NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI PERNIAGAAN 1
Total questions: 29
Worksheet time: 15mins
Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan?
menjadikan usahawan terkenal
melambangkan imej perniagaan
melancong ke seluruh dunia
memiliki kereta mewah
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Berhad' (bhd.) pada nama sesetengah perniagaan?
Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang
Tidak dibenarkan membuka cawangan
Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja
Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.
i) Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.
ii) Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang ditetapkan.
iii) Membuat bayaran dalam bentuk fi.
Apakah bentuk perniagaan tersebut?
Milikan Tunggal
Perkongsian
Usaha sama
Francais
Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar?
Komunikasi kurang berkesan
Sukar menyediakan latihan
Kurang daya saing
Kekurangan Modal
Gambar berikut menunjukkan satu organisasi bukan bermotifkan untung.
Pernyataan manakah benar tentang tujuan organisasi tersebut?
mengeluarkan hasil keluaran yang berkualiti
memuaskan kehendak dan keperluan pengguna
menyediakan barangan dan perkhidmatan
memasarkan produk kepada pengguna
Klasifikasi perniagaan yang manakah menunjukkan skala sederhana dalam sektor perkilangan?
Jualan tahunan RM 300 000 hingga kurang RM 15 juta
Jualan tahunan antara RM 3 juta hingga kurang RM 20 juta
Bilangan pekerja tetap antara 30 orang hingga kurang 75 orang
Bilangan pekerja tetap antara 75 orang hingga kurang 200 orang
Situasi manakah benar tentang sektor kedua(sekunder)?
Ahmad mengusahakan penternakan ayam kampung
Latif bekerja sebagai pemandu pelancong
Badrul terlibat dalam pemprosesan kayu balak
Haliza bertugas sebagai sukarelawan di Palestin
Pernyataan manakah menerangkan kelebihan perniagaan bersaiz kecil?
Menikmati ekonomi bidangan
Melibatkan pengkhususan kerja
Memupuk semangat kerja dalam pasukan
Menyelesaikan masalah pelanggan dengan cepat
Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?
Kedai Runcit Chan
Restoran Syed dan Sharifah
Koperasi Kg Bunga Berhad
Syarikat Tikar Terbang Sendirian Berhad
Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat?
Penawaran barang dan perkhidmatan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menambahkan pendapatan negara
Membantu masyarakat setempat
Gambar 1 mewakili sektor perniagaan
Sektor Primer
Sektor Tertier
Sektor Sekunder
Sektor domestik
Apakah tujuan penubuhan organisasi bermotifkan untung (OBU) ditubuhkan?
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
• Liabiliti terhad
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Syarikat sendirian berhad
Syarikat awam berhad
Milikan tunggal
Koperasi
Rajah 3 berkaitan dengan graf kos dan hasil yang terlibat dalam suatu pengeluaran
Titik pulang modal berlaku pada titik?
W
X
Y
Z
Syarikat Smartees Sdn. Bhd. mengeluarkan beg sekolah. Kos tetap yang ditanggung oleh syarikat ialah RM350 000. Beg dijual dengan harga RM60 seunit. Kos berubah seunit RM25. Modal syarikat berjumlah RM400 000.
Berapakah titik pulang modal?
10 000 unit
14 000 unit
16 000 unit
20 000 unit
Soalan 3 berdasarkan maklumat di atas.
Apakah kelebihan menjadi anggota perniagaan tersebut?
I Liabiliti tidak terhad
II Terima komisen
III Terima dividen
IV Terlibat dalam proses membuat keputusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut merupakan maklumat Perniagaan Kilang Batik Indah.
Jualan Tahunan : 5 Juta
Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang
Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah
Besar
Sederhana
Kecil
Antarabangsa
Maklumat berkaitan dengan skala perniagaan bagi Mangga Manis Enterprise.
Apakah skala perniagaan Mangga Manis Enterprise?
Domestik
Tempatan
Antarabangsa
Zon
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang ciri-ciri umum francais?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Trend persekitaran perniagaan yang meningkat dipengaruhi oleh beberapa faktor berikut
I pertukaran mata wang asing
II pekerja bermotivasi
III situasi politik yang stabil
IV undang-undang baharu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
* Menurunkan kadar cukai
* Menurunkan kadar faedah
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk nmengatasi masalah
inflasi
deflasi
subsidi
peningkatan cukai
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.
'Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas'
Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan autokratik
Gaya Pengurusan demokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Bagaimanakah pihak Bank Negara Malaysia mengatasi masalah inflasi?
Mengurangkan kadar faedah simpanan tetap
Meningkatkan kadar faedah pinjaman kewangan
Menambat nilai mata wang negara
Menggalakkan pengeluaran produk secara besar-besaran
Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan
Aktiviti di atas di golong sebagai aktiviti dalam sektor..
Utama
Kedua
Keempat
Ketiga
Yang manakah faktor deflasi?
Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran
Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus naik
Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan
Apakah persamaan agensi kerajaan di atas?
menguatkuasakan undang-undang
menjaga keamanan negara
memberi pinjaman perniagaan
mengutip cukai
Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas
Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan autokratik
Gaya Pengurusan demokratik
Gaya pengurusan sokongan
Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6%pada 1 April 2016
Apakah faktor luaran tersebut?
Teknologi
Ekonomi
Sosiobudaya
Politik dan perundangan
