Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Trend Semasa Dalam Perniagaan

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.


Apakah peranan agensi tersebut.

a)

mengutip cukai

b)

menjaga keamanan negara

c)

memberi pinjaman perniagaan

d)

menguatkuasakan undang-undang

2.

Berlaku apabila seseorang pekerja bekerja untuk tempoh tertentu dalam setahun

a)

Pengangguran bermusim

b)

Pengangguran kitaran

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran struktur

3.

Berlaku akibat perniagaan menggantikan tenaga buruh dengan mesin dan peralatan moden dalam proses pengeluaran

a)

Pengangguran bermusim

b)

Pengangguran kitaran

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran struktur

4.

Yang manakah antara berikut menerangkan pengangguran kitaran

a)

Kerajaan menggunakan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk mengatasinya

b)

Kerajaan memberi beberapa galakan seperti pengecualian cukai kepada majikan untuk mengatasinya

c)

Tenaga buruh kurang mahir dan separuh mahir kehilangan pekerjaan

d)

Kemelesetan ekonomi menyebabkan permintaan barang dan perkhidmatan akan jatuh dan menyebabkan pekerja dibuang kerja

5.

Berlaku disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi sesebuah negara

a)

Pengangguran bermusim

b)

Pengangguran kitaran

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran struktur

6.

Yang manakah antara berikut menerangkan pengangguran bermusim. (Pilih dua jawapan)

a)

Berlaku akibat penggunaan teknologi moden

b)

Berlaku akibat pekerja hanya bekerja dalam tempoh tertentu sahaja dalam setahun

c)

Merupakan penggangguran jangka pendek dan boleh diramal

d)

Tenaga buruh digantikan dengan mesin dan teknologi moden dalam proses pengeluaran

7.

Nelayan terpaksa menganggur pada musim tengkujuh kerana tidak dapat ke laut. Apakah jenis pengangguran yang terlibat?

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran bermusim

c)

Pengangguran struktur

d)

Pengangguran teknologi

8.

"Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan"


Apakah fenomena tersebut?

a)

Inflasi

b)

Deflasi

c)

Kemelesetan ekonomi

d)

Pertumbuhan ekonomi

9.

Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi? (Pilih dua jawapan yang tepat)

a)

Kenaikan kos pengeluaran barang

b)

Peningkatan permintaan barang

c)

Peningkatan jumlah barangan di pasaran

d)

Permintaan terhadap barangan semakin berkurangan

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani inflasi?

a)

Melalui dasar kerajaan

b)

Meningkatkan kadar faedah

c)

Meningkatkan permintaan barang

d)

Mengurangkan pengeksportan barangan

11.

Dalam keadaan sekarang, masyarakat terpaksa mengurangkan penggunaan pendingin hawa agar kos utiliti dapat dijimatkan. Mengapakah terjadinya sedemikian?

a)

Pendapatan negara menurun

b)

Kehilangan daya saing

c)

Mengurangkan taraf hidup

d)

Meningkatkan kos sara hidup

12.

Deflasi merupakan satu daripada masalah yang ada dalam ekonomi sesebuah negara. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan deflasi?


I Kos sara hidup meningkat

II Tingkat harga umum meningkat

III Pemberhentian pekerja meningkat

IV Perkembangan dalam aktiviti ekonomi menjadi perlahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

MATRADE merupakan sebuah agensi kerajaan.Agensi tersebut terlibat dalam

a)

aspek kewangan

b)

aspek perundangan

c)

aspek perkembangan ekonomi

d)

aspek perkembangan aktiviti perniagaan

14.

Punca-punca berlaku pengangguran dalam sesebuah perniagaan ialah...

(Pilih dua jawapan yang tepat)

a)

kemelesetan ekonomi

b)

penggantian buruh kepada mesin

c)

penggantian mesin kepada buruh

d)

kemahiran tenaga buruh yang tinggi

15.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan


l. trend melintang

ll .trend meningkat

lll. trend mendatar

lV. trend mencapah

a)

A. l dan ll

b)

B. l dan lV

c)

C. ll dan lll

d)

D. lll dan lV

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis trend perniagaan.


  • Keadaan konsisten dalam perniagaan
  • Tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan luar perniagaan


Apakah jenis trend perniagaan tersebut..

a)

A. Trend meningkat

b)

B. Trend menurun

c)

C. Trend mendatar

d)

D. Trend mencapah

17.

Berikut merupakan faktor yang menyebabkan persekitaran perniagaan berubah.


i. Pekerja kurang bermotivasi

ii. Keadaan ekonomi semakin lembab


Apakah kesan terhadap trend perniagaan?.

a)

trend perniagaan malar

b)

trend perniagaan meningkat

c)

trend perniagaan mendatar

d)

trend perniagaan menurun

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.


Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya Pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

19.

Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

a)

Faktor Dalaman :Ekonomi

Faktor Luaran :Undang – undang

b)

Faktor Dalaman: Ekologi

Faktor Luaran : Pemasaran

c)

Faktor Dalaman :Kewangan

Faktor Luaran :Gaya Pengurusan

d)

Faktor Dalaman:Sumber manusia

Faktor Luaran: Politik

20.

Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun.

Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Keadaan ekonomi semakin lembab

c)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

d)

Kos pengeluaran semakin meningkat

21.

Apakah gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan?

a)

Demokrasi

b)

Autokratik

c)

Laissez-fairness

d)

GST

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat

dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)


  • Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan
  • Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.
  • Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi


Apakah agensi berkenaan?

a)

MEDEC

b)

MARDI

c)

SIRIM

d)

FELDA

23.

Isu serantau ialah isu yang melibatkan

a)

masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti kadar pertumbuhan ekonomi

b)

perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti

c)

hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand

d)

perdagangan antarabangsa seperti eksport dan import

24.

Apakah peranan TEKUN sebagai agensi kerajaan?

a)

Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan

b)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

c)

mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia

d)

Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua.

25.

Gaya pengurusan ini terlalu memberi kebebasan kepada pekerja sehingga sukar di kawal . Apakah jenis gaya pengurusan di atas?

a)

Gaya pengurusan sederhana

b)

Gaya pengurusan laissez-faire

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan autokratik