wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA TAHUN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

1. _________________ pada tingkap rumah Pak Idham dibuat daripada besi.

a)

Lelangit

b)

Sesiku

c)

Kekisi

d)

Kekuda

2.

2. _________________ itu menunggu giliran untuk berjumpa dengan Guru Besar.

a)

Kanak-kanak

b)

Belia-belia

c)

Murid-murid

d)

Budak-budak

3.

3. Kami dihidangkan dengan _______________ yang manis-manis belaka.

a)

lauk-pauk

b)

kuih-muih

c)

buah-buahan

d)

sayur-sayuran

4.

4. Banyak kenderaan yang _______________ di jalan raya itu.

a)

mundar-mandir

b)

kejar-mengejar

c)

lalu-lalang

d)

beratur-atur

5.

5. ________________ yang dijual di kedai itu telah dimakan oleh bubuk.

a)

rempah-ratus

b)

sayur-mayur

c)

lauk-pauk

d)

beras-petas

6.

6. Puan Rina menggunakan ________________ yang pelbagai warna untuk membuat

sulaman baju kebayanya.

a)

jejarum

b)

bebenang

c)

dedaun

d)

bebola

7.

7. ______________ bukan jenis serangga kerana mempunyai empat pasang kaki.

a)

semut-semut

b)

labah-labah

c)

anai-anai

d)

labi-labi

8.

8. Mereka berjaya menangkap _____________ kilogram udang galah dalam sungai

yang hampir kering itu.

a)

berpuluh-puluh

b)

berekor-ekor

c)

berjuta-juta

d)

berbanyak-banyak

9.

9. Ahmad Hussein yang baru menamatkan lariannya itu kelihatan ____________.

a)

terbatuk-batuk

b)

terbahak-bahak

c)

terhincut-hincut

d)

tercungap-cungap

10.

10. Aksi peserta negara dalam pertandingan gimnastik itu _____________.

a)

cantik-cantik

b)

lembut-lembut

c)

hebat-hebat

d)

kuat-kuat

11.

11. Ibu menyediakan _____________ buah yang manis sebagai pencuci mulut untuk hidangan malam ini.

a)

jeruk-jeruk

b)

coklat-coklat

c)

kuih-muih

d)

agar-agar

12.

12. Kami menyusun _____________ itu di atas meja.

a)

hadiah-hadiah

b)

kerusi-kerusi

c)

sampah-sampah

d)

rumah-rumah

13.

13. Nenek suka makan daun pegaga ini _________.

a)

mentah-mentah

b)

hijau-hijau

c)

segar-segar

d)

lembut-lembut

14.

14. Ibu mengisi sarung bantal itu dengan _____________.

a)

Kekacang

b)

Kekapas

c)

kekabu

d)

bebenang

15.

15. Cikgu Salmi sentiasa mendorong anak muridnya supaya __________ mencari ilmu pengetahuan.

a)

berasak-asak

b)

berlumba-lumba

c)

bermain-main

d)

bersama-sama

16.

16. Pemimpin yang berwibawa menerima segala ____________ rakyat dengan penuh kesyukuran.

a)

kata-mengata

b)

umpat-umpatan

c)

pendapat-pendapat

d)

puji-pujian

17.

17. Mulut Pak Awang _________ membaca mantera untuk mengubati penyakit Mak Siti.

a)

tersipu-sipu

b)

tersenyum-senyum

c)

terkumat-kamit

d)

berbuih-buih

18.

18. Mereka berjalan ____________ menyusuri pantai

a)

berpasang-pasang

b)

beratus-ratus

c)

berdua-duaan

d)

bertolak-tolak

19.

19. Masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa ________________ antara satu sama lain.

a)

sayang-menyayangi

b)

hormat-menghormati

c)

bergotong-royong

d)

bersama-sama

20.

20. ____________ penduduk kampung itu telah dimusnahkan oleh sekawan gajah.

a)

Sayur-sayuran

b)

Tumbuh-tumbuhan

c)

Pokok-pokok

d)

Tanam-tanaman

21.

21. Puan Nora mengundang para _________nya ke majlis perkahwinan anaknya.

a)

bebudak

b)

tetangga

c)

tetamu

d)

lelaki

22.

22. Suara ibu memanggil abang ____________ kedengaran dari sini.

a)

samar-samar

b)

hampir-hampir

c)

jarang-jarang

d)

sayup-sayup

23.

23. ______________ pada papan hitam itu sudah patah.

a)

Kekuda

b)

Jejari

c)

Kekunci

d)

Sesiku

24.

24. Daun-daun ___________ itu akan menguncup apabila disentuh.

a)

jejarum

b)

dedalu

c)

kekabu

d)

bebawang

25.

25. Swee Lin menyandarkan segulung tikar di __________ biliknya.

a)

pepenjuru

b)

kekuda

c)

lelangit

d)

kekisi

26.

26. Nenek memberikan ______________ makanan semalam kepada itik-itik peliharaannya.

a)

saki-baki

b)

serbah-serbih

c)

suku-sakat

d)

lauk-pauk

27.

27. Stadium hoki itu ________________ disinari lampu yang dipasang.

a)

riuh-rendah

b)

segar-bugar

c)

sorak-surai

d)

terang-benderang

28.

28. Sikap Suria masih _______________ walaupun sudah dewasa.

a)

kebudak-budakan

b)

kecil-kecilan

c)

kemalu-maluan

d)

kegila-gilaan

29.

29. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan diumumkan __________ bulan Disember.

a)

selambat-lambatnya

b)

selewat-lewatnya

c)

selebih-lebihnya

d)

sehabis-habisnya

30.

30. Nenek ______________ kaki abang yang terseliuh itu.

a)

menggaru-garu

b)

menyucuk-nyucuk

c)

mengurut-ngurut

d)

meramas-ramas

31.

31. Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

a)

Lima orang budak-budak sedang berbasikal di taman.

b)

Kekisinya sakit selepas dia makan buah yang keras itu.

c)

Sampah-sarap yang berbau itu dihurungi oleh lalat.

d)

Puan Latifah mengisi sarung bantal ini dengan lelabu.

32.

32. Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

a)

Banyak batu-batu yang berserakan di tepi jalan yang belum dibersihkan.

b)

Buah kelapa itu sudah ditebuk oleh tetupai.

c)

Empat orang mata-mata telah ditugaskan untuk menyiasat kes ini.

d)

Anak-anak kucing itu hensem-hensem belaka.

33.

33. Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

a)

Tetupai pada tiang itu sudah diganti dengan yang baru.

b)

Semua pokok-pokok bunga di halaman rumahnya sedang berbunga.

c)

Qabil amat cekap menunggang kekuda.

d)

Puan Marina memasak buah lelabu itu untuk hidangan malam nanti.

34.

34. Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

a)

Aliman makan buah-buahan itu sambil menonton televisyen.

b)

Carina akan menjalani kursus jahit-menjahit itu di pusat belia.

c)

Orang-orang yang datang ke majlis itu disambut dengan mesra oleh tuan rumah.

d)

Dia berlari jongkang-jongket dikejar anjing liar.

35.

35. Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

a)

Di halaman rumahnya ditanami dengan bermacam-macam bunga-bungaan.

b)

Rempah-ratus ini kami temui di dasar laut.

c)

Encik Johari menanam pokok buah-buahan untuk mempelbagaikan pendapatannya

d)

Sifatnya seperti kelelakian amat terserlah setelah dia berhijrah ke bandar.

36.

36. Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

a)

Suasana di stadium itu riuh oleh sedu-sedan para penonton.

b)

Sudah berpuluh-puluh tahun Pak Man melibatkan diri dalam kerja ukir-mengukir

ini.

c)

“Kita hendaklah saling kasih-mengasihi antara adik-beradik,” kata ibu.

d)

Shazwani menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali semasa ditanya oleh ibunya tentang hal itu.

37.

37. Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

a)

Jason berlari lemah-gemalai kerana dikejar ibu ayam.

b)

Keadaan di kelas itu menjadi riuh-rendah apabila Cikgu Norma keluar.

c)

Pembedahan itu meninggalkan karut-marut di mukanya.

d)

Norin dan kakaknya saling berpeluk-pelukan semasa bertemu.

38.

38. Adik ___________ di tepi pantai sambil mengejar ombak.

a)

berlari-lari

b)

berbual-bual

c)

berjalan-jalan

d)

bersusun-susun

39.

39. Shahir _________kerana buku Bahasa Melayunya hilang.

a)

malu-malu

b)

gelak-gelak

c)

marah-marah

d)

jerit-jerit

40.

40. Malaysia mempunyai __________ peranginan yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.

a)

jeti-jeti

b)

kapal-kapal

c)

laut-laut

d)

pulau-pulau