NEW
Font size
Worksheetssesi JKPTG
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Berikut merupakan agensi yang mempunyai bidang kuasa melaksanakan pembahagian harta pusaka di Malaysia kecuali:
Mahkamah Tinggi Sivil
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)
Amanah Raya Berhad (ARB)
Sathiya ingin menguruskan harta pusaka peninggalan mendiang ayahnya yang tidak berwasiat berjumlah RM550,000 meliputi sebidang tanah, wang tunai dan kenderaan. Ke pejabat manakah Sathiya perlu berurusan untuk mengemukakan permohonan pembahagian harta pusaka tersebut:
Amanah Raya Berhad (ARB)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)
Mahkamah Tinggi
Di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97], Mahkamah Tinggi diberi kuasa menguruskan apa jua jenis harta dengan nilaian keseluruhan harta:
Sehingga RM600 ribu
Sehingga RM2 juta
Melebihi RM2 juta
Di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 [Akta 532], Amanah Raya Berhad (ARB) diberi kuasa menguruskan harta alih sahaja dengan nilaian:
Sehingga RM600 ribu
Sehingga RM2 juta
Melebihi RM2 juta
Apakah nama bahagian di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran harta pusaka di Malaysia?
Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP)
Bahagian Pengambilan Tanah (BPT)
Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah (BPPT)
Berikut merupakan kesan kelewatan membuat tuntutan harta pusaka kecuali:
Harta si mati diagihkan kepada pusat zakat/rumah kebajikan
Waris tidak dapat menikmati harta yang ditinggalkan
Pertambahan bilangan waris apabila berlaku kematian berlapis dalam kalangan waris-waris yang berhak
Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh diuruskan oleh mana-mana individu tanpa memerlukan khidmat peguam atau agen perantaraan.
Betul
Salah
Berikut merupakan bentuk-bentuk harta di bawah kategori harta alih kecuali:
Tanah
Insurans
Saham
Kenderaan
Siapakah yang bertanggungjawab mentadbir harta pusaka yang ditinggalkan dengan wasiat?
Pentadbir/Wasi
Pewasiat
Pencen dan ganjaran terbitan merupakan sebahagian harta pusaka.
Betul
Salah
Bagi kes individu yang diklasifikasikan sebagai telah dianggap mati seperti kematian tanpa kubur atau hilang tanpa jejak, satu Perintah Anggapan Kematian hanya boleh dikeluarkan oleh _____________ selepas ___ tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
JKPTG, 7 tahun
Mahkamah Tinggi Sivil, 7 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), 10 tahun
Semasa mengemukakan permohonan pembahagian pusaka kecil, pihak pemohon wajib untuk mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.
Betul
Salah
Bagi individu Islam yang tidak meninggalkan sebarang waris langsung, harta pusakanya akan diserahkan kepada _________
Baitulmal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Mahkamah Tinggi Syariah
Anak tak sah taraf hanya boleh mewarisi harta ibunya sahaja.
Betul
Salah
Nilaian harta tak alih akan diuruskan oleh _________ dengan mengemukakan permohonan nilaian harta ke ________.
Pemohon, mana-mana syarikat penilaian harta tanah
Pemohon, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
JKPTG, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Bagi individu bukan Islam yang tidak meninggalkan sebarang waris langsung, harta pusakanya akan diserahkan kepada ___
Pihak Berkuasa Negeri (aset alih) & Kerajaan Persekutuan (aset tak alih)
Rumah kebajikan (aset alih) dan rumah ibadat bukan Islam (aset tak alih)
