WorksheetsBahasa Melayu Kata Majmuk
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pada setiap hari, ibu memberikan
_________ sebanyak RM 5.00.
A wang kopi
B wang baki
C wang saku
D wang muka
Kak Susie memakai baju kebaya
berwarna __________.
A merah hati
B kemas kini
C ulat daun
D sakit hati
Encik Rohan membawa keluarga-
nya ___________ di Pulau Langkawi.
A makan angin
B atas pagar
C atas angin
D ada angin
Kami ________ melihat gelagat
badut yang sedang membuat lawak itu.
A ambil angin
B naik angin
C sedih hati
D geli hati
Orang tua yang telah berumur 60 tahun ke atas juga dikenali sebagai
wang emas
barang kemas
warga emas
anak yatim
Laporan Program Perkhemahan Pengakap itu telah ditulis oleh ____________ Badan Beruniform Pengakap.
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli
Kakak diberi peluang melakukan _________ kereta baharu yang akan dibelinya.
pandu uji
kaji selidik
soal siasat
uji kaji
Majlis perasmian "Kempen Membaca" telah berjalan lancar mengikut _______ .
reka bentuk
budi bicara
hal ehwal
atur cara
Tiga orang peserta ___________ bersaing hebat untuk menamatkan perlumbaan.
kapal layar
bot laju
perahu layar
kapal laut
Murid yang berminat untuk menjadi pengawas pepustakaan perlu menjalani _________ terlebih dahulu.
uji kaji
uji bakat
temu duga
temu ramah
"Segala maklumat tentang pertandingan itu akan saya__________ kelak,"kata Anis selaku Pengerusi Kelab Catur.
sukarela
beritahu
kerjasama
tanggungjawab
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
__________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Suruhanjaya
Kakitangan
Plihanraya
Olahraga
Fuad tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.
berputus asa
bekerjasama
berbelah bagi
berjimat cermat
