan Johor Bahru dan Singapura serta pelabuhan antarabangsa Tanjung Pelepas.
Tambak Pulau Pinang
Tambak Ikan
Tambak Udang
Tambak Johor
Keistimewaan yang terdapat di Ranau ialah ______________________________ dan ladang penternakan _____________ yang terletak di Mesilau, Kundasang.
Kolam Air Panas Poring ; lembu
Kolam Air Panas Setapak ; kambing
Kolam Air Sungai Serai ; kerbau
Kolam Air Panas Ulu Legong ; arnab
Miri
pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan keluarga _________________. Pada tahun 1910, Miri berkembang maju kerana __________________. Diiktiraf sebagai bandaraya pada tahun _____________.
Mat Kilau; industri bijih timah ; 1999
Brooke ; industri petroleum ; 2005
James W. W. Birch ; industri asas tani ; 1950
Mat Salleh ; industri logam ; 1925
Johor Bahru
Nama asal Johor Bahru ialah _________________. Diasaskan oleh _________________________________ pada tahun 1855. Nama asal Johor Bahru telah ditukarkan pada tahun 1866 oleh ________________________.
Tanjung Piai ; Temenggong Jugah ; Sultan Ahmad
Tajung Sepat ; Temenggong Ahmad ; Sultan Abdul Samad
Tajung Puteri ; Temenggong Daeng Ibrahim ; Sultan Abu Bakar
Tanjung Karang ; Temenggong Daeng Abdul Rahman ; Sultan Abdul Hamid
Ranau
Berasal daripada perkataan “Ranahon” yang bermaksud kawasan ________________. Pernah dijadikan ____________________ Mat Salleh semasa menentang British. __________________________ diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2000.
kawasan sungai ; kubu penjajahan ; Taman Negara Ranau
kawasan penternakan ; kubu pejuang ; Taman Negara Pahang
kawasan tanah tinggi ; kubu perkongsian ; Taman Negara Bako
kawasan sawah padi ; kubu pertahanan ; Taman Negara Kinabalu
Berdasarkan gambar berikut, antara kepentingan menjaga kemudahan awam di tempat tinggal ialah
memudahkan pengguna yang menggunakan kemudahan
memupuk sikap saling berkongsi dan toleransi
menyusahkan pengguna yang ingin gunakan kemudahan
menghargai inisiatif kerajaan memberi kemudahan awam
melambangkan sikap dan budaya rakyat
