Font size
WorksheetsASID DAN BES
Total questions: 39
Worksheet time: 24mins
Asid ialah...
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.
Bes ialah...
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida ialah alkali.
Betul
Salah
Asid lemah ialah Bahan kimia yang mengion sepenuhnya di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen berkepekatan tinggi
Betul
Salah
yang manakah asid diprotik?
asid sulfurik
asid etanoik
asid sitrik
asid hidroklorik
Apakah maksud asid monoprotik?
asid yang menghasilkan 1 ion H+ per molekul asid
asid yang menghasilkan 2 ion H+ per molekul asid
asid yang menghasilkan 1 ion OH- per molekul asid
asid yang menghasilkan 2 ion OH- per molekul asid
Manakah formula kimia asid yang SALAH?
HSO4, asid sulfurik
HCl, asid hidroklorik
HNO3, asid nitrik
CH3COOH, asid etanoik
Apakah perbezaan antara bes dan alkali?
Semua bes adalah alkali, tidak semua alkali adalah bes.
Semua bes larut dalam air, tidak semua alkali larut dalam air
Alkali ialah bes yang boleh larut dalam air.
Bes ialah alkali yang larut dalam air
Manakah antara berikut bukan kegunaan asid dalam kehidupan seharian.
elektrolit dalam bateri kereta
membuat ubat gastrik
membuat minuman berkarbonat
menggumpalkan lateks
antara berikut yang manakah alkali lemah?
larutan natrium hidroksida
larutan litium hidroksida
larutan magnesium hidroksida
larutan ammonia
Mengapakah asid etanoik glasial tidak boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah?
asid etanoik glasial adalah asid lemah
asid etanoik glasial adalah monoprotik asid
asid etanoik glasial hanya mengion separa
asid etanoik glasial berbentuk molekul tiada ion hidrogen bergerak bebas.
Natrium hidroksida hanya menunjukkan sifat kekonduksian elektriknya apabila dilarutkan di dalam ......
air
metil benzena
alkohol
1,1,1-triklorometana
yang manakah mempunyai pH paling rendah?
asid etanoik, 2 mol dm3
kuprum (II) sulfat, 1 mol dm3
asid hidroklorik, 0.1 mol dm3
natrium hidroksida, 0.5 mol dm3
Hitung nilai pH bagi asid nitrik, HNO3 dengan kepekatan ion hidrogen, H+ 0.5 mol dm3
0.3
0.1
3
1
Tentukan kemolaran asid hidroklorik, HCl dengan nilai pH 2.0
1 mol dm3
0.1 mol dm3
0.01 mol dm3
10 mol dm3
manakah warna penunjuk yang betul?
metil jingga
asid : merah
alkali : kuning
fenolftalien
asid : merah jambu
alkali : tanpa warna
penunjuk semesta
asid : ungu
alkali : merah
kertas litmus lembab
asid: merah kepada biru
alkali: biru kepada merah
Bahan manakah adalah suatu asid?
SO2
MgO
KOH
Al(OH)3
Pernyataan yang manakah menerangkan asid kuat dengan betul?
I. Mempunyai nilai pH yang tinggi
II.Mengion dengan lengkap dalam air
III.Mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi
Mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi
IV.Wujud sebagai molekul dalam air
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Jadual menunjukkan maklumat mengenai dua larutan. Pernyataan yang manakah betul berdasarkan maklumat tersebut?
Kekuatan kedua-dua asid adalah sama.
Nilai pH bagi asid hidroklorik lebih tinggi daripada asid etanoik.
Kepekatan ion hidrogen dalam asid hidroklorik lebih rendah daripada asid etanoik.
Darjah pengionan asid hidroklorik dalam air lebih tinggi daripada asid etanoik
Rajah menunjukkan nilai pH bagi tanah di dua ladang mempelam yang berbeza. Apakah bahan yang perlu Encik Aidid tambah untuk meneutralkan tanah d ladang B supaya mendapat hasil yang sama seperti ladang A?
Cuka
Kompos
Garam dapur
Kapur tohor
Rajah menunjukkan dua kelalang volumetrik mengandungi larutan asid RCOOH dan asid HX. Pernyataan manakah tidak benar tentang kedua-dua asid itu?
Darjah pengionan asid HX lebih tinggi.
Kedua-dua asid adalah asid monoprotik.
Nilai pH asid RCOOH lebih tinggi.
Kepekatan ion hidrogen dalam asid RCOOH lebih tinggi.
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul bagi alkali?
Bes yang larut dalam air
Menunjukkan nilai pH kurang daripada 7
Mengion dalam air menghasilkan ion hidroksonium
Bertindak balas dengan garam karbonat menghasilkan gas karbon dioksida
Jadual menunjukkan nilai pH bagi dua larutan dengan kepekatan yang sama. Pernyataan manakah yang menerangkan perbezaan antara nilai pH itu?
K mengion separa manakala L mengion lengkap di dalam air
Kepekatan ion hidroksida dalam K lebih tinggi berbanding L
Bilangan mol ion hidroksida dalam K kurang berbanding dengan L
Kepekatan ion hidrogen dalam K lebih rendah berbanding L
MENGAPA LIMAU BOLEH MENGKONDUKSIKAN ARUS ELEKTRIK?
KERANA BERASA MASAM
KERANA MENUKARKAN KERTAS LITMUS BIRU KE MERAH
KERANA MENUKARKAN KERTAS LITMUS BIRU KE MERAH
KERANA MENGANDUNGI ION-ION YANG BEBAS BERGERAK
KEGUNAAN BAGI MAGNESIUM HIDROKSIDA?
UNTUK MERAWAT KANSER
SEBAGAI ELEKTROLIT DALAM BATERI KERETA
UNTUK MENGUBATI GASTRIK DALAM PERUT
SEBAGAI PELUNTUR
Antara larutan berikut, yang manakah memberikan nilai pH tertinggi?
Asid sulfurik 1.0 mol dm-3
Asid etanoik 1.0 mol dm-3
Larutan ammonia 1.0 mol dm-3
Larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3
Kepekatan asid dan alkali bermaksud
Kuantiti zarah dalam suatu larutan dalam unit cm3
Kuantiti ion di dalam suatu larutan dalam unit dm3
Kuantiti molekul di dalam suatu larutan dalam unit cm3
Kuantiti zat terlarut dalam seunit isipadu larutan dalam unit dm3
Apakah gas yang terhasil apabila NaOH bertindak balas dengan NH4Cl apabila dipanaskan?
Karbon dioksida
Sulfur dioksida
Hidrogen klorida
Ammonia
Antara bahan-bahan yang berikut, yang manakah tidak bertindak balas dengan asid?
Kalsium nitrat
Kalsium oksida
Zink karbonat
Ammonia
Asid hidroklorik + magnesium akan menghasilkan?
gas hidrogen
gas oksigen
magnesium klorida + gas hidrogen
magnesium klorida + air
HNO3 + CuCO3 => ???
H2O
Cu(NO3)2 + H2O
Cu(NO3)2 + H2O + CO2
Cu(NO3)2 + CO2
Antara yang berikut, tindak balas yang manakah menghasilkan hidroksida logam yang tak terlarutkan?
Asid + alkali
Alkali + ion logam
Alkali + garam ammonium
Asid + karbonat
Kemolaran larutan natrium hidroksida ialah 0.5 mol dm-3.
Apakah kepekatan larutan itu dalam g dm-3 ?
[JAR: H= 1, O= 16, Na= 23]
20
40
80
120
Kenalpasti unit yang digunakan untuk ukuran kepekatan larutan akueus
g dm-3
M
mol cm-3
mol dm-3
g cm-3
Mengapakah larutan hidrogen klorida dalam metil benzena tidak menunjukkan sifat asid?
Hidrogen klorida meruoakan sebatian kovalen
Darjah pengionan hidrogen klorida dalam larutan rendah
Tiada ion hidrogen yang bebas dalam larutan
Larutan hidrogen klorida tidak mengkonduksikan elektrik
14.9 g kalium klorida, KCl dilarutan dalam air suling untuk menghasilkan 0.4 mol dm-3 larutan kalium klorida. Berapakah isi padu air suling yang diperlukan untuk melarutkan kalium klorida?
Jisim molar KCl = 74.5 g mol-1]
50 cm3
200 cm3
500 cm3
2000 cm3
Asid sulfurik digunakan sebagai elektrolit di dalam bateri kereta mempunyai kepekatan 0.5 mol dm-3. Berapakah bilangan mol bagi 100 cm3 asid sulfurik itu?
0.025
0.05
0.1
0.5
Berapakah jisim natrium hidroksida, NaOH dalam gram yang patut dilarutkan dalam air untuk menyediakan 500 cm3 larutan natrium hidroksida 0.5 mol dm-3? [JAR; Na=23, H=1, O=16]
14 g
8 g
12 g
10 g
0.1 mol zink nitrat dilarutkan dalam air untuk menghasilkan satu larutan yang mempunyai kepekatan 0.2 mol dm-3. Berapakah isipadu larutan zink nitrat yang telah disediakan ?
2000 cm3
500 cm3
0.5 cm3
2 cm3
