NEW
Font size
WorksheetsCERPEN MENUAI EMAS
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Apakah tema bagi cerpen Menuai Emas?
Kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa
Keberanian mempertahankan hak dan pegangan diri
Kemajuan dalam bidang pertanian
Manusia dan alam ialah ciptaan Allah
2. Alif merupakan siswazah jurusan ______________
perniagaan
perakaunan
perniagaan antarabangsa
ekonomi
3. Berikut ialah tuduhan Abang Man terhadap Alif yang telah menyebabkan Alif hampir hilang sabar... KECUALI..
Alif mahu membolot tanah milik kelurganya
Alif tidak lulus peperiksaan
Alif tidak tamat belajar
Alif tidak mendapat pekerjaan yang lain
4. Pemaju projek perumahan merancang untuk membina _________________ di tapak sawah tersebut.
rumah flat
rumah teres kos rendah
rumah banglo satu tingkat
rumah teres
5. Gaya bahasa dalam ayat ...emak mengejipkan mata semacam memberi isyarat... ialah
METAFORA
SIMILE
PERSONIFIKASI
DIKSI
6. Persoalan yang terdapat dalam cerpen Menuai Emas ialah .....KECUALI...
keberanian mempertahankan hak dan pandangan sendiri
kegigihan seorang anak muda mencapai cita-cita
kegagalan anak muda dalam jurusan ekonomi.
sikap rasional dalam membuat keputusan
7. Berikut ialah perwatakan Mak Wan kecuali....
tegas
sensitif
penyabar
tidak berpendirian
8.''Saya tak mahu tengok mak sedih. Saya tak mahu tengok mak menangis. Saya tak sanggup biarkan mak dengar orang kata saya tak lulus universiti''
Apakah perwatakan Alif berdasarkan dialog di atas?
seorang anak yang prihatin
seorang anak yang menyayangi ibunya
seorang anak yang bertanggungjawab
seorang anak yang taat
9.Pada pandangan anda, apakah kepentingan menjaga keindahan desa?
Meningkatkan pendapatan negara melalui sektor pembangunan.
Memberi lebih banyak kemajuan di kawasan desa.
Mengekalkan keindahan alam untuk generasi akan datang.
10.Apakah kesudahan cerpen ini?
Usaha Alif berjaya kerana berkatnya berbudi kepada tanah.
Alif terpaksa menanggung bebanan hutang dan akhirnya muflis.
Alif cacat setelah dicederakan oleh Abang Man dan orang kampung.
Alif gagal membawa kemajuan dalam bidang pertanian yang diusahakan.
