wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TING.4-ULANGKAJI BAB 1 & 2

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

a)

Melatih tenaga kerja mahir

b)

Melakukan pertukaran nilai

c)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

2.

Manakah yang berkaitan dengan rumus keuntungan perniagaan?

a)

Jumlah jualan melebihi jumlah kos stok barang

b)

Hasil jualan melebihi jumlah kos barang yang dijual

c)

Hasil jualan ditambah dengan jumlah kos stok barang

d)

Jualan kos barang dicampurkan jumlah hasil perniagaan

3.

Kedai Nana membeli stok dagangan secara kredit daripada Pembekal Serimas.

Akta manakah yang dirujuk jika berlaku perlanggaran terma?

a)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

b)

Akta Kawalan Bekalan 1973

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kontrak 1950

4.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung(OBU)?(Pilih 2 jawapan yang betul)

a)

Bertujuan untuk menyediakan perkkhidmatan percuma untuk ahli

b)

Menjual barang dan perkhidmatan pada harga kos sahaja

c)

Menghasilkan produk untuk pasaran umum

d)

Contoh OBU ialah Koperasi Nelayan

5.

Apakah kelebihan milikan perniagaan ' Butik Balqis' berbanding 'Butik Balqis, Batrisyia dan Basheerah'?(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Beban cukai rendah

c)

Bebas mengurus perniagaan

d)

Keputusan dibuat dengan cepat

6.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?(Pilih 2 jawapan betul)

a)

PLT mudah ditubuhkan dan diuruskan

b)

Semua rakan kongsi PLT mempunyai tanggungan terhad

c)

PLT mudah mendapat pembiayaan daripada agensi kerajaan

d)

Hayat PLT berterusan walaupun ada rakan kongsi menarik diri

7.

Encik Ezwadee dan 10 orang rakannya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad.

Mengapakah Encik Ezwadee dan rakan-rakannya menubuhkan bentuk pemilikan yang berkenaan?

a)

Perniagaan mudah dibentuk

b)

Perniagaan mudah diuruskan

c)

Pemilik menghadapi liabiliti terhad

d)

Pemilik membayar cukai pendapatan perorangan

8.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos promosi

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

9.

Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Dapat menjamin keuntungan

b)

Risiko perniagaan dapat dikurangkan

c)

Dapat mengelakkan berlakunya konflik

d)

Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

10.

Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan yang bersaiz besar?(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Masalah aliran tunai

b)

Ketidakpastian pasaran

c)

Sukar untuk menyediakan latihan

d)

Perundangan dan peraturan kerajaan

11.

Gambar di atas menunjukkan sejenis bank.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan bank tersebut?(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Mengawal selia sistem pembayaran negara

b)

Memantau dan mengawal keadaan ekonomi

c)

Menyediakan pelbagai perkhidamatan penerimaan wang

d)

Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan

12.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan beberapa jenis cukai yang dikutip oleh satu agensi kerajaan.

* Cukai import dan cukai eksport

* Cukai Jualan dan Perkhidmatan(SST)

Apakah agensi berkenaan?

a)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM)

b)

Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN)

c)

Bank Negara Malaysia(BNM)

d)

Majlis Amanah Rakyat(MARA)

13.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada pelaksanaan dasar kewangan?

a)

Bank pusat mengawal kadar faedah

b)

Kerajaan mengurangkan kadar cukai

c)

Kerajaan melaksanakan projek pembangunan

d)

Bank pusat mengawal aktiviti bank perdagangan

14.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?(Pilih 2 jawapan betul)

a)

Kadar pengangguran kurang daripada 4 peratus

b)

Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi

c)

Negara mengalami pengangguran geseran

d)

Taraf hidup rakyat pada tahap tinggi

15.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud inflasi?

a)

Satu fenomena lambakan barang dan pekhidmatan di pasaran.

b)

Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

c)

Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan

d)

Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak

16.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat naik?

a)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan menurun

b)

Kadar pengangguran semakin menurun

c)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

d)

Peniaga mengurangkan pembelian bahan mentah

17.

Gaya pengurusan ini tidak sesuai diamalkan dalam organisasi jika pekerja kurang bermotivasi dan mempunyai tahap disiplin yang rendah. Apakah gaya pengurusan yang berkenaan?

a)

Gaya pengurusan laissez-faire

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya pengurusan sederhana

d)

Gaya pengurusan sokongan

18.

Baru-baru ini, kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan cukai barang dan perkhidmatan(GST) dengan cukai jualan dan perkhidmatan(SST).

Apakah faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan?

a)

Ekonomi

b)

Teknologi

c)

Sosiobudaya

d)

Politik dan perundangan

19.

Apakah faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan?

a)

Sumber manusia

b)

Pengeluaran

c)

Teknologi

d)

Kewangan

20.

Antara yang berikut, manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?

a)

Operasi pengeluaran perniagaan meningkat

b)

Pendapatan kerajaan akan menurun

c)

Kadar pengangguran akan meningkat

d)

Permintaan untuk barang meningkat