Font size
WorksheetsKUIZ AYAT MAJMUK
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
1. James suka bermain futsal bersama rakan-rakannya _____ adiknya suka memasak ketika masa lapang.
kerana
untuk
seandainya
manakala
2. Salina menyiapkan kerja rumah ______ menunggu ibu pulang ke rumah.
tetapi
manakala
sementara
jika
3. Zahid tidak pulang ke kampung halaman ________ Perintah Kawalan Pergerakan.
manakala
untuk
sementara
kerana
4. Baju yang dibeli oleh ayah harganya murah ________ berkualiti.
dan
tetapi
sambil
5. Ibu berasa gembira dengan sikap abang yang pandai mengurus __________ membelanjakan wangnya.
dan
atau
tetapi
6. (a) Dia memberitahu.
(b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
yang
kerana
bahawa
7. (a) Ibu memarahi adik.
(b) Adik suka berbuat bising.
Ibu memarahi adik jika suka berbuat bising
Ibu memarahi adik kerana suka berbuat bising
8. (a) Nelayan tidak dapat turun ke laut.
(b) Musim tengkujuh telah tiba.
Nelayan tidak dapat turun ke laut apabila musim tengkujuh telah tiba
Nelayan tidak dapat turun ke laut sebab musim tengkujuh telah tiba
9. (a) Kamil membuat kerja rumah.
(b) Kamil menonton televisyen.
Kamil membuat kerja rumah serta menonton televisyen
Kamil membuat kerja rumah sambil menonton televisyen
10. (a) Cikgu sentiasa berdoa untuk anak muridnya.
(b) Anak muridnya berjaya dalam SPM dengan cemerlang.
Cikgu sentiasa berdoa untuk anak muridnya berjaya dalam SPM dengan cemerlang
Cikgu sentiasa berdoa untuk anak muridnya agar berjaya dalam SPM dengan cemerlang
11. (a) Farahin seorang yang cantik.
(b) Farahin berperangai buruk.
Farahin seorang yang cantik tetapi berperangai buruk
Farahin seorang yang cantik dan berperangai buruk
12. (a) Kelvin bercita-cita tinggi.
(b) Kelvin ingin menjadi pemain bola terkenal.
Rizal bercita-cita tinggi untuk menjadi pemain bola yang terkenal
Rizal bercita-cita tinggi kerana ingin menjadi pemain bola yang terkenal
13. (a) Adik tetap menangis dengan kuat.
(b) Ibu telah memujuk adik
Adik tetap menangis dengan kuat sambil Ibu telah memujuk adik
Adik tetap menangis dengan kuat walaupun Ibu telah memujuk adik
14. Pilih dua ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah.
Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.
Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.
Perompak itu berjaya melepaskan diri.
Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.
15. Yang manakah BUKAN ayat majmuk dalam senarai ayat berikut?
Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Lee Kwang Soo telah menyerahkan trofi itu.
Kamu boleh memilih untuk belajar dalam bidang Sastera atau Sains selepas tamat Pentaksiran Tingkatan 3.
Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.
16. Pilih dua ayat majmuk berdasarkan senarai ayat di bawah.
Sharveen aktif dalam bidang sukan olahraga.
Mei Mei tidak suka memegang kucing dan arnab.
Lily memakai baju kebaya berwarna hijau hari ini.
Kakak membasuh pinggan manakala adik memotong sayur.
17. Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.
Pelakon itu sedang berucap gembira.
Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.
Pelakon itu sedang berucap di hadapan.
Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.
Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.
Pelakon itu tersenyum gembira.
18. Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Soloz gemar membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik di laman web Youtube.
Soloz gemar membuat kerja.
Soloz mendengar muzik Youtube.
Soloz gemar membuat kerja di sekolah.
Soloz mendengar muzik di laman web.
Soloz gemar membuat kerja sekolah.
Soloz mendengar muzik di laman web Youtube.
19. Pilih ayat majmuk yang betul.
Ibu membeli sayur-sayuran di pasar pagi.
Pak Mahat menjual makanan ringan di kedainya.
Kami sekeluarga menyaksikan persembahan tarian di Dataran Merdeka.
Karim sedang mengemas bili tidurnya sambil mendengar muzik.
20. Pilih ayat majmuk yang betul.
Faridah tidak suka bermain badminton bersama abangnya.
Semua murid diminta berdiri tegak di tempat masing-masing.
Hanis berlari ke arah dapur lalu tergelincir di atas lantai.
Mereka dapat menghantar kerja sekolah dalam masa ditetapkan.
