wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Moral Tahun 4 Unit 7

Total questions: 50

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, pilih cara menjaga perasaan jiran yang harus diamalkan.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Menjaga perasaan jiran yang sama bangsa sahaja

b)

Tidak merosakkan harta benda jiran

c)

Bercakap dengan berhemah dan tidak menyakitkan perasaan mereka

d)

Mempermainkan amalan beragama dan kepercayaan jiran

2.

Antara amalan berikut, pilih amalan yang akan mengukuhkan perpaduan dalam kehidupan berjiran.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Membezakan layanan antara jiran berdasarkan pangkat

b)

Menghulurkan bantuan kepada jiran dengan harapan akan mendapat balasan yang lumayan

c)

Tidak bersikap pilih kasih terhadap jiran yang berbeza agama dan bangsa

d)

Bersikap ikhlas terhadap jiran tanpa memilih pangkat atau kekayaan

3.

Mengapakah jiran diibaratkan sebagai 'keluarga'?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Keluarga sendiri tidak menghulurkan bantuan

b)

Hubungan yang erat akan menyebabkan mereka rasa sangat dihargai

c)

Mereka dapat menghulurkan bantuan lebih pantas jika berlaku apa-apa musibah

d)

Jiran memang patut membantu kita pada setiap masa

4.

Apakah contoh aktiviti yang boleh dijalankan di kawasan kejiranan sebagai tanda penghargaan dan menjaga kebajikan jiran?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Majlis sambutan perayaan

b)

Membuat aktiviti karaoke sehingga lewat malam

c)

Mewajibkan semua penduduk di kawasan kejiranan yang sama untuk menyediakan hadiah atau sumbangan sempena majlis hari lahir

d)

Mengadakan jualan amal untuk mengumpul wang bagi membantu jiran yang ditimpa kesusahan

5.

Antara berikut, nyatakan kelebihan hidup dalam komuniti berjiran.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Mempunyai hubungan erat dengan masyarakat yang berbeza agama dan bangsa

b)

Mewujudkan ikatan kekeluargaan walaupun bukan keluarga sebenar

c)

Mudah mendapatkan sokongan daripada jiran yang berpengaruh atau berpangkat

d)

Boleh mengambil kesempatan atas kebaikan jiran

6.

Encik Lim, jiran Adam jatuh sakit. Adam dan keluarganya datang melawat Encik Lim di hospital.

Apakah yang boleh dilakukan oleh Adam dalam situasi di atas?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Menghadiahkan buah tangan

b)

Membayar semua kos perubatan Encik Lim

c)

Memberikan kata-kata semangat kepad Encik Lim

d)

Menjaga Encik Lim di hospital

7.

Dania akan meraikan hari lahirnya pada hari esok. Namun begitu, kedua ibu bapanya tidak dapat menyediakan majlis tersebut kerana kurang berkemampuan.

Sebagai seorang jiran yang baik, apakah yang boleh kamu lakukan untuk meraikan hari lahir Dania?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Memberikan ucapan hari lahir

b)

Meminta wang dari jiran yang lain untuk mengadakan majlis untuk Dania

c)

Membelikan hadiah untuk hari lahir Dania

d)

Tidak melakukan apa-apa

8.

Komuniti di kejiranan Mei Ling telah mengadakan aktiviti perkelahan di Pantai Remis.

Bagaimanakah amalan kasih sayang boleh ditunjukkan semasa aktiviti seperti ini dilakukan?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Membiarkan anak-anak jiran yang masih kecil bermain seorang diri di tepi pantai

b)

Berkongsi makanan yang dibawa untuk perkelahan

c)

Menjaga keselamatan antara satu sama lain semasa berada di pantai

d)

Mengelakkan diri dari membantu jiran membersihkan kawasan sekitar tapak perkelahan sebelum pulang

9.

Jiran Sally iaitu Encik Harold merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Bagaimanakan Sally boleh menghulurkan bantuan kepada Encik Harold?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Memberikan wang kepadanya setiap hari

b)

Menemaninya untuk membeli barang di kedai

c)

Membelikan semua barang keperluan harian untuk Encik Harold menggunakan wang sendiri

d)

Membantu menyorong kerusi rodanya

10.

Rumah keluarga Puan Masni terbakar malam tadi akibat litar pintas.

Apakah cara untuk membantu meringankan masalah yang menimpa Puan Masni dan keluarganya?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Membuat kutipan derma ikhlas dari jiran-jiran setempat untuk disumbangkan kepada keluarga tersebut

b)

Mengumpulkan pakaian terpakai yang masih elok untuk diberikan kepada keluarga tersebut

c)

Membina rumah baharu untuk keluarga Puan Masni

d)

Mengeluarkan wang tabungan sendiri untuk diberikan kepada keluarga tersebut

11.

Suraya dan keluarganya pulang ke kampung neneknya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mereka meminta bantuan kamu sekeluarga untuk menjaga rumah sepanjang ketiadaan mereka.

Apakah yang akan kamu lakukan?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Meminta kunci rumah dan tinggal di situ sepanjang ketiadaan mereka

b)

Memeriksa sekeliling rumah untuk memastikan semua harta benda selamat dan pintu berkunci.

c)

Menggunakan harta benda jiran sepanjang ketiadaan mereka

d)

Memastikan tiada orang yang kelihatan mencurigakan berada di kawasan kejiranan tersebut

12.

Aktiviti sukaneka komuniti sering diadakan pada setiap tahun di kawasan kejiranan kami.

Apakah kebaikan mengadakan aktiviti sedemikian?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Mengeratkan silaturahim dalam komuniti berjiran

b)

Mewujudkan amalan persaingan yang kurang sihat

c)

Memupuk semangat perpaduan di kalangan jiran tanpa mengira agama dan bangsa

d)

Menyebabkan rasa tidak puas hati apabila mengalami kekalahan dalam aktiviti yang disertai

13.

Ramah Tamah Gawai Raya telah diadakan di komuniti Taman Muhibbah.

Bagaimanakah cara untuk menjayakan aktiviti sedemikian?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Hanya menghadiri majlis tersebut walaupun tidak mengikuti aktiviti persiapan majlis

b)

Bekerjasama dalam menyediakan persiapan untuk majlis tersebut

c)

Mengadakan perbincangan bersama semua anggota masyarakat setempat untuk merancang majlis berkenaan

d)

Tidak melibatkan diri kerana tidak menyambut perayaan Gawai dan Hari Raya

14.

Antara yang berikut pilih kepentingan nilai menyayangi jiran?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Menjadikan kehidupan setiap anggota masyarakat bertambah senang

b)

Mudah untuk meminta bantuan daripada jiran pada setiap masa

c)

Mengeratkan hubungan sesama jiran tanpa mengira agama atau bangsa

d)

Mewujudkan suasana komuniti yang ceria, mesra dan harmoni

15.

Apakah kesan jika kita tidak mengamalkan nilai kasih sayang terhadap jiran?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Hubungan dalam kejiranan menjadi renggang

b)

Hilang rasa hormat apabila tidak menghargai jiran

c)

Meningkatkan nilai bertimbang rasa dalam komuniti

d)

Mewujudkan suasana yang aman damai

16.

Semua tugasan dalam sesuatu aktiviti atau acara hendaklah diagihkan _____________________ .

a)

secara pilih kasih

b)

secara diktator

c)

secara adil dan saksama

17.

Semasa mengagihkan cenderamata kepada semua penduduk yang hadir, Yi Cheng dan Latha memberikan cenderamata kepada _______________________

a)

seorang ahli keluarga sahaja.

b)

setiap keluarga mengikut bilangan anak jiran.

c)

penduduk yang dikenali rapat sahaja.

18.

Kita hendaklah memberikan layanan yang sama kepada semua anak jiran tanpa mengira kaum.

a)

Benar

b)

Salah

19.

saya sering ................................... jiran yang merupakan Orang Kurang Upaya ( OKU ) bersiar-siar di kawasan kejiranan

a)

melarikan

b)

menemani

20.

saya mengucapkan .................................. kepada jiran yang baru melahirkan cahaya mata

a)

tahniah

b)

takziah

21.

saya akan ............................. makanan bersama jiran apabila kami berkelah bersama-sama

a)

berebut

b)

berkongsi

22.

saya akan memberikan kata-kata .................................... apabila menziarahi jiran yang sakit

a)

pujian

b)

cacian

c)

semangat

23.

saya akan ........................... tangan nenek yang hendak melintas jalan di kawasan perumahan saya.

a)

menolak

b)

memimpin

c)

menarik

24.

saya akan ............................ anak jiran jika dia melakukan perkara yang tidak baik

a)

menegur

b)

memuji

25.
Kasih sayang sesama manusia akan menyebabkan manusia hidup
a)
kucar kacir
b)
aman damai 
c)
keseorangan
d)
menderita
26.

Kesan sekiranya bersikap tidak adil dengan jiran adalah seperti berikut, kecuali

a)

tidak disayangi oleh jiran.

b)

tidak akan rasa bersalah dengan jiran.

c)

tidak akan gembira dengan jiran.

27.

Berikut adalah maksud bersikap adil, kecuali

a)

tidak memihak atau sama rata.

b)

tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang.

c)

tidak ada pilih kasih.

d)

tidak memberi peluang kepada orang lain.

28.

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bersikap tidak adil dengan jiran?

a)

Mewujudkan rasa tidak puas hati jiran.

b)

Hubungan semakin erat sesama jiran.

c)

Jiran gembira dan berpuas hati.

29.

Mengapakah kita perlu bersikap adil terhadap jiran?

a)

Mewujudkan hubungan yang renggang sesama jiran.

b)

Mewujudkan hubungan yang lebih mesra sesama jiran.

c)

Mewujudkan rasa tidak puas hati dengan jiran.

30.

Nyatakan contoh tindakan adil terhadap jiran. Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Adil dan saksama dalam mengagihkan sesuatu tugas.

b)

Tidak pilih kasih dalam melayan anak-anak jiran.

c)

Mengutamakan jiran yang lebih rapat.

d)

Memberikan cenderamata kepada jiran tertentu sahaja.

31.

Veron bertugas mengagihkan makanan kepada semua penduduk yang hadir dalam karnival tersebut. Dia memberikan makanan ______________________________ .

a)

mengikut giliran yang beratur di kaunter makanan.

b)

kepada jiran baiknya yang beratur di belakang barisan.

c)

kepada adiknya yang tidak beratur.

32.

Dalam suatu pertandingan melukis, Radzi mengumpulkan kertas lukisan yang siap sahaja. Adakah tindakan Radzi adil?

a)

Ya

b)

Tidak

33.

Kita hendaklah memberikan layanan yang sama kepada semua anak jiran tanpa mengira kaum.

a)

Benar

b)

Salah

34.

Semasa mengagihkan cenderamata kepada semua penduduk yang hadir, Yi Cheng dan Latha memberikan cenderamata kepada _______________________

a)

seorang ahli keluarga sahaja.

b)

setiap keluarga mengikut bilangan anak jiran.

c)

penduduk yang dikenali rapat sahaja.

35.

Aktiviti kejiranan yang menunjukkan kasih sayang

a)

Mengintip rumah jiran

b)

Tidak bertegur sapa dengan jiran

c)

Menziarahi jiran yang baru menimang cahaya mata

d)

Bergaduh dengan jiran

36.

Encik Ali tidak menghadiri jemputan majlis perkahwinan jiran sebelah rumahnya tanpa alasan . wajarkah tindakan Encik Ali?

a)

Tidak wajar

b)

Wajar

37.

Berikut merupakan aktiviti kejiranan yang menunjukkan sikap kasih sayang antara jiran kecuali

a)

Bergotong royong membersihkan kawasan kejiranan

b)

Menziarahi jiran yang sedang sakit dan membawa buah tangan

c)

Mengumpat dan tidak mengendahkan jiran yang dalam kesusahan

d)

membantu jiran membelikan barang-barang keperluan

38.

Jiran kamu seorang yang sombong dan tidak gemar bertegur sapa, apa tindakan yang wajar untuk kamu lakukan bagi memulakan hubungan kemesraan antara jiran ?

a)

Mengumpat dengan jiran lain mengenai jiran kamu yang sombong

b)

Turut sama berkelakuan sombong dan tidak mengendahkan jiran kamu

c)

Bertegur sapa dengan mesra setiap kali bersua, sekurangnya melemparkan senyuman kepada jiran tersebut.

39.

Sikap jiran yang baik dan berkasih sayang adalah seperti yang berikut kecuali

a)

sentiasa mesra dan bertegur sapa

b)

prihatin terhadap keperluan jiran

c)

sentiasa menghulurkan bantuan bila jiran memerlukan

d)

menganggap jiran sebagai musuh dan menyusahkan kamu

40.

Jiran yang penyayang merupakan orang yang sentiasa peka terhadap keperluan jiran dan ikhlas melayani mereka.

a)

Benar

b)

Salah

41.

Hubungan antara jiran akan kukuh sekiranya antara kita dan jiran sentiasa berkelakuan sombong dan tidak bertegur sapa.

a)

Betul

b)

Salah

42.

Jiran kamu telah berjaya memenagi sebuah kereta dalam satu pertandingan. Selaku jiran yang dekat, apa tindakan yang sepatutnya kamu lakukan

a)

Cemburu dan tidak bertegur sapa dengan jiran

b)

Mengucapkan tahniah dan bangga dengan dengan kejayaannya.

c)

Tidak ambil peduli lansung mengenai hal jiran kamu

43.

Apakah yang patut kamu lakukan sekiranya jiran kamu mengadakan sesuatu majlis?

a)

Tidak mengambil tahu lansung mengenai majlis tersebut

b)

Tidak menghadiri majlis tersebut tanpa alasan yang kukuh

c)

Menghasut jiran lain untuk tidak menghadiri majlis tersebut

d)

Memenuhi jemputan tersebut bersama jiran yang lain

44.

Apa perasaan jiran kamu apabila kamu bersama jiran yang lain dapat hadir memenuhi jemputan majlis tersebut?

a)

Benci

b)

Tidak pasti apa perasaan sebenar jiran saya

c)

Jiran gembira dan mesra melayani kami

45.

Wai Man bercakap dengan ________ apabila bercakap dengan jiran yang lebih tua daripadanya.

a)

lembut

b)

kasar

c)

marah

d)

sedih

46.

Kita hendaklah __________ dengan jiran yang datang berkunjung semasa sambutan perayaan di rumah kita.

a)

bergerak

b)

memberikan

c)

bersalam

d)

bergaduh

47.

Rasna ___________ hadiah kepada Mei Mei iaitu jirannya sempena sambutan hari lahirnya.

a)

menghilangkan

b)

memasukkan

c)

membuang

d)

memberikan

48.

Munir dan adiknya ________ jiran mereka yang patah kaki.

a)

mendekati

b)

menziarahi

c)

mengejek

d)

membuli

49.

Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan kepentingan menghoramti jiran.

a)

Mengeratkan hubungan jiran

b)

Berasa dirinya dihargai dan dihormati

c)

Mewujudkan pergaduhan antara jiran

d)

Dapat hidup dalam suasana yang aman dan tenteram

50.

Antara berikut yang mana merupakan kesan apabila menghormati jiran kita?

a)

Hidup dalam kesusuhan

b)

Boleh mewujudkan suasana huru hara

c)

Boleh mewujudkan pergaduhan antara jiran

d)

Hubungan antara jiran menjadi lebih rapat