wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.1 Wang dan Bank

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1 Wang merupakan komoditi yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat…

a)

ukuran nilai

b)

simpanan nilai

c)

bayaran tertunda

d)

perantaraan pertukaran

2.

2 Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan gambar di atas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat penyimpan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

3.

3 Situasi manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda.

a)

Cik Anis membayar RM660 setiap bulan keretanya selama sembilan tahun.

b)

Encik Wahid memperuntukkan wang sebanyak RM700 untuk akaun tabungan di Tabung Haji.

c)

Puan Siti membeli rantai emas pada harga diskaun 30%, sempena Sambutan Hari Ibu di Kedai Emas Mewah.



d)

Cikgu Ayu mengunjungi lebih daripada tiga kedai peralatan komputer untuk membandingkan harga mesin pencetak.

4.

4 Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?


a)

Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad

b)

Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia

c)

Proses menjelaskan baki pinjaman dalam tempoh setahun

d)

Pembelian komputer riba baru berharga mahal

5.

5 Antara berikut, yang manakah berkaitan peranan bank pusat sebagai jurubank kepada bank kerajaan.


I Mengeluarkan mata wang

II Sumber pinjaman terakhir

III Memberi nasihat pelaburan

IV Menguruskan pertukaran asing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

6 Bagaimanakah bank pusat dapat memainkan peranan untuk menstabilkan nilai Ringgit Malaysia?


I Mengeluarkan wang negara iaitu wang kertas dan duit syiling

II Memastikan Ringgit Malaysia mempunyai nilai sandaran minimum

III Memberi pinjaman kepada kerajaan yang menghadapi masalah kekurangan hasil.

IV Membeli Ringgit Malaysia dengan pertukaran asing jika nilai Ringgit Malaysia menurun



a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Antara yang berikut, yang manakah kemudahan kepada pemegang akaun semasa?

a)

Menerima sijil simpanan

b)

Mendapat kemudahan overdraf

c)

Memperoleh kadar faedah yang tinggi

d)

Mengeluarkan wang pada tempoh matang

8.

Manakah yang merupakan kelebihan akaun simpanan tetap?

a)

Mengalami risiko yang rendah

b)

Menunggu sehingga tempoh matang

c)

Mengalami kecairan yang rendah

d)

Mengakses kepada perbankan elektronik adalah terbatas

9.

Apakah fungsi bank pusat?

a)

Menguruskan pinjaman overdraf

b)

Menerima deposit daripada orang ramai

c)

Mengawal kestabilan nilai mata wang

d)

Membuat dan menerima bayaran daripada firma

10.

Manakah kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan untuk mengurangkan seseorang individu menggunakan tunai dalam melakukan kegiatan urus niaga.

I Cek

II Kad kredit

III Perbankan internet

IV Kad juruwang elektronik

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV