wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS PERAKAUNAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ameer Aircond Services telah membeli 3 Refrigerant Gas R410 bernilai RM990. Dalam buku perakaunan, pemilik merekodkan nilai sebanyak RM990 dan bukannya bilangan Refrigerant Gas R410 yang dibeli.


Apakah prinsip yang dipatuhi oleh perniagaan Ameer Aircond Services?

a)

Materialiti

b)

Kos Sejarah

c)

Entiti berasingan

d)

Wang sebagai ukuran

2.

Bilakah berakhirnya tempoh perakaunan bagi Perniagaan Ameer Aircond Services sekiranya beliau memulakan perniagaan pada 1 Mac 2020?

a)

1 Feb 2019

b)

28 Feb 2020

c)

1 Feb 2021

d)

28 Feb 2021

3.

Pemilik perniagaan dan perniagaannya ialah dua badan yang terpisah.

a)

Entiti berasingan

b)

Usaha berterusan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Ketekalan

4.
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?
a)
Liabiliti pemilik terhad
b)
Modal disumbangkan oleh pemilik
c)
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
d)
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
5.

Perniagaan servis aircond merupakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Merupakan sumber ekonomi atau harta yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada perniagaan dari segi pengendalian aktiviti perniagaan.

a)

Aset

b)

Liabiliti

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Ambilan

7.

Merupakan hutang/ komitmen/ tanggungan perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dalam tempoh tertentu.

a)

Aset

b)

Liabiliti

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Belanja

8.

MODAL + (HASIL – BELANJA) - AMBILAN


Merujuk kepada akaun yang berkaitan dengan ______________.

a)

Aset

b)

Liabiliti

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Hasil

9.

Bagi perniagaan milikan tunggal, pemilik perniagaan menanggung liabiliti tidak terhad.


Ini bermakna sekiranya berlaku sesuatu tuntutan pembayaran dan aset perniagaan tidak mencukupi, maka harta peribadi pemilik akan digunakan untuk menyelesaikan tuntutan yang masih tertunggak.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Mengapakah peniaga milikan tunggal digalakkan untuk menyediakan rekod kewangan perniagaan?

a)

Bertujuan untuk menghantar salinan laporan kewangan perniagaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setiap tahun.

b)

Bertujuan untuk menentukan untung rugi perniagaan bagi membantu peniaga membuat keputusan dan merancang strategi.

c)

Kerana kegagalan perniagaan untuk menyediakan penyata kewangan merupakan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

11.

Perniagaan Ameer Aircond Services yang didaftarkan sebagai perniagaan milikan tunggal dianggarkan untuk beroperasi bagi suatu tempoh masa yang tidak ditetapkan dan dijangka tidak akan dibubarkan dalam tempoh masa yang pendek.

a)

Ketekalan

b)

Usaha Berterusan

c)

Entiti Berasingan

d)

Materialiti

12.

Rekod kewangan perniagaan penting kepada sesebuah perniagaan kerana _______________.

a)

membantu membuat keputusan berkaitan pengurusan dan kewangan dengan lebih baik

b)

mudah mengira gaji pekerja

c)

agihan keuntungan yang adil dan samarata

13.

Tunai diklasifikasi sebagai akaun ____________.

a)

Liabiliti semasa

b)

Liabiliti bukan semasa

c)

Aset semasa

d)

Aset bukan semasa

14.

Kenderaan perniagaan diklasifikasi sebagai akaun __________.

a)

Liabiliti semasa

b)

Ekuiti pemilik

c)

Aset semasa

d)

Aset bukan semasa

15.

Wang yang diterima oleh Encik Ameer daripada perkhidmatannya memeriksa kebocoran aircond dan mengisi semula gas.

a)

Aset

b)

Hasil

c)

Belanja

d)

Ekuiti Pemilik

16.

Akaun-akaun di atas diklasifikasi kan sebagai akaun __________.

a)

Aset semasa

b)

Liabiliti semasa

c)

Aset bukan semasa

d)

Liabiliti bukan semasa

17.

___________ merupakan harta/ sumber ekonomi yang dimiliki oleh perniagaan untuk menjana hasil.

a)

Ambilan

b)

Belanja

c)

Liabiliti

d)

Aset

18.

Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan

a)

Aset

b)

Liabiliti

c)

Belanja

d)

Hasil

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan Liabiliti?

a)

Tanggungan/ komitmen/ hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dalam tempoh tertentu

b)

Sumber ekonomi yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada perniagaan dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual semula.

20.

Pengeluaran/penggunaan tunai atau lain-lain aset perniagaan milikan tunggal oleh pemilik sendiri bagi kegunaan peribadi.


Pernyataan di atas merujuk kepada akaun ___________.

a)

Aset

b)

Liabiliti

c)

Ambilan

d)

Ekuiti Pemilik