WorksheetsLatihan Bahasa Melayu PdPR 4 Julai 2021
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
1. “ ________________bukan sahaja seorang pendidik yang berwibawa, tetapi juga seorang penceramah yang disegani,” kata Pak Alang Leman kepada anaknya.
Mereka
Beliau
Dia
Anda
2. Ahli pengakap terpaksa _______________sebatang sungai semasa menjalani latihan kembara hutan.
melintasi
menongkah
merintangi
meredah
3. Piala lama kepunyaan ayah yang tersimpan di dalam almari itu kelihatan ___________________ kerana sudah lama tidak digilap.
pucat
buruk
luntur
kusam
4. Ibu menambahkan sedikit garam ke dalam gulai yang dimasaknya itu kerana terlalu __________________
masin
tawar
pahit
manis
5. “ _________________, cantiknya perabot di ruang tamu ini!” puji rakan-rakan Hasimah.
Eh
Aduhai
Amboi
Syabas
6. Arman _____________________ untuk menyiapkan kerja projek Sains yang diberikan cikgunya.
kelemahan
keberatan
kekeliruan
kepekaan
7. Sepasukan anggota tentera sedang memburu ______________________ pengganas yang bersembunyi di dalam hutan.
saki-baki
serba-serbi
suku-sakat
saudara-mara
8. Setelah mengikuti Kem Kecemerlangan UPSR di sekolah, prestasi pelajaran Amani semakin cemerlang. Pilih perkataan sinonim bagi perkataan prestasi.
akademik
kemajuan
pencapaian
peningkatan
9. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong. Pisau yang baru sahaja diasah tajam akhirnya _________________ kerana Mak Senah terhiris jarinya ketika menyiang ikan di dapur.
makan dalam
makan hati
makan tuan
makan angin
10. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Pertandingan futsal ini terbuka kepada murid-murid yang berumur 12 tahun ke bawah.
Betulkah mereka yang berumur 12 tahun ke bawah boleh mengambil bahagian?
Siapakah yang layak menyertai pertandingan futsal ini?
Adakah murid-murid 12 tahunke bawah layak menyertai pertandingan ini?
Mengapakah pertandingan futsal ini hanya terbuka kepada murid-murid yang berumur 12 tahun?
11. Pengemis itu meminta sedikit makanan daripada orang ramai.
“ Berikanlah saya sedikit makanan,” kata pengemis itu kepada orang ramai
“ Berikanlah pengemis itu sedikit makanan,” kata orang ramai.
“ Berikanlah orang ramai itu sedikit makanan , “ kata pengemis itu.
“ Berikan pengemis itu sedikit makanan,” kata mereka.
12. Pilih penggunaan kata ganda yang paling sesuai bagi ayat di bawah.
Kacau-bilau penonton di Stadium Hang Jebat bergema apabila Pasukan Hijau Putih berjaya menjaringkan gol kemenangan.
Mirza terperanjat apabila melihat keadaan di dalam stor itu tunggang-langgang.
“Jangan percaya akan cerita yang kelam-kabut itu.” Kata Puan Arina kepada anak-anaknya.
Murid-murid mestilah berhati-hati kerana banyak kenderaan mundar-mandir di hadapan sekolah mereka pada setiap hari.
